| Nampak gayanya artis lebih aktif di padang. Mereka berganding dengan peserta cabaran itu dalam aktiviti minggu ketiga iaitu perlawanan futsal. Artis yang turun padang kali ini ialah Zain Saidin, Amar Baharin, Nisha Dirr dan Puteri Mardiana. Beriya-iya mereka di gelanggang futsal. Bukan main Nisha Dirr berebut bola dengan peserta. Zain berehat kepenatan. Cabaran itu sebagai aktiviti mingguan yang diatur untuk peserta cabaran. Setiap minggu mereka akan mengikuti acara kecergasan yang disusun oleh pakar kecergasan dan pemakanan, Kevin Zahri. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, futsal, treking, pencarian harta karun, gimnasium, sukan air dan senamrobik. Sebelum memulakan acara, Kevin akan mengukur berat mereka untuk melihat perkembangan dari semasa ke semasa. Mereka akan berusaha sendiri dan hanya akan berjumpa Kevin dalam acara yang diaturkan setiap minggu. Mereka perlu mendisiplinkan diri setelah mendapat khidmat nasihat daripada Kevin. Peserta yang paling tinggi perubahan akan dikira sebagai penenang cabaran. Cabaran bermula pada 8 Oktober lalu dan akan berakhir pada bulan depan. Pemenang akan memenangi wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan lain. Tempat kedua pula akan membawa pulang RM2,000 manakala pemenang tempat ketiga akan membawa pulang RM1,000. Acara yang dibawakan oleh majalah i Sihat itu mendapat kerjasama Kevin Zahri dan ditaja oleh Kementerian Kesihatan. Turut menyumbang FRIM, Adidas, Busy Body, Jari Spa, Celebrity Fitness dan Gocell. Sabtu ini perserta akan mengikuti acara Amazing Race di FRIM. Bagi acara yang berkonsep perlawanan, pihak penganjur menyediakan hadiah. |
Friday, October 28, 2011
Artis meriahkan cabaran i Sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: