Wednesday, July 25, 2012

Menjaga kulit ketika berpuasa

Wan Nor Azlin

LEWAT petang selepas berbuka puasa di sebuah hotel, Wan Nor Azlin, 40, mulai tidak sedap badan.

Setibanya di rumah, dia segera minum air putih banyak-banyak dan rehat. Alhamdulillah, dia rasa lega. "Mulanya saya merasakan kulit saya kering dan badan menjadi lemah kerana kurang minum air. Kebetulan rakan saya mencadangkan sejenis suplemen yang baik untuk mendapatkan kulit sihat di samping membantu penghadaman," ujar pengguna Iz Citrus Collagen.

Menurut Azlin, seorang wanita perlu disiplin dalam hal penjagaan pemakanan dan kesihatan.

Baginya, produk suplemen yang mahal tidak semestinya memberi kesan baik dan cepat.

"Apa yang penting, disiplin dan memilih kolagen yang berkualiti. Produk yang saya gunakan sekarang mengandungi lebih kolagen berbanding dahulu. Selain itu, ia membantu melembapkan dan mencerahkan kulit," ujar pelakon yang turut menjual produk ini menerusi laman Facebook miliknya.

Berkongsi panduan pemakanan suplemen ini di bulan puasa, Azlin mengambilnya selepas berbuka dan ketika bersahur.

"Suplemen hanya makanan tambahan untuk tubuh badan. Jangan pula kita mengharap kesannya yang cepat. Namun, pengambilan berterusan boleh membantu kita mencerah dan melembap kulit secara berperingkat," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: