Monday, June 25, 2012

Rejim mencukur jambang


KRIM pencukur melancarkan proses mencukur jambang.


SETIAP dua hari sekali, Rajiv Bhanot, 29, merapikan bulu-bulu yang tumbuh di sekitar wajahnya. Sebelum melangkah kaki ke pejabat, bercukur pada waktu pagi menjadi rutin lelaki itu sejak sedekad lalu.

Rajiv tidak membenarkan mukanya berjambang kerana ia memberi persepsi negatif kepada individu sekeliling yang berurusan dengannya.

Selaku pemilik bersama Klinik Face Factors yang menawarkan perkhidmatan estetik atau kecantikan wajah, berpenampilan bersih menjadi kewajipan yang perlu dipegang.

"Persekitaran profesional menuntut saya sentiasa kelihatan kemas. Setiap hari saya bertemu klien dan sudah tentu penampilan diri menjadi penilaian terhadap personaliti saya," ujarnya yang juga memegang jawatan selaku pengarah urusan H20 Saver Sdn. Bhd.

Sesetengah lelaki mungkin gemar menyimpan jambang mereka kerana ia menonjolkan sisi maskulin. Tidak mustahil juga mereka membuat keputusan untuk mengekalkan janggut dan misai yang meliar atas alasan sebagai daya tarik kepada golongan wanita.

Ia mungkin normal untuk segelintir jejaka namun jika difikirkan dalam konteks cuaca tempatan, menyimpan jambang bukanlah idea bijak.

Cuaca panas menjadi antara punca Rajiv memilih menjadi lelaki yang kerap bercukur biarpun kedengaran sangat melecehkan.

"Mula-mula rasa malas untuk bercukur dengan kerap itu amat kuat. Lama-kelamaan, saya sudah terbiasa. Ketika belajar di Rusia dahulu memang saya menyimpan jambang kerana ia membantu mengurangkan kesejukan melampau.

"Di sini jambang membuatkan saya berpeluh dan gatal lalu menyebabkan saya rasa tidak selesa. Jadi, mengapa perlu malas bercukur sedangkan ia menjamin kebersihan dan kekemasan?" jelasnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Penggunaan pencukur biasa menjadikan Rajiv sedikit konservatif. Lazimnya, lelaki berjambang gemar memilih mesin pencukur kerana lebih cepat dan mudah. Namun bagi beliau, pencukur biasa lebih efektif dan potongannya juga bersih.

Selain itu, tambah Rajiv, beliau tidak pernah bercukur menggunakan air panas. Pemilihan air sejuk lebih praktikal untuk bercukur ataupun mandi kerana ia baik untuk tulang.

"Kelahiran pencuci wajah dua dalam satu juga mempercepatkan proses bercukur. Kebiasaannya saya perlu menggunakan dua produk berbeza iaitu krim pencukur diikuti pencuci muka.

"Dengan adanya pencuci muka yang berfungsi sebagai krim pencukur, ia menjimatkan waktu saya. Penggunaan pelembap selepas bercukur juga mampu membantu mengurangkan kerengsaan kulit selepas bercukur," kata Rajiv.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: