Wednesday, July 25, 2012

Kepuasan menguntungkan

PERMAINAN video online memerlukan kerjasama yang tinggi supaya strategi yang dirancangkan berjaya mengalahkan pihak lawan.

SUKA bermain permainan video? Tidak menghairankan sekiranya kamu hebat dalam permainan jenis ini kerana .com pasti kebanyakan remaja sering mengisi masa lapang dengan aktiviti tersebut.

Daripada permainan semudah Beejeweled atau menguasai pertempuran hebat Call of Duty, setiap game memerlukan pemain menyelesaikan misi ataupun tahap kesukaran yang mencabar minda.

Namun istimewanya permainan jenis ini yang dikatakan membuang masa, membazir wang ringgit dan tidak memberikan faedah kini mampu menjana pendapatan sampingan kepada anak-anak muda.

Baru-baru ini, .com bertemu dengan ahli kumpulan Orange Esports CS (Counter Strike) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Melalui pertandingan permainan video secara dalam talian (online game), empat anak muda ini mampu menjana ribuan ringgit setelah memenangi pertandingan yang dianjurkan di sekitar ibu kota mahupun di luar negara.

Tanpa mengira jenis permainan video dan berapa lama masa yang diperlukan bagi menguasai permainan tersebut, mereka sekali gus membuktikan kebolehan mengawal permainan dengan kemahiran yang ada.

Biarpun demikian, mereka masih mempunyai satu persamaan dengan gamers yang lain iaitu mereka akan leka ketika bermain permainan video seolah-olah berada dalam dunia khayalan penuh debaran.

Fenomena gamers kini tidak lagi asing lebih-lebih lagi setelah World Cycber Game diadakan di seluruh dunia.

Pertandingan tersebut boleh dikatakan agak serupa dengan kejohanan sukan Olimpik namun bezanya ia dimainkan di alam siber atau lebih dikenali sebagai sukan elektronik (E-Sport). - AZRUL & SYAHRIL/AZLIZA HILANI

KUMPULAN kami terdiri daripada empat peserta dan kami kini aktif menyertai pelbagai pertandingan permainan video dari jenis Counter Strike 1.6 dan Counter Strike Global Offensive.

Dalam seminggu, kami meluangkan masa selama tiga hingga lima jam khusus untuk latihan bagi memantapkan lagi corak permainan kami.

Setakat ini, kami telah menjuarai beberapa pertandingan seperti Razer International Competition di Singapura dan membawa pulang RM5,000.

Selain itu, ketika menyertai pertandingan terbuka Counter Strike di Sarawak, kami turut memperoleh tempat kedua dan hadiahnya bernilai RM1,500.

Raffy Uddin Othman, 22.

PADA mulanya kami berempat bertemu di kafe siber. Setelah itu, kami sering berkumpul untuk bermain permainan video bersama.

Namun tanpa disangka, kini kami tidak lagi perlu mengeluarkan walau satu sen pun untuk bermain permainan ini kerana kami ditaja oleh Kafe Siber Orange.

Malah kami turut ditaja untuk bermain ke luar negara seperti di Singapura dan akan datang kami berharap agar diberi peluang ke negara lain.

Melalui permainan video juga, kami berpeluang melancong ke luar negara secara percuma.

Balzinder Chhabra, 25.

SELAIN kumpulan Orange Esports CS, masih ada tiga lagi kumpulan yang turut mendapat tajaan seperti kami iaitu Orange Esports

COD (Call Of Duty), Orange Esports Dota

dan Orange Esports Hero Of New Earth.

Dengan adanya kumpulan seperti ini, ia sekali gus menggalakkan lagi pemain video lain untuk menubuhkan kumpulan masing-masing

bagi menyertai pelbagai pertandingan permainan video

yang diadakan.

Azim Shaharudin, 21.

KEMAMPUAN pemain sebenarnya bergantung kepada peta permainan. Antara peta kegemaran kami ialah De_Inferno.

Tanpa strategi dan

komunikasi antara rakan sepasukan agak sukar untuk menewaskan pasukan

lawan.

Muhamad Hazreel Mazlan, 20.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: