Tuesday, July 2, 2013

Kerajaan kaji pindah guru kahwin



GURU-GURU yang telah berkahwin mungkin ditempatkan di tempat yang sesuai kerana faktor kemanusiaan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan.
Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching (gambar kecil) memberitahu, adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.
"Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.
"Ini atas dasar kemanusiaan, tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan," katanya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: