SEDERHANA dan memikat. Itulah gambaran personaliti yang dimiliki gadis muda ini.
Bagi peminat laman perkongsian YouTube, anda mungkin pernah terserempak dengan wajah Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 19.
Ini kerana Daiyan pernah memuat turut video nyanyiannya di laman itu.
Ia bagaimanapun dilakukan sekadar suka-suka kerana dia lebih menumpukan cabaran utama sebagai pelajar akauntan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Prinsip Daiyan mudah, dia amat mementingkan kesempurnaan dalam setiap apa yang dilakukan, baik perihal diri sendiri, keluarga atau kerjaya.
Dalam pelajaran misalnya, dia akan memberi 100 peratus fokus dan hanya menerima tawaran kerja lain pada hujung minggu.
RamadanPada masa lapang pula, Daiyan gemar menyanyi, membaca dan bersenam.
"Namun, saya akan mengurangkan aktiviti yang memenatkan diri seperti terdedah kepada matahari sepanjang Ramadan. Jika bersenam ringan pun, saya akan melakukan pada waktu malam di rumah," katanya.
Selayaknya status anak gadis yang manja, Daiyan lebih suka berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
"Memandangkan jarak masa antara habis jadual belajar dan berbuka agak terhad, saya dan keluarga selalu singgah di bazar Ramadan untuk membeli makanan," ujarnya yang gemar murtabak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: