PARIT GAUNG – Penduduk di Parit Gaung, Parit Sulong terpaksa menunggu bas dan teksi dengan berdiri kerana tiada tempat duduk di pondok menunggu bas, setelah dipercayai dilanggar sebuah kereta dua tahun lalu.
Keadaan itu menyebabkan penggunanya termasuk pelajar sekolah tidak dapat menggunakan kemudahan itu dengan selesa, selain terpaksa menunggu kenderaan awam dalam keadaan berdiri.
Penduduk, Asari Ahmad, 54, berkata, dia berasa kasihan dengan mereka yang menunggu bas di dalam keadaan berdiri terutamanya golongan usia emas, ibu mengandung dan juga kanak kanak sekolah.
“Saya mahu ianya dibaik pulih dengan segera memandangkan tempat menunggu bas di kampung lain tidak seperti di sini. Di sini, cuma ada bumbung tetapi tiada tempat duduk,” ketika ditemui Sinar Harian.
Bagi Abu Bakar Idris, 33, pula berkata, disebabkan tiadanya tempat duduk berkenaan, kadangkala dia mengambil keputusan untuk menunggu bas di kampung berhampiran memandangkan kekerapan bas melalui laluan itu adalah setengah jam sekali.
“Kami mendapat pondok bas ini pada tahun 2007 dan kemudahan yang selesa itu tidak bertahan lama setelah ia dilanggar sebuah kereta. Kami mengharapkan pihak yang berkenaan segeralah melihat keadaan ini dan melakukan apa yang sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, pada November tahun lalu, Sinar Harian pernah menyiarkan permasalahan ini namun masih tiada tindakan dilakukan oleh pihak yang berkenaan.
Sunday, June 24, 2012
Pondok bas tanpa tempat duduk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: