Saturday, October 29, 2011

Mazda tayang Takeri di TMS 2011


TAKAERI dipasang dengan teknologi SKYACTIV binaan Mazda.


MAZDA Motor Corporation telah mengesahkan bahawa ia akan mempamerkan kereta konsep Mazda Takeri yang merupakan salon bersaiz sederhana generasi terbaharu.

Jentera tersebut bakal ditayangkan di Tokyo Motor ke-42 pada 30 November depan. Selain Takeri, Mazda turut mempersembahkan model terbaharu SUV crossover Mazda CX-5. CX-5 dilengkapi dengan semua teknologi SKYACTIV binaan Mazda.

Takeri mengeksploitasi bahasa rekaan Mazda yang baharu iaitu KODO. Diterjemahkan sebagai 'jiwa kepada pergerakan', ia membawa penggayaan sebuah salon ke satu tahap baharu.

Teknologi SKYACTIV yang akan dipasang pada Takeri termasuklah sistem brek janaan semula pertama Mazda. Teknologi itu mengubah tenaga kinetik menjadi tenaga elektrik sewaktu proses nyah pecutan, sebelum menyimpannya di dalam kapasitor dan menggunakannya untuk menghidupkan peralatan elektrikal kenderaan.

Ia mampu mengurangkan beban enjin dan menjimatkan minyak. Jentera itu juga menggabungkan aplikasi enjin diesel SKYACTIV-D, sistem Mazda i-stop, struktur tubuh lebih ringan, aerodinamik dan banyak lagi. Semua itu demi memperoleh kadar penggunaan bahan api yang menakjubkan, tanpa berkompromi terhadap prestasi dan pemanduan berkualiti tinggi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: