KUALA TERENGGANU - Seorang kelindan lori tangki minyak bagaikan dirasuk, apabila dia bukan sahaja melarikan treler muatan bijih besi, tetapi turut mengamuk dengan menyerang pengguna jalan raya menggunakan sebatang besi di bulatan Batu Enam, Manir, di sini, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku jam 9 malam, apabila suspek, 30, berasal dari Kuantan dalam perjalanan dari Kelantan untuk menghantar minyak ke syarikatnya di Kuantan, bersama rakannya yang juga pemandu lori berkenaan.
“Bagaimanapun setibanya di Felda Belara, suspek tiba-tiba agresif. Bimbang melihat perangai peliknya itu, rakannya memberhentikan lorinya di sebuah warung berhampiran.
“Namun, hasratnya untuk menenangkan suspek dengan mengajak minum di warung berkenaan bertukar sebaliknya apabila suspek tiba-tiba mencengkam lengannya dengan kuat, sebelum bertindak mecahkan tingkap di sebelah pemandu lalu melarikan diri,” katanya, semalam.
Manoharan berkata, sejurus turun dari lori, suspek meluru ke arah sebuah treler berisi penuh muatan bijih besi yang di berada di belakang lori berkenaan, dalam keadaan enjin masih dihidupkan.
“Semasa itu, pemandu treler berkenaan baru sahaja turun dari kenderaannya untuk ke warung sama untuk minum.
“Suspek kemudian melarikan treler itu dan beberapa pemandu lori yang turut berada di lokasi kejadian, termasuk pemandu treler berkenaan memecahkan tingkap di sebelah pemandu lalu melarikan diri,” katanya, semalam.
Manoharan berkata, sejurus turun dari lori, suspek meluru ke arah sebuah treler berisi penuh muatan bijih besi yang di berada di belakang lori berkenaan, dalam keadaan enjin masih dihidupkan.
“Semasa itu, pemandu treler berkenaan baru sahaja turun dari kenderaannya untuk ke warung sama untuk minum.
“Suspek kemudian melarikan treler itu dan beberapa pemandu lori yang turut berada di lokasi kejadian, termasuk pemandu treler berkenaan mengejar suspek,” katanya.
Menurutnya, suspek dikejar 30 kilometer itu dan dalam tempoh itu, dia yang tidak berbaju telah merempuh tujuh lampu isyarat.
Setibanya di bulatan Batu Enam, Manir, dia gagal mengawal treler dipandu dan merempuh sebuah kereta.
“Suspek turun dari kenderaan itu dengan membawa sebatang besi, lalu mengayunkan kepada pengguna di laluan berkenaan.
“Libasannya terkena pada kereta seorang lelaki berusia 50 tahun, yang tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan cermin keretanya pecah,” katanya.
Manoharan berkata, tidak puas dengan itu, suspek menyerang seorang penunggang motosikal yang menggunakan laluan berkenaan , lalu merampas motosikal mangsa untuk melarikan diri.
“Mangsa yang tidak sempat berbuat apa-apa cedera di badan setelah dibelasah teruk oleh suspek,” katanya.
Menurutnya, suspek berjaya merampas motosikal itu kemudiannya melarikan diri ke Kampung Bukit Tunggal, dua kilometer dari situ, namun dia kemalangan sekali lagi apabila bertembung sebuah motosikal.
“Suspek yang dikejar orang awam dibelasah teruk penduduk dan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
“Dia yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan,” katanya. Manoharan berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang sudah berkahwin itu kurang siuman kerana berdasarkan maklumat daripada isterinya, sejak kebelakangan
ini lelaki itu kerap mengambil ubat penenang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: