Sunday, July 31, 2011

Azie si beret hijau

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Pelakon Azie Yahaya kesal orang Melayu tidak erti bersyukur di negara sendiri

HATI kecilnya hiba melihat keamanan negara yang kian tergugat akibat ideologi dan fahaman fanatik segelintir manusia yang suka melakukan kacau bilau di negara yang selama ini aman dan harmoni dengan semangat perpaduan. Tambah lagi, mereka yang diangkat sebagai wira kononnya memperjuangkan hak rakyat adalah bangsa Melayu yang beragama Islam tetapi mengetepikan adab sopan dan kesusilaan.
Jiwa mana yang tidak celaru memikirkan apa yang bakal menimpa bangsa dan negara pada masa akan datang terutama generasi anak cucu kita apabila generasi baru sudah didedahkan dengan elemen keganasan, kekerasan dan perhimpunan haram. kononnya demokrasi mengikut fahaman sendiri.
Saya percaya penuntut institusi pengajian tinggi turut diperalatkan apabila melihat ramai wajah anak muda yang memegang sepanduk dan melaungkan perkataan yang tidak sepatutnya. Apa yang mereka cari sebenarnya? Berjuang? Seharusnya mereka tidak terbabit dengan gejala yang tidak sihat macam itu, apatah lagi mengancam keamanan negara dan orang luar akan mudah campur tangan seperti mana kita lihat negara lain. Cubalah menjadi manusia yang tahu erti syukur, lihatlah negara lain yang asyik berperang dan selalu buat tunjuk perasaan, kesudahannya walaupun pemimpin kerajaan ditukar ganti tetapi keamanan sudah hilang
Lebih parah apabila orang Melayu terpedaya dan sanggup diperalatkan melakukan demonstrasi jalanan atau perhimpunan haram, baru-baru ini, kemudian sengaja menyalahkan pihak berkuasa demi menegakkan benang yang basah. Lebih menakutkan, apabila anasir luar cuba turut campur tangan hingga mula tercetusnya kembali ideologi berunsur komunisme.

Sia-sia pengorbanan pahlawan Melayu dan anggota pasukan keselamatan sejak dulu bergadai nyawa untuk membolehkan rakyat Malaysia menghirup udara aman dan menikmati kesejahteraan di bumi watan tercinta sehingga hari ini. Walaupun negara mencapai kemerdekaan dengan cara aman, tanpa menumpahkan setitik darah, anggota keselamatan negara sudah berjuang dan banyak menumpahkan darah sejak zaman penjajahan kolonial British lagi.

Malah, Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai sejak 1960-an seharusnya dikenang rakyat Malaysia bagi menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban. Hari Pahlawan juga dikenali sebagai `Poppy Day' menjadi tradisi untuk memperingati dan menghargai wira negara yang gugur demi kesejahteraan generasi sekarang.

Sempena Hari Pahlawan, B*POP menampilkan pelakon drama bersiri komando, Beret Hijau yang bersiaran tidak lama lagi, Azie Yahaya dengan lengkap pakaian seragam Angkatan Tentera Darat.
Beret Hijau, idea asal Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diterbitkan oleh Global Network Entertainment Sdn Bhd, syarikat produksi milik pelakon dan usahawan, Zaharudin Wahab atau lebih dikenali Den Wahab. Menerusi arahan Along Kamarudin, drama bersiri 13 episod itu mendapat kerjasama Kementerian Pertahanan.

Tanpa berselindung, Azie yang pernah muncul menerusi drama Awan Dania, Kapten Kit dan Si Capik mengakui: “Saya bimbang negara jadi kacau bilau sekiranya generasi muda sudah didedahkan dengan elemen keganasan, tunjuk perasaan yang tak bertempat dan buat perhimpunan haram seperti anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai lalu. Saya melihat ramai wajah adalah orang Melayu di kaca TV.

“Saya percaya penuntut institusi pengajian tinggi turut diperalatkan apabila melihat ramai wajah anak muda yang memegang sepanduk dan melaungkan perkataan yang tidak sepatutnya. Apa yang mereka cari sebenarnya? Berjuang? Seharusnya mereka tidak terbabit dengan gejala yang tidak sihat macam itu, apatah lagi mengancam keamanan negara dan orang luar akan mudah campur tangan seperti mana kita lihat negara lain. Cubalah menjadi manusia yang tahu erti syukur, lihatlah negara lain yang asyik berperang dan selalu buat tunjuk perasaan, kesudahannya walaupun pemimpin kerajaan ditukar ganti tetapi keamanan sudah hilang.

“Seperti perhimpunan haram BERSIH tempoh hari, ramai yang takut nak keluar rumah, kesesakan lalu lintas jadi teruk, selain perhimpunan haram berkenaan menyebabkan peniaga kerugian berjuta-juta ringgit. Ini bukan hanya kerugian untuk seseorang individu, malah pada negara. Nama negara juga tercemar. Ada yang ditangkap dan disumbatkan dalam penjara. Siapa rugi, siapa yang mendapat susah? Saya dengar ada juga kanak-kanak yang turut ditahan. Kasihan anak-anak kecil yang tidak berdosa diperalatkan oleh ibu bapa yang tak bertanggungjawab.

“Segala-galanya sudah terjawab, perhimpunan yang kononnya menyuarakan kepincangan dalam proses pilihan raya sekadar alasan nak merusuh dan melakukan kekacauan. Mereka yang terbabit tidak memperoleh apa-apa, sebaliknya hanya menjadi alat kepada parti pembangkang. Malulah. Siapa yang mendapat susah kalau bukan orang Melayu!”

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu diperkenalkan dalam dunia lakonan menerusi filem Uncle Hussin, tetapi filem terbitan KRU Studios Sdn Bhd itu belum ditayangkan lagi.

Bekas pramugari MAS dan AirAsia itu masih aktif sebagai peragawati, selain berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Wajah jelita yang seiras dengan pelakon Julia Ziegler kini menjadi pilihan penerbit dan pengarah drama apabila tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.

Mengulas drama bersiri Beret Hijau, Azie yang memegang watak Sarjan Aishah berkata, inilah drama paling menguji ketahanan mental dan fizikal, selain berkampung hampir sebulan dalam kem.

“Saya suka pada cabaran dan menerima cabaran watak Sarjan Aishah dengan hati terbuka. Bagi saya berkawad dan meredah latihan perkara biasa, tetapi apabila didenda mengangkat `kayu log’ seorang diri membuatkan saya hamper rebah. Bagaimanapun, saya kuatkan diri menghadapinya.

“Menjalani latihan ala komando cukup mencabar, tetapi saya bersyukur, mungkin saya tidak akan melaluinya jika saya tidak bergelar pelakon. Pengalaman yang dikutip dalam drama Beret Hijau terlalu berharga. Walaupun ada masanya saya tertekan, tetapi semuanya dapat diharungi dengan bantuan penerbit, pengarah dan team produksi. Saya tidak sabar mahu melihat drama ini disiarkan,” katanya.

Selain Azie, drama Bereka Hijau turut dibintangi Iqbal Mazlan, Lan Mazlan, Chomell Fana, Hasnul Rahmat, Aman Graseka, Kuswadinata, Hairi Anak Wayang, Ainina Ahmad B, Adam Corrie, Azlan Komeng dan Kapten Norhaidawati Jaafar.

Drama bersiri 13 episod yang bakal disiarkan TV1 itu menggunakan pelbagai senjata seperti M16, raifel automatik, trak tentera, helikopter, pesawat tentera, bot tempur, pelancar roket dari kenderaan, pisau komando, bom asap dan ambulans perisai serta khidmat 200 komando dari Angkatan Tentera Malaysia.

INFO: Azie
Nama Sebenar: Norazilah Yahaya
Nama Komersial: Azie Yahaya
Asal: Kuala Terengganu
Umur: 29 Tahun
Tarikh Lahir: 17 Julai 1982
Keluarga: Anak sulung daripada lima beradik
Filem: Uncle Hussin
Drama: Kapten Kit, Dilema Wanita, Jangan Pandang Belakang The Series, Awan Dania 3, Selingkar Kasih, Madu 1,2,3 Dan ..., Khurafat The Series, 3 Minah, Bagi Balik Jandaku, Si Capik, Beret Hijau & Hostel
Iklan: Sendayu Tinggi, McDonalds, Kamdar dan Marigold.

Revolusi Ramadan

  • Foto

  • Foto

Impak Ramadan ke atas empat negara Asia Barat yang bergolak

SELAMAT datang Ramadan, bulan yang menjanjikan 1,000 keberkatan kepada umat Muhammad SAW. Tuntutan ketiga dalam Rukun Islam itu mendidik penganutnya menjadi tangkas dan mantap jiwa. Ia juga menguji keampuhan iman, sekukuh iman barisan sahabat yang berjuang menegakkan syiar Islam bersama junjungan mulia ribuan tahun lalu.
Ramadan kali ini juga bakal mencabar kepatuhan sebahagian saudara se-Islam lain di Asia Barat yang kini berdepan pergolakan, mahukan perubahan dalam tampuk pemerintahan negara masing-masing. Bulan puasa atau tidak, momentum pasti akan berterusan.
Ketika Ramadan, daya tahan sukarelawan paling tegar sekalipun akan diuji dengan pertempuran padang pasir tanpa makan dan minum, terutama ketika suhu meningkat
Memang terlalu dalam jurang jika ingin menyamakan apa yang berlaku hari ini dengan pertempuran pertama dalam Islam - Perang Badar - yang berlaku dalam bulan puasa pada tahun kedua Hijrah. Ramadan ini mungkin dapat memberikan gambaran lebih jelas bagaimana bulan itu berfungsi mengukuhkan semangat biarpun dengan kudrat terhad.

Kebetulan, bulan mulia ini tiba pada ketika bahang kebangkitan rakyat di dunia Arab masih panas. Harapan rakyat di negara bergolak supaya Ramadan kali ini mampu mencipta saat penting dalam politik, mengharapkan keberkatannya untuk menyaksikan doa mereka termakbul.

Ramadan akan memberikan puak penentang peluang lebih luas menganjurkan bantahan kerana lebih ramai umat Islam berhimpun di masjid dan aktiviti keagamaan. Di negara yang masih berdepan kebangkitan seperti Yaman dan Syria, mungkin puak penentang jadi lebih kuat dan yakin sepanjang sebulan ini, mengguna aktiviti agama untuk mengumpul pengikut.

Bermula esok juga, penggerak kebangkitan di negara Asia Barat berdepan cabaran baru yang bukan calang-calang dengan kedatangan Ramadan, menuntut penganut berlapar dan dahaga daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Apakah makna bulan al-Mubarak ini kepada pihak yang terbabit dalam perang saudara di Libya, pergelutan di antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan di Syria, keruncingan politik di Yaman dan laungan pembaharuan tegar di Mesir?

Awal bulan ini, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menegaskan tidak akan mengebom Libya ketika Ramadan jika tentera yang setia kepada Presiden Muammar Qaddafi turut menghormati gencatan senjata. NATO bimbang pengeboman Tripoli akan mencetuskan kemarahan dunia Islam.

Bagaimanapun, ia bertentangan dengan kenyataan Menteri Luar Perancis, Alain Juppe yang menegaskan kempen ketenteraan NATO akan diteruskan selepas wakil negara Islam memberitahu ‘tiada percanggahan antara peraturan agama ketika Ramadan dan kelangsungan campur tangan tentera’.

Malah kini, pemberontak Libya meminta bantuan askar Perancis untuk menyerbu Tripoli dalam masa beberapa hari lagi melalui gerakan serangan ‘awal Ramadan’.
“Ketika Ramadan, daya tahan sukarelawan paling tegar sekali pun akan diuji dengan pertempuran padang pasir tanpa makan dan minum, terutama ketika suhu meningkat,” menurut wartawan AFP.

Namun masih tidak jelas berapa ramai pemberontak akan berpuasa. Minggu lalu, seorang pemberontak berkata kepada akhbar The Washington Post bahawa Islam membolehkan pejuang tidak berpuasa ketika berperang.

Seorang lagi berazam akan terus berperang seperti biasa jika pertempuran berterusan sepanjang Ramadan dan mereka tidak akan berhenti sehingga berjaya membebaskan Libya. Seorang pejuang muda menambah: “Ramadan adalah waktu terbaik untuk syahid”.

Bagaimanapun, tidak semua orang bersikap optimis seperti pemberontak berkenaan sebaliknya menyifatkan Ramadan menjadi lohong hitam bahaya yang mengancam kempen ketenteraan NATO di Libya. Malah kedatangan Ramadan menguasai perbincangan di ibu pejabat NATO di Brussels dan ibu pejabat pemberontak di Benghazi.

Dengan tentera berpuasa sepanjang hari, pemberontak tidak akan berada dalam kedudukan untuk melancarkan gerakan besar-besaran. Tanpa tindakan selama sebulan, pengunduran mungkin berlaku dan mereka memerlukan masa lebih panjang untuk kembali ke kedudukan terkini.

Malah, dengan pemberontak berdepan kekurangan makanan, minyak dan wang tunai, ada risiko penduduk akan berpaling tadah.

Sementara di Syria, penganalisis menyatakan kedatangan Ramadan memberi kelebihan kepada penunjuk perasaan terutama apabila penduduk miskin memenuhi masjid untuk berbuka puasa dan menjadikan rumah ibadat itu pusat bantahan dan boleh mencetuskan masalah lebih serius kepada kepemimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Ramadan juga mungkin mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan penunjuk perasaan di negara ini. Ketegangan mazhab akan diapi-apikan oleh kumpulan tertentu atau pasukan keselamatan yang dikuasai puak Alawite yang pasti akan meneruskan tindakan ke atas penunjuk perasaan bermazhab Sunnah.

Apa yang perlu diawasi tentera Syria ialah mereka berdepan risiko tinggi jika cuba menyerang penunjuk perasaan dalam masjid. Ada juga kemungkinan kerajaan di Asia Barat akan mencapai gencatan senjata dengan pembangkang ketika Ramadan.

Di Yaman pun, pengarah kumpulan pemikir berpangkalan di Sanaa, Ahamad Saif menjangka demonstrasi menentang Presiden Ali Abdullah Saleh akan meningkat ketika Ramadan walaupun mereka sudah kehilangan momentum ketika Saleh semakin pulih daripada pembedahan di Arab Saudi.

“Demonstrasi tidak akan berlaku kerana sentimen agama sebaliknya kerana orang ramai bertemu di jalanan,” katanya.

Kejatuhan Hosni Mubarak nyata belum mematikan semangat pembaharuan di Mesir dan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir berikrar akan meneruskan bantahan mereka sepanjang Ramadan, tetapi penganjur memberi jaminan mengawasi kesesakan jalan raya sebelum waktu berbuka apabila semua orang berpusu-pusu pulang ke rumah, bimbang pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencetuskan kekacauan.

Seorang rakyat Mesir, Cheraz Eldin, berkata penduduk negaranya bercanggah pendapat mengenai bagaimana mereka menilai impak Ramadan ke atas bantahan. Sebahagiannya memandang Ramadan menjadi penghalang dan sebahagian lagi menyifatkan ‘setiap hari adalah Jumaat.’

Di negara Arab yang sering berlaku pergerakan membantah kerajaan, Ramadan menyediakan peluang kepada kedua-dua pihak berkuasa dan pembangkang.

Pada Ramadan, penduduk saling bertemu pada waktu berbuka dan masjid memberikan kesempatan kepada pembangkang untuk meraih simpati dan landasan melancarkan bantahan, namun kerajaan mungkin meningkatkan langkah pencegahan terutama di negara yang perkhidmatan keselamatan ketat seperti Maghribi dan Jordan.

Ada juga penganalisis meramalkan Ramadan tidak akan mencetuskan sebarang perbezaan di sesetengah negara Arab seperti Tunisia.

Apa pun, jika keberkatan Ramadan dihayati dan umat merebut ganjaran berganda yang dijanjikan Ilahi, mungkin ada baiknya pihak bertelagah berbincang dengan pemerintah mencari penyelesaian terbaik buat kedua-dua pihak.

Namun jika mengangkat senjata tetap menjadi pilihan terakhir, dapatkah mereka memastikan matlamatnya selari dengan perjuangan tentera Islam dalam Perang Badar suatu ketika dulu?

INFO: Perkembangan pergolakan di Asia Barat

  • MESIR
    Kabinet baru Mesir mengangkat sumpah 21 Julai lalu, namun tidak meredakan keadaan malah penunjuk perasaan terus membantah dan berhimpun di Dataran Tahrir

  • YAMAN
    Pembangkang menolak dialog perdamaian dengan parti pemerintah yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

  • LIBYA
    Amerika Syarikat, Britain dan 30 negara lain mengiktiraf kumpulan pembangkang utama Libya sebagai kerajaan yang sah. Britain dilaporkan akan mengusir diplomat dari rejim Muammar Gaddafi

  • SYRIA
    Keganasan terus berlaku dan terbaru 11 penunjuk perasaan terkorban selepas tentera Syria melancarkan serangan di Damsyik.
  • Pesta mantai Salero Negori


    Masak lemak daging salai.


    DALAM dialek Minang, mantai bererti kenduri atau acara makan-makan sebelum menyambut Ramadan. Justeru, hari ini sebagai penutup bulan Syaaban, Restoran Salero Negori menyediakan hidangan istimewa ala mantai sebelum umat Islam mula berpuasa pada esok hari.

    Pemiliknya, Azman Anas berkata, juadah yang disediakan hari ini turut dihidangkan sepanjang Ramadan istimewa untuk peminat masakan Padang dan Negeri Sembilan.

    “Selain lauk-pauk biasa, kami menyediakan beberapa juadah khas seperti ayam golek Minang, ikan bakar Minang, ayam bakar dan pelbagai jenis kuih-muih tempatan,” katanya.

    Pastinya hidangan enak itu mampu menjadi tarikan pengunjung untuk berbuka di lima buah cawangannya, apatah lagi mengenangkan menu panjang yang dimiliki Salero Negori.

    Siapa yang mampu menahan keenakan hidangan ikan keli salai masak lemak cili padi, daging salai masak lemak cili padi, sambal jering, ayam kampung pop, gulai tunjang dan banyak lagi hidangan istimewa. Dipadankan pula dengan minuman jus alpukat, teh botol dan desert seperti ais krim tapai, aduhai kecur liur dibuatnya.

    Selain hidangan berbuka puasa, Salero Negori turut menyediakan hamper hari raya eksklusif yang mengandungi biskut dan kek lapis Sarawak dengan harga bermula dari RM120.

    Tambah Azman lagi, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di restorannya dengan potongan 15 peratus.

    Pesta mantai di Salero Negori turut diraikan personaliti popular TV3, Maria Tunku Sabri.

    Menurut Maria, restoran itu memang menjadi antara lokasi menjamu selera kegemaran keluarganya terutama suami yang berasal dari Negeri Sembilan. Paling diminatinya adalah sambal jering, sambal petai, dendeng balado dan banyak lagi.

    Suamiku gila judi

    KATA kawan-kawan jika pasangan kita ada ramai adik-beradik dan dikelilingi ipar duai hidup kita lebih menyulitkan, maklumlah ada antara mereka yang tak sukakan kita dan mempunyai perangai serta karakter yang menyilaukan mata. Namun berkahwin dengan suami yang tak ada adik beradik pun susah juga.

    ‘‘Biar saya perkenalkan diri saya sebagai Mas Alina. Masalah saya berkahwin dengan lelaki yang saya panggil ‘anak emak’, sebab dia anak tunggal. Walau pun hidup saya tidak ada masalah dengan ipar duai tetapi saya rimas, runsing dan kadang kala makan hati berulam jantung dengan perangai tiga beranak yang membelenggu hidup saya.’’ Itu cerita Mas Alina dalam emel dan ketika kami berbual di telefon baru-baru ini.

    ‘‘Saya tak salahkan dia kerana anak tunggal, tetapi yang memeningkan saya perangainya yang tak mahu bertanggungjawab dan jadi ketua keluarga sebenarnya. Sebab apa juga tindakannya masih bergantung pada emak ayahnya dalam semua hal.

    ‘‘Saya pun anak tunggal, tapi saya tak bergantung emak, malah saya yang memelihara emak. Puas saya nasihatkan suami saya Nazim supaya ubah perangai belajar berdikari, jangan suka minta duit emak, tetapi dia tak pakai cakap saya. Malah semakin teruk walaupun kami sudah berkahwin lebih 6 tahun dan ada 2 anak.

    ‘‘ Saya berkenalan dengan Nazim semasa sama-sama belajar di utara Semenanjung. Selepas tamat belajar beberapa tahun kemudian kami pun berkahwin. Ketika itu saya gembira sebab kami sama-sama anak tunggal, tentu tak ada masalah ipar duai seperti cerita yang pernah saya baca dan dengar selama ini.

    ‘‘Saya bersyukur sejak hamil dan mempunyai anak satu, masalah besar saya iaitu perangai panas baran dan cepat naik angin Nazim semakin berubah. Tetapi satu perkara yang jelas tak berubah sikapnya terhadap emak saya, semakin teruk. Dia seakan membenci emak saya. Sedangkan Nazim tahu sebelum kami kahwin lagi saya dah beritahu akan membawa emak saya tinggal bersama, kerana selain anak tunggal, emak saya pun ibu tunggal, dia tak ada tempat bergantung kecuali saya. Nazim setuju.

    ‘‘Dulu saya duduk dengan emak di pinggir bandar, arwah ayah tinggalkan sebuah rumah yang dibina atas tanahnya. Setelah ayah meninggal, pendapatan emak mengambil upah mengasuh anak jiran dan menyewakan tanah depan rumah kami kepada seorang pengusaha bengkel membaiki kereta. Hidup emak taklah susah.

    ‘‘Saya katakan pada Nazim daripada cari pembantu lebih baik bawa emak tinggal bersama, boleh juga emak jagakan anak kami dan saya boleh juga jaga emak kerana emak dah tua, lagi pun saya tak sampai hati tinggalkan emak sendirian.

    ‘‘Namun janji Nazim cuma boleh pakai sebelum kahwin saja. Bila dah serumah baru saya nampak perangainya. Nazim banyak membuat emak saya kecil hati. Dia tak suka bertegur sapa dengan emak saya apa lagi nak berbual. Dia bercakap dengan emak bila mahu bertanyakan ada benda hilang. Atau yang penting sahaja.

    ‘‘Walaupun ibu bapa mertua saya tinggal di kampung mereka selalu datang dan tinggal dia rumah kami berminggu-minggu lamanya untuk melepaskan rindu pada anak kesayangan mereka. Bila dah dekat Nazim selalu ‘pau’ duit emaknya ini yang membuatkan jiwa saya tertekan. Ada saja yang diperlukannya. Baiki motorlah dan macam-macam.

    ‘‘Setiap kali sebelum bersalin, dari anak pertama hingga anak kedua, mereka akan datang sebulan lebih awal, lepas tu tunggu sehingga saya habis pantang dua bulan barulah mereka balik kampung. Kalau rumah kami besar takpelah tetapi rumah kami kecil, keadaan ini membuatkan saya rasa amat tidak selesa.

    ‘‘Sebenarnya ketika dalam pantang saya suka emak saya jaga makan minum saya. Tapi kalau dah ramai dalam rumah yang kecil tentu ada segan silunya, maklum ada besan lelaki. Namun mertua saya tidak akan tinggalkan anak tunggal kesayangan. Akhirnya emak saya mengalah balik ke rumahnya.

    Bertanya kabar

    ‘‘Dua bulan sekali kami balik kampung atau emaknya datang KL. Keadaan jadi lebih parah bila kami nak balik KL siap ada drama kisah anak beranak menangis nak berpisah. Emak Nazim menangis teresak-esak kerana sedih. Akhirnya emak ayahnya ikut kami balik KL. Mereka akan tinggal seminggu sebelum balik kampung dengan bas.

    ‘‘Masalahnya kereta kami kecil bukan MPV atau SUV, tentu sempit dan perjalanan jauh tentu memenatkan, tapi mereka tak kisah asal mereka pasti Nazim selamat sampai KL. Itu belum masuk bab Nazim demam atau batuk. Pagi dapat tahu Nazim demam petang mesti dah sampai KL. Begitulah sayang mereka pada Nazim.‘Punca Nazim tak berduit sebab dia gila berjudi. Ceritanya terbongkar bila dia ditahan polis, saya pergi jamin. Tetapi entah macam mana dia tak kena tindakan, taukeh kedai kena heret ke mahkamah. Puas saya nasihatkan dia jangan buat kerja bodoh tu lagi, tetapi orang dah ketagih judi memang tak makan nasihat.

    ‘‘Saya ceritakan pada emak dan ayah Nazim, mereka tak terkejut pun atau marahkan Nazim, sebaliknya emaknya tanya saya; ‘Betul ke? Macam tak percaya. Saya kata kalau emak dan ayah selalu bagi duit, dia akan lebih ligat berjudi.

    ‘‘Pada pandangan saya mereka tahu perangai Nazim, tetapi kerana sayang Nazim anak tunggal, mereka tak kisah. Saya kasihankan emak ayahnya sudah tua masih menoreh getah di samping mengupah orang lain menoreh semata-mata cari duit untuk Nazim. Saya kasihankan mereka sanggup berkorban untuk Nazim.

    ‘‘Masalah saya bila mereka duduk dengan kami, mereka manjakan anak-anak saya macam mereka jaga Nazim, segala kehendak anak-anak saya dituruti. Saya takut anak saya jadi macam Nazim. Kadang-kala saya terfikir Nazim gila judi kerana kesilapan emak ayahnya mendidiknya dengan penuh kasih sayang tanpa bimbingan yang betul.

    ‘‘Saya tak tahu sampai bila saya mesti bersabar. Sebab bukan saja Nazim bermasalah, emak ayahnya pun sama merosakkan hidup saya. Saya tak sanggup lihat kalau satu hari nanti Nazim masuk penjara kerana rasuah nak cari duit lebih untuk berjudi,’’ Itu cerita Mas Alina tentang masalah hidup yang dilaluinya.

    Motosikal di hati Hafiz


    Bangga dengan aset yang dimiliki.


    LELAKI ini cukup taksub bercerita tentang perincian semua jenis motosikal dalam sesi fotografi baru-baru ini. Riak wajahnya cukup beria-ria menerangkan satu persatu tentang kenderaan beroda dua itu.

    Sambil memberi penerangan, dia sempat menyelak helaian majalah bagi membuktikan penjelasannya.

    lebih menarik perhatian apabila rujukan yang digunapakai itu berbahasa Itali. Biarpun tidak ke semua patah kata yang tertera dalam majalah itu difahami, namun semangatnya wajar dipuji.

    Mohd. Firdaus Jauri sedaya upaya mendapatkan terjemahan menerusi kamus andai wujud mana-mana perkataan yang keliru.

    Tambahan pula, kesempatan bekerja di negara selatan tengah Eropah itu selama tiga tahun memberi banyak peluang kepadanya untuk mempelajari bahasa Itali.

    Pergaulan bersama penduduk di negara itu dan mengambil kursus bahasa Itali memberi banyak manfaat bagi setiausaha pejabat sepertinya.

    “Saya sempat mengumpulkan kira-kira 150 buah majalah motor berbahasa Itali sewaktu berada di sana. Ketika itu rasa kagum memuncak setelah melihat teknologi permotoran di negara berkenaan,” katanya.

    Antara majalah berbahasa Itali yang dimilikinya adalah in Stella, Autoin, Dueru ote, in Moto, Scooter Facile, Mondo Ducati, Moto Super Market dan Riders.

    Itu tidak termasuk majalah popular TnT Magazine, Moto Sprint, 1000 Moto dan Eero Moto yang kerap kali bahan bacaan Mohd. Firdaus pada masa lapangnya.

    Baginya, dia memperoleh banyak maklumat dalam pemilikan majalah itu terutama kepakaran dalam bidang permotoran yang menjadi minat bagi kebanyakan lelaki sepertinya.

    Sekadar mengimbas kenangan lalu, sebenarnya motosikal cukup dekat dengan jiwa suami kepada Ghazila Elni Ghazalli ini. Sejak kecil lagi, dia mula membonceng Yamaha 100cc bersama pakciknya.

    Bertitik tolak dari situ, rasa untuk memiliki sebuah motosikal ditanam. Azamnya dalam hitam hati, kalau tak dapat yang besar, motosikal kecil pun sudah memadai.

    Pada masa yang sama, motosikal merupakan pengangkutan paling mudah untuk menjalankan sebarang urusan.

    Kenderaan itu juga menjadi pilihannya sehingga dia melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam bidang kesetiausahaan.

    Harapan buat anakku


    Eiffa gemar memangku adik bongsunya, Nur Hana Hazeeqa yang baru berusia 30 hari.


    MELIHAT anak comel yang bertubuh montel ini, pasti sesiapa jua akan bertanya berapa usianya. Raut wajahnya menggambarkan dia masih terlalu kecil, namun fizikalnya berbeza daripada kanak-kanak seusia.

    “Saya rasa Eiffa sendiri ada perasaan rendah diri untuk bergaul dengan kawan-kawan sebaya. Bukan saya mahu menyekat pergaulannya ketika kecil. Apa kan daya, masalah kesihatan yang dialami menyebabkan perkembangannya tidak sama seperti kanak-kanak lain,” kata ibunya, Sharifah Aminah Syed Abd. Hamid.

    Pada usia 29 tahun, ibu muda kepada tiga cahaya mata itu sudah meredah onak dan duri yang bukan calang. Bayangkan dua daripada anaknya termasuk Eiffa mengalami masalah jantung berlubang. Namun dia tidak pernah berputus harap. Apa yang diingininya agar anak-anaknya itu kembali sihat dan menjalani hidup normal seperti kanak-kanak seusia mereka. Mujur sokongan yang tak pernah putus daripada suami, ayah dan ibu membuatkan Sharifah Aminah terus bertahan.

    Bercerita mengenai keadaan permata hati sulungnya itu, dia berkata Eiffa atau nama penuhnya Nur Eiffa Hazeeqa dikesan menghidap penyakit jantung berlubang ketika berusia sebulan. Kesukaran bernafas menyebabkan doktor menyarankan dia mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital pakar bagi mengesan masalah sebenar yang dihadapi anaknya.

    Hanya Allah yang tahu perasaannya apabila doktor mengesahkan bayi kecil itu mempunyai dua lubang di bahagian jantung yang mana satu daripadanya melibatkan masalah major.

    Ketika berusia empat bulan, Eiffa mengalami komplikasi jantung yang teruk sehingga dimasukkan ke wad kecemasan selama 16 hari. Wajahnya biru dan dia terpaksa bernafas menggunakan alat sokongan. Mujur tiada perkara yang lebih buruk berlaku dan sejak dari itu, Sharifah Aminah sentiasa memantau keadaan anaknya. Dia terpaksa memberi perhatian lebih teliti kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

    “Kalau kanak-kanak lain aktif dan bebas bermain, Eiffa pula terpaksa berulang-alik ke hospital setiap bulan. Doktor juga menyatakan sebarang tekanan pada Eiffa boleh memburukkan lagi keadaan,” katanya.

    Menurutnya lagi, masalah jantung yang dialami oleh Eiffa melibatkan beberapa komplikasi lain yang saling berkait. Antaranya dia juga mengalami masalah pada bahagian paru-paru menyebabkan dia pernah dijangkiti bronkitis yang seterusnya mengundang masalah asma pula. Disebabkan keadaan itu, anak kecil itu turut mengalami masalah gangguan tidur seperti kencing ketika tidur dan berdengkur yang kuat. Pengambilan steroid juga menyebabkan badan Eiffa meningkat mendadak walaupun mereka sentiasa memantau pemakanannya.

    “Eiffa sudah menjalani pembedahan memperbaiki jantung ketika berusia sembilan bulan. Doktor yang merawat kata, disebabkan keadaan yang saling berkait, maka prosesnya agak lambat dan rumit. Keadaan ini juga menyebabkan dia mungkin akan mengalami masalah pembelajaran dan lain-lain lagi,” katanya.

    Sharifah Aminah sedih memikirkan bagaimana masa depan Eiffa nanti terutama dari segi pembelajaran dan lain-lain. Dia tidak meletakkan harapan yang tinggi, cukup sekadar anak itu mampu berdikari sudah cukup membahagiakan dirinya. Namun katanya, Eiffa anak yang baik dan mendengar kata. Sifatnya sebagai anak sulung terserlah terhadap dua adiknya. Malah, dia sering yang menamakan adik bongsu yang baru lahir, Nur Hana Hazeeqa. Sesekali dia juga meminta untuk memangku si kecil itu.

    Bukan setakat Eiffa sahaja yang mempunyai masalah jantung berlubang, anak kedua Sharifah Aminah, Muhammad Eirfan Hazeeq turut mengalami masalah yang sama. Namun ia tidak terlalu serius dan tidak menjejaskan tumbesarannya. Eirfan aktif seperti kanak-kanak lain seusia dengannya dan doktor berkata dia tidak memerlukan pembedahan seperti kakaknya. Berita menggembirakan buat Sharifah Aminah apabila anak bongsu yang baru berusia 30 hari disahkan sihat sepenuhnya.

    “Saya yakin ada hikmah tersendiri atas apa yang saya lalui semua ini. Bila saya bersedih, saya lihat ada orang lain yang lebih susah lagi, itu membuatkan saya kembali muhasabah diri,” katanya.

    Bangkit

    Serba-salah untuk memilih antara anak dan kerjaya, akhirnya Sharifah Aminah tekadnya meninggalkan karier kerana perlu memberi perhatian kepada anak-anaknya. Walaupun memikirkan sekurang-kurangnya dengan berkerja, segala kos perubatan anak ditanggung majikan, namun dia merasakan itu tidak adil kerana sering terpaksa bercuti.

    “Akhirnya saya ambil keputusan berhenti. Anak-anak lebih perlukan perhatian saya. Dengan bantuan abang yang memberi modal, saya menjalankan perniagaan About Umi & Baby,” katanya.

    Menurut Sharifah Aminah, butiknya itu menyediakan sokongan keibubapaan dan penyusuan susu ibu di samping jualan barang-barang yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah, walaupun secara kecil-kecilan kerana terpaksa memberi lebih tumpuan kepada anak-anak, ia menampakkan perkembangan memberangsangkan.

    Ketika ini, walaupun masih dalam tempoh berpantang, dia sudah kembali menguruskan perniagaan dibantu ayah dan ibu demi untuk menanggung kos rawatan Eiffa.

    Bagi Sharifah Aminah, dia ingin membuang jauh-jauh kesemua kesedihan yang dialaminya. Air matanya sudah kering untuk dititiskan lagi. Apa yang penting semoga Eiffa kembali sihat dan sekurang-kurangnya mampu berdikari bila dewasa nanti. Dia juga berharap, pembedahan kedua anaknya sekitar bulan September ini mampu memberi sinar harapan kepada anak kecil yang masih belum mengerti kehidupan yang sebenar itu.

    Minyak wangi jana pendapatan


    Pengasas Dd’s Perfume, Farahsuzie Suleiman (tengah) disamping model yang menunjulkkan produk perfume terbaru Dd's Perfume yang dilancarkan baru-baru ini di sebuah hotel Shah Alam, Selangor.


    MELANGKAH ke musim perayaan, memberi inspirasi kepada pengeluar dan pengimport pati minyak wangi tanpa alkohol, Dd’s Perfume keluaran Genuine Strategies Sdn Bhd lahir dengan idea baru.

    Pembaharuan dilakukan demi meningkatkan lagi penerimaan produk ini di kalangan pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.

    Ini termasuk meraikan pengedar-pengedar yang selama ini berusaha gigih meningkatkan jualan Dd's Perfume dalam satu majlis jamuan Aidilfitri bersama selebriti tempatan.

    Menurut seorang pengedar, Norazira Mohd Noor, walaupun masih awal, permintaan terhadap produk tersebut semakin meningkat seperti larisnya buah kurma dan biskut raya.

    Bagi Norazira , sambutan minyak wangi tanpa alkohol seperti Dd’s Perfume dijangka mendapat sambutan tinggi di bulan Ramadan.

    “Sebagai pengedar baru saya berasa selesa kerana Genuine Strategies sentiasa memberi bimbingan kepada pengedar-pengedarnya tentang strategik perniagaan. Bahkan mereka tidak lupa meraikan pengedar menerusi jamuan berbuka puasa dan hari raya seperti yang mereka pada tahun lepas ,” ujarnya yang berjaya menjual hampir 100 kotak dalam masa seminggu.

    Norazira berkata, langkah syarikat ini mengadakan aktiviti menyambut Aidilfitri bersama pengedar-pengedar merupakan satu inisiatif bagi menarik pelanggan baru serta membantu menjana pendapatan para pengedarnya.

    Pratikal

    Dalam pada itu, Ethi Nasyiyah Syahril yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan itu menambah, dia memilih produk Dd’s Perfume kerana ia praktikal, mempunyai pembungkusan yang menarik manakala aromanya tahan lama.

    Malah, harga wangian itu yang berpatutan membolehkan wanita sepertinya memiliki haruman yang bertaraf antarabangsa di samping mampu menambah pendapatan keluarga dan meringankan beban suami. Jelasnya, ketibaan bulan Ramadan ini dilihat mampu memberi pulangan yang berlipat kali ganda kerana ia dilihat sebagai pelengkap kepada musim perayaan. Bagi penggemar minyak wangi yang ingin mendapatkan pati minyak wangi tanpa alkohol, Dd’s Perfume atau ingin mendapatkan maklumat lanjut untuk menjadi pengedarnya, hubungi Farah (012-3422271), Mimie (012-2332804) atau Ila Qirana (012-2420764).

    Sheena pewaris empayar kosmetik




    BUKAN mudah merealisasi sesi fotografi bersama si cantik manis ini. Hanya selepas beberapa kali dipujuk pembantu peribadi, Eddie Yahya, akhirnya Wanita Ikon 2007, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed mengizinkan puteri sulungnya muncul secara eksklusif buat kali pertama di dalam media.

    Pastinya, bagi pihak Mingguan Malaysia, kami berterima kasih dengan kesudian beliau. Malahan turut rasa bangga kerana berjaya meyakinkan pemilik empayar kecantikan K-Life dan Kayla Beverly Hills itu bahawa buah hati yang diberi nama An-Nuurazafira Rasherinna ini perlu diberi pendedahan sedemikian rupa.

    Mahu atau tidak, gadis pemalu berusia 23 tahun itu bakal menggalas tanggung-jawab besar untuk mewarisi perniagaannya suatu hari nanti. Dan kini, sebagai Akauntan Eksekutif di syarikat ibunya, dia harus didedahkan dengan selok-belok dunia perniagaan sebenar yang penuh cabaran.

    Gementar dan malu, itu jawapan pertama yang terbit dari bibir mungil gadis yang mesra disapa sebagai Sheena saat ditanya perasaannya.

    “Maaf kak, saya tak pandai beraksi. Nanti tolong ajarkan caranya,” katanya merendah diri ketika wajahnya dioles jurusolek.

    Banyak perkara yang kami bualkan. Dari cerita mengenai perniagaan hingga kepada hobi dan cara dia menghabiskan masa mudanya.

    Bersosial

    Kata Sheena, dia tidak pandai bersosial. Teman baiknya adalah adik-beradik dan selepas pulang dari pejabat, dia hanya menghabiskan masa di ‘singgahsana’ milik keluarga.

    Tambahnya, dari kecil dia tidak dimanjakan dengan kemewahan. Kesusahan yang ditempuhi ketika dulu menjadikan mereka tidak mahu mendabik dada dengan kesenangan yang dimiliki kini.

    “Mommy sentiasa ajar kami berusaha untuk mendapat apa yang diingini,” kata lulusan University of Adelaide, Australia ini.

    Bagi Sheena, ketika remaja lain tergila-gila barangan berjenama, dia pula tidak memilih.

    Apa yang dirasakan cantik dan sesuai dengan diri, dia akan mendapatkannya. Dia juga tidak kisah untuk menikmati hidangan di gerai-gerai tepi jalan asalkan ia enak.

    Rancak bercerita mengenai karier, Sheena berkata, masih terlalu banyak yang dia perlu pelajari mengenai selok-belok perniagaan.

    Bukan setakat bagaimana menguruskannya, malahan dia juga mendalami ilmu kecantikan termasuk menelaah produk dibawah jenama keluaran syarikat mereka.

    “Sheena jadikan mommy sebagai idola. Dia mahir dalam banyak perkara, bagi Sheena, dia seorang ibu yang sempurna,” katanya.

    Seri Ramadan bersama Safi




    BULAN Ramadan kembali mengisi kalendar muslimin dan muslimat yang sememangnya menantikan kehadirannya saban tahun.

    Sebagaimana lazim, tentunya Ramadan akan diisi dengan pelbagai persiapan dan rutin demi memenuhi tuntutan agama.

    Lebih-lebih lagi, inilah masanya untuk mengutip banyak manfaat dan keberkatan apalagi Ramadan adalah bulan suci bagi umat Islam.

    Namun, sebagai seorang wanita, meski diri tekun menjalani ibadah puasa, janganlah kita lupa untuk menjaga raut wajah agar tidak nampak kusam dan tidak bermaya.

    Maklumlah, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik bukan?

    Apalagi tatkala menanti kedatangan Syawal. Untuk itu, wajarlah sebagai seorang wanita untuk kita menjaga kesegaran wajahnya sepanjang sebulan menjalani ibadah puasa.

    Bukan apa, barulah nampak berseri-seri tatkala Syawal menjelma nanti. Namun, untuk kelihatan cantik bukan semudah A, B dan C.

    Lazimnya, ia menuntut kita untuk rajin melakukan rutin penjagaan wajah setiap hari dan ia mengambil masa.

    Maka, bagi mereka yang malas, jangan haraplah untuk mendapatkan kulit yang cantik dan segar. Betul atau tidak? Bagaimanapun, Safi ada jalan penyelesaiannya.

    Berdiri sebagai jenama halal nombor satu di Malaysia, Safi tentunya memahami keresahan setiap wanita yang mahukan wajah tampak segar saat mengharungi bulan Ramadan yang mulia ini.

    Lebih untung, bagi mereka yang mahu kelihatan cantik pada Aidilfitri, produk ini adalah yang terbaik buat semua penggunanya.

    Lebih-lebih lagi, Safi juga sedang menjalankan promosi Seri di Aidilfitri bersama Safi khusus buat semua wanita di luar sana.

    Untuk itu, jangan lupa untuk kunjungi pasar raya, farmasi dan kedai-kedai berdekatan untuk mendapatkan produk Safi.

    Safi juga menawarkan pelbagai promosi menarik untuk produk-produknya pada harga yang berpatutan sempena kedatangan Ramadan dan Syawal ini.

    Selain itu, untuk anda yang membeli produk Safi pada harga RM35 ke atas, anda berpeluang mendapat hadiah berupa beg promosi raya Safi dengan rekaan eksklusif dengan padanan lima warna menarik yang pasti memikat!

    Jadi, serikanlah Ramadhan dan Syawal ini dengan produk Safi.

    Tips Kecantikan Safi

    Untuk anda yang berumur 28 tahun ke atas dan ingin mengekalkan kulit agar sentiasa awet muda dan cerah berseri, Safi Rania Gold adalah jawapannya.

    Safi Rania Gold merupakan produk penjagaan kulit serba lengkap yang harus dimiliki oleh golongan wanita.

    Ia bertindak mencerahkan kulit dengan berkesan sambil menyamaratakan warna kulit.

    Tambahan khasiat protein mutiara serta vitamin B3 turut membuatkan set eksklusif ini berupaya memulihkan kesegaran, sambil mengembalikan seri wajah dan struktur kulit yang sihat.

    Antara produk bintang dalam himpunan Safi Rania Gold adalah serum yang menyerap pantas tanpa menyebabkan wajah berminyak.

    Kandungan asid amino dan Nano Emas 24K menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus dengan membaiki keanjalan kulit.

    Dalam hanya tiga minggu, serum Safi Rania Gold membantu anda memiliki kulit yang cerah berseri. Ini sekali gus menjadikannya produk penjagaan kulit yang mesti dimiliki oleh wanita yang mengidamkan kulit cantik berseri.

    Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk anti-penuaan untuk tujuan tertentu. Antara yang perlu dimiliki ialah:

    1.Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD

    2.Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD

    3.Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD

    4.Penyegar SAFI RANIA GOLD

    5.Serum SAFI RANIA GOLD

    6.Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD

    7.Krim Pelembap Siang dengan SPF20 PA++ SAFI RANIA GOLD

    8.Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD

    9.Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD

    Sementara itu, buat anda yang berumur 28 tahun dan ke bawah atau mereka yang lebih mengimpikan kulit yang lebih cerah sempurna, Safi menawarkan rangkaian SAFI BALQIS Perfect 10.

    Memahami kehendak wanita kini, SAFI BALQIS hadir dengan formulasi Perfect 10 dengan 10 manfaat untuk kulit halus, mulus dan cerah berseri dalam masa 2 minggu!

    Dirumus dengan teknologi Nano yang mampu mencerah dan menganjalkan kulit, ia seribu kali lebih kecil dari partikel mikro untuk serapan yang lebih cepat dan efektif.

    Formulasi Nano Biowhite melambatkan proses pigmentasi, mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah dan bermaya.

    Rumusan Nano Q10 mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kulit tak bermaya dan bertindak sebagai antioksidan yang menyegarkan kulit dengan mempertingkatkan metabolisma sel sekali gus menjadikan ia lebih elastik, tegang dan sihat.

    10 Tindakan Lengkapnya adalah

    Memudarkan pigmentasi

    Menyamaratakan tona kulit

    Melindungi dari sinar UV

    Mencerahkan kulit

    Melindungi dari radikal bebas

    Meningkatkan tahap elastik kulit

    Menghidratkan kulit

    Mengekalkan lembapan

    Menghaluskan kulit

    Melembutkan kulit

    Barangan yang ditawarkan di dalam rangkaian SAFI BALQIS Perfect 10 ialah Pembersih Muka, Pembersih Muka Kawalan Minyak, Penyegar, Serum, Krim Pelembap Wajah Siang SPF15, Krim Pelembap Wajah Malam, Krim Kontur Mata serta Krim Kecantikan.

    Hajaba kini di KLCC


    pilihan eksklusif di Hajaba KLCC.


    KONSEP moden menjadi pilihan usahawan wanita, Mona Din untuk koleksi busana Muslimah khusus untuk Aidilfitri tahun ini.

    Selain fabrik lycra, sifon dilihat mewarnai rekaan Mona.

    Menggunakan perincian manik dan pelbagai warna, baju kurung dan jubah yang ditampilkan kelihatan cantik dan eksklusif.

    Pada musim ini, Mona masih mengekalkan konsep ‘fashionable ready-to- wear muslim clothing’ (pakaian sedia pakai) yang penuh warna dan trendy.

    Bagi peminat koleksi terbaru ini, mereka boleh mengunjungi butik Hajaba di pusat membeli-belah KLCC.

    Baru sahaja dibuka pada 16 Julai lalu, Hajaba KLCC mengetengahkan busana Muslimah moden yang tidak terdapat di cawangan butik lain.

    Sebahagian koleksi di Hajaba KLCC adalah eksklusif dan khusus untuk butik ini sahaja, yang tidak dimiliki cawangan Hajaba yang lain kerana mempunyai harga yang sedikit tinggi, bagi mensasar kepada pelanggan pasaran tinggi ‘up market’ terutama warga Arab.

    Selain itu, Hajaba KLCC akan sentiasa mengeluarkan rangkaian busana daripada warna asas seperti hitam putih, coklat dan kelabu yang sering menjadi pilihan pengunjung moden barat.

    Terpesona

    Menyentuh tentang rekaan dalaman butik ini, sesiapa pun pasti terpesona.

    Tampil elegan dengan rona putih bersih, ia nyata bercita rasa tinggi dan tampak setaraf butik berjenama antarabangsa.

    " Memang butik ini menelan belanja yang tinggi. Untuk cawangan terbaru ini, saya sudah bersedia untuk tampil lebih berbeza, lebih istimewa. Saya mahu menjadikan ia penanda aras kejayaan Hajaba. Saya mahu berikan yang terbaik untuk semua; untuk pelanggan setia” katanya.

    Mona berharap adanya Hajaba di KLCC akan membantu menaikkan lagi taraf fesyen busana Muslimah di samping merancakkan lagi industri ini di Malaysia dan dunia.

    “Semoga dengan adanya kepercayaan yang telah diberi kepada Hajaba, ia akan menjadi titik-tolak untuk membuka ruang yang lebih besar kepada pengusaha Melayu yang lain di Malaysia untuk memasuki pusat-pusat membeli belah utama negara. Semoga kejayaan Hajaba juga menjadi perintis dan inspirasi kepada kepada peniaga busana Muslimah yang lain,” harapannya.

    Hajaba juga sudah bersedia untuk bertapak di luar negara seperti Brunei, Singapura dan Indonesia menerusi konsep ‘licencing’ dan perbincangan sedang dibuat bersama beberapa pihak yang berminat.

    Orang ramai yang inginkan maklumat boleh menghubungi 019 211 6606 atau emel ke mona@leesaformula.com.my.


    Virus hepatitis mengancam nyawa


    Dianggarkan seramai 2.5 juta penduduk Malaysia dijangkiti dengan Hepatitis B.


    Sempena Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai 2011 lalu, sekumpulan pakar terkemuka virus hepatitis menggesa pihak kerajaan dan orang awam di rantau Asia Pasifik untuk menjadi lebih peka kepada kesan dahsyat yang dibawa oleh hepatitis.

    Kumpulan pakar, yang dikenali sebagai CEVHAP (Coalition to Eradicate Viral Hepatitis in Asia Pacific) telah dibentuk baru-baru ini bagi menghadapi masalah kurangnya kesedaran dan kemahuan politik untuk menangani isu-isu berkaitan dengan virus hepatitis.

    Virus hepatitis, terutama sekali hepatitis B dan C, menjejas satu daripada 12 orang di seluruh dunia, dengan jumlah kematian dianggarkan satu juta orang setiap tahun.

    Rantau Asia Pasifik menanggung beban utama virus hepatitis di peringkat global. China dan India dianggarkan mempunyai jumlah seramai 123 juta orang yang mengalami jangkitan Hepatitis B kronik dan 59 juta orang mengalami jangkitan Hepatitis C kronik, iaitu hampir 50 peratus daripada semua jangkitan di seluruh dunia.

    Di Malaysia pula, dianggarkan seramai 2.5 juta penduduknya dijangkiti dengan Hepatitis B atau C kronik dan 25 peratus daripada jumlah ini menghadapi risiko kerosakan hati yang serius.4

    “Virus hepatitis merupakan penyakit yang mengancam nyawa dan keadaan ini menjadi bertambah serius apabila sebahagian besar daripada mereka yang dijangkiti tidak menyedari bahawa mereka merupakan pembawa virus.

    Isu

    Kesedaran tentang penyakit ini telah menjadi satu isu penting,” kata perunding hepatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Ahli Majlis Eksekutif CEVHAP, Profesor Dr Rosmawati Mohamed.

    Masalah ini menjadi semakin rumit kerana virus hepatitis merupakan penyakit yang senyap dan kebanyakan orang pula tidak tahu bagaimana penyakit ini boleh merebak dan tidak menyedari bahawa penyakit ini boleh membawa maut jika tidak didiagnosis lebih awal,” tambah beliau lagi.

    Bilangan mereka yang dijangkiti secara kronik serta jumlah kematian setiap tahun akibat virus hepatitis melebihi jumlah penyebaran dan kematian akibat HIV/AIDS dan sebarang jenis kanser.

    Walaupun penyakit ini memberi kesan sosial yang sama, namun hepatitis tidak mempunyai tahap kesedaran dan momentum politik yang serupa.

    Matlamat CEVHAP adalah menjadi jambatan penghubung antara Resolusi WHO yang baru dengan rantau Asia Pasifik. Tumpuan awalnya adalah terhadap Hepatitis B dan C, dua jenis hepatitis yang mendatangkan kesan paling besar kepada rantau ini.

    Khasiat Geo Gamat Kapsul


    TESTIMONI, Zainab Baboo.


    GAMAT telah mula digunakan di Malaysia lebih 500 tahun lalu tetapi tahukah anda ia telah digunakan di China sejak 2,000 tahun lalu.

    Bahkan gamat telah digunakan secara luas di seluruh dunia seperti di Australia, Turki, Amerika Syarikat, Jepun, India dan Taiwan.

    Kajian-kajian yang telah dilakukan para saintis dari seluruh dunia membuktikan pelbagai khasiat gamat bagi membantu penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi dan menghalang jangkitan.

    Dalam pada itu gamat, dikatakan mengawal sambil merawat pesakit artritis, penyakit kulit serta menjadikan tubuh bertindak melawan jangkitan kuman dan virus, punca kanser, demam, resdung, penyakit kulit dan lemah badan.

    “Sebenarnya gamat mengandungi lebih dari 55 nutrien secara semulajadi.

    Ia secara semulajadi mengandungi taurine, asid polysaccharides dan micro-nutrien seperti soldium, zink, selenium, copper, iron, kalsium, glutathione sebagai anti oksida yang kuat dan amat penting untuk melawan kanser, keletihan dan menutralkan sel-sel tubuh daripada diserang,” ujar pengasas Geo Gamat Kapsul keluaran Avacello Sdn Bhd, Jen Mansen.

    Berbeza dengan produk gamat berbentuk cecair yang sedia ada, Geo Gamat Kapsul berbentuk kapsul lebih mudah dibawa ke mana sahaja.

    “Sebagai sebuah syarikat yang profesional, kami memastikan keberkesanan produk dengan menggunakan bahan mentah (estrak gamat) dari sumber tulen dan terbaik.

    Kami juga mahu melakukannya dengan cara berbeza tanpa perlu di bandingkan dengan produk gamat yang lain. Tidak ada mana-mana syarikat di Malaysia menawarkan produk gamat seperti kami,” ujarnya.

    Geo Gamat Kapsul adalah pilihan alternatif bagi pengguna gamat sedia ada juga kepada mereka yang mahu mengambil gamat tetapi tidak suka dengan cara tradisional.

    Tambah Jen, gamat berbentuk kapsul dapat mengatasi rungutan mereka yang tidak tahan pada bau gamat, rasanya yang berlendir dan mahal.

    “Jadi kami mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan ini memperkenalkan suplemen gamat ini bagi membantu mereka yang mempunyai masalah gastrik, sendi dan keletihan. Ini akan memastikan kita dapat menjalankan puasa dan ibadat dengan sempurna.Selain itu, Geo Gamat Kapsul baik kerana ia mengandungi estrak tocotrienol yang mempunyai kuasa vitamin E.,” tambahnya yang akan memperkenalkan tablet gamat berperisa berry tidak lama lagi.

    Resipi sihat

    Dalam pada itu, ibu Jen yang berusia 65 tahun, Zainab Baboo, merupakan testimoni awal Geo Gamat Kapsul.

    Berkongsi pengalaman, Zainab memberitahu, pada usia emas ini, dia mampu menaiki tanda rumahnya lebih daripada 20 kali walaupun selepas melakukan pembedahan belon akibat serangan jantung.

    “Selepas enam bulan memakan gamat ini, saya dapati paras kolestrol dan darah semakin stabil. Malah kulit saya semakin baik dan halus,” ujarnya yang kini tidak lagi bergantung pada ubat.

    Secara am dinasihatkan menggunakan produk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap keberkesanan produk tersebut.

    “Ini disebabkan, kalau dilihat dari segi terjadinya sesuatu penyakit itu mengambil masa kemungkinan puluhan tahun, maka untuk meredakannya juga mengambil masa. Bersabar dan berikhtiar, jika diizinkan Tuhan, anda tetap akan merasakan perubahannya,”katanya.

    Kembara motorhome


    PENGEMBARAAN sejauh 3,000 kilometer di bumi Eropah.


    IMPIAN untuk mengembara ke kawasan pergunungan dan desa-desa terpencil di Eropah dengan menaiki karavan sudah terpendam di hati mereka sejak dari zaman kanak-kanak.

    Angan-angan di bangku sekolah itu berlalu selepas 20 tahun, pengalaman karavan yang selama ini ditonton melalui filem telahpun menjadi realiti. Kini ia bukan sekadar percutian tetapi ditukar menjadi punca rezeki.

    Berbekalkan pengalaman mengurus beberapa perniagaan di Kuala Lumpur, Fairus Mohd. Tabiee dan Muhammad Ikhmal Norizan membuktikan kebolehan anak tempatan untuk berjaya di luar negara.

    Trip jelajah Eropah (Eurovac 2011) menaiki kenderaan rekreasi (RV) atau motorhome yang diperkenalkan oleh dua pemuda itu pada Mei lalu kini bersedia untuk menyambung episod seterusnya.

    “Pengembaraan trip yang lalu sangat mencabar, khususnya bagi kami selaku penganjur.

    “Ia adalah pengalaman yang mematangkan (perniagaan). Segala kelemahan akan dibaiki untuk memastikan trip akan datang lebih lancar,” kata Muhammad Ikhmal, 31, selaku Pengurus EuroVac Management.

    Cabaran memandu

    Sepanjang pengembaraan 11 hari itu, penulis menjadi salah seorang daripada 19 peserta (termasuk penganjur). Selain membuat liputan, saya ditawar untuk menjadi salah seorang daripada pemandu.

    Peluang untuk memandu merentasi lapan buah negara di Eropah itu agak sukar untuk dilepaskan. Tanpa berfikir panjang, cabaran itu disahut untuk berkongsi cerita dengan pembaca.

    Pengalaman memandu sejauh 3,000 kilometer merentasi Jerman, Austria, Liechtenstein, Switzerland, Itali, Perancis, Belgium dan Belanda bermula dari Munich, Jerman.

    Destinasi pertama yang dituju adalah tapak perkhemahan karavan di Nenzing, Austria.

    Cabaran memegang stereng pada hari pertama tidak terlalu sukar, fokus utama ketika itu adalah untuk membiasakan diri dengan pemanduan sebelah kiri jentera Profila Alcove (Ford).

    Ketibaan di tapak karavan di kaki Banjaran Alps beberapa jam sebelum matahari terbenam memberi peluang untuk kami mengenali kelengkapan yang tersedia pada setiap motorhome.

    Semuanya lengkap untuk keperluan lima hingga enam penghuni termasuk ruang tamu, tempat tidur, dapur, peti sejuk, tandas dan bilik mandi.

    Sebelum menikmati semua kemudahan itu, beberapa perkara harus diselesaikan. Paling penting membekalkan setiap kenderaan dengan air dan elektrik. Selepas penyambungan dibuat, kesejukan kami di dalam suhu tiga darjah Celsius itu mula dihangatkan dengan pemanas udara.

    Tanggungjawab keesokkan harinya bermula dengan tugas membuang sisa-sisa ke saluran pembentungan. Sekali lagi kami harus memastikan bekalan air diisi secukupnya untuk kegunaan sepanjang perjalanan. Begitulah tanggungjawab rutin yang dipikul oleh pemandu setiap kali beralih stesen.

    Penginapan di Alpencamping itu meninggalkan kenangan yang cukup manis bagi kami. Bukan sahaja Banjaran Alps yang indah bahkan stesen karavan itu juga lengkap dengan kemudahan asas seperti restoran, kolam renang dan spa.

    Kami meninggalkan Austria melalui sebuah perkampungan yang dibelit jalan sempit dan berliku. Pengendalian manual kenderaan selebar 2.4 meter dan setinggi 3.1 meter itu mula memberikan cabaran sehingga kami melepasi Liechtenstein, antara negara terkecil di dunia yang terlindung di celah-celah pergunungan di situ.

    Tidak lama selepas itu kami tiba di Switzerland, negara yang dikenali kerana keindahan muka buminya. Landskap yang memang menakjubkan, cuma fokus pada pemanduan tidak membenarkan saya menikmati semua itu. Apatah lagi apabila kebanyakan kenderaan di lebuh raya itu dipandu laju, minimum antara 100 hingga 120 km/jam.

    Lebuh raya yang disifatkan sebagai syurga untuk memandu itu juga diselang-seli dengan terowong yang panjang dan laluan tergantung di tepi gaung. Memang menakutkan, tetapi keadaan tidak membenarkan saya untuk melayan rasa takut kerana pemanduan tidak boleh diperlahankan sembarangan.

    Cabaran memandu di lebuh raya yang seakan sama seperti litar di dalam permainan video Need for Speed itu disukarkan dengan treler-treler panjang yang berselilisih rapat, hanya beberapa kaki dengan kami.

    Meskipun laluan penuh liku, perjalanan dari Jerman hingga ke Switzerland tidak memerlukan kos yang tinggi kerana tiada tol dikenakan. Cuma harga bahan bakar yang berbeza mengikut jenama membuatkan kami keliru untuk memilih.

    Selepas tiba ke tol pertama (di Itali), pemanduan disambut dengan aksi ‘Velontino Rossi’ oleh penunggang-penunggang motosikal di negara itu. Laluan tidak banyak berbeza kecuali sikap-sikap pemandu yang kurang beradap berbanding negara-negara yang terdahulu.

    Dari Lembah Aosta, Itali, kami merentasi sebuah terowong yang cukup panjang. Terowong sepanjang 11.6 kilometer yang ditebuk merentasi pergunungan Mont Blanc sehingga berakhir di Chamonix, Perancis.

    Di penghujung terowong, dua daripada kenderaan Eurovac ditahan pihak berkuasa Perancis. Mereka disaman kerana melanggar ‘arahan pelik’ yang hanya membenarkan had laju antara 50 hingga 70 km/jam’. Selain itu, jarak pemanduan juga harus mengikut jarak lampu yang dipasang di dinding terowong, kira-kira 100 meter antara satu kenderaan ke kenderaan lain.

    Amalan keselamatan yang ketat itu dikatakan bertujuan mengelak kemalangan seperti yang pernah berlaku pada 1999 di mana 39 orang maut apabila sebuah treler terbakar di dalam terowong yang sama.

    Sepanjang perjalanan ke Paris, lebuh raya lurus dan lengang pula menjadi ujian. Nasib menyebelahi kami kerana dalam suhu sejuk musim bunga itu, rasa mengantuk masih mampu dikawal. Cabaran lain termasuk tiupan angin lintang yang cukup deras. Kadang-kala memaksa kami memperlahankan kelajuan di bawah 100 km/jam kerana kenderaan bergoyang seperti kapal di lambung ombak.

    Ada kala perjalanan memakan masa yang cukup panjang. Laluan paling jauh adalah dari tapak perkhemahan karavan di Paris menuju Amsterdam, Belanda yang memakan masa kira-kira 15 jam.

    Selain walkie-talkie, GPS juga adalah nyawa bagi setiap pemandu. Tanpa alat itu, kami melepasi kesibukan di tengah kota sebesar Paris.

    Sementara itu, Fairus yang juga salah seorang pemandu berkata, larangan pihak berkuasa terhadap motorhome sesetengah kota memberi peluang kepada peserta trip untuk mencuba sistem pengangkutan awam di negara orang.

    “Trip ini tidak seharusnya selesa sepanjang masa, peserta diberi peluang untuk keluar sendiri ke tempat yang diinginkan dengan menaiki teksi, bas ataupun kereta api,” katanya.

    Pengembaraan siri pertama Eurovac 2011 yang disertai oleh empat keluarga baru-baru ini berakhir di Amsterdam.

    Berbeza dengan percutian biasa, pengalaman melancong di dalam hotel bergerak itu meninggalkan kenangan yang tentunya tidak akan dilupakan.

    Selain Eropah, EuroVac Management juga akan melebarkan pengembaraan ke Australia dan New Zealand tidak lama lagi. Untuk mengikuti pengembaraan Eurovac yang seterusnya, sila layari laman www.eurovac.my/v3/.

    Memangkah siling di Pulau Demawan


    Pendatang turut 'mewarnai' kehidupan pesisir pantai yang banyak dimonopoli warga asal suku Bajau Laut sejak turun temurun.


    PULAU Danawan, Samporna, Sabah yang mempunyai keluasan 231.2 hektar pesisir pantai bertemankan anggota-anggota tentera unit khas dengan penuh kesiapsiagaan kawalan tertinggi. Persekitaran geografi yang begitu sinonim dengan ‘panas’ dan bahang bukan saja disebabkan suhu atau cuaca, malah kedudukan pulau itu sebagai salah satu lubuk ancaman puak kumpulan militan pemisah Abu Sayaf.

    Aspek pertahanan menyeluruh (HANRUH) anggota pertahanan ATM wujud disebabkan hari ‘bersejarah’ dua insiden penculikan membabitkan kumpulan Abu Sayaf pada 23 April dan 10 September 2000. Perincian penulis bukanlah untuk aspek sosio-keselamatan tetapi lebih tertumpu dengan aktiviti harian penduduk setempat.

    Sejuta persoalan timbul ketika penulis memulakan tugas merakam gambar di perkampungan Pulau Danawan baru-baru ini. Mana tidaknya, penduduk di situ melihat sekumpulan pasukan tentera dengan rifel M-16 mengawal persisiran pantai, sementara penulis yang turut mengenakan pakaian persis tentera sebenarnya hanya berbekalkan sebuah kamera dalam menyempurnakan dua tugasan yang berbeza.

    Kesempatan berada di situ sempena lawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan editor-editor kanan di Pangkalan Operasi Hadapan OP Pasir anjuran Kementerian Pertahanan baru-baru ini.

    Senyuman

    Keriangan kanak-kanak di pulau itu sama seperti kanak-kanak lain. Kedatangan penulis bersama rakan-rakan media disambut dengan penuh senyuman. Ketika itu mereka sedang asyik dengan aktiviti ‘memangkah syiling’. Difahamkan aktiviti itu menjadi salah satu permainan tradisi hanya untuk keseronokan semata.

    “Biasa mereka melakukan aktiviti begini ketika cuti sekolah,’’ kata Arki yang duduk di sudut pelantar rumah bersama anak-anak yang masih kecil.

    Dari raut wajah Arki penulis dapat merasakan beliau bukanlah seorang warganegara tetap, tetapi salah satu kelompok pendatang yang ‘mewarnai’ kehidupan pesisir pantai yang banyak dimonopoli warga asal suku Bajau Laut sejak turun temurun. Ketika di tanya mengapa ‘berhijrah’ ke situ, beliau menyatakan keamanan serta faktor rezeki laut banyak menyumbang ke arah kehidupan sejahtera.

    Saujana mata memandang, penempatan atas air yang banyak didirikan hanyalah berdindingkan kayu dan atap nipah semata. Asalkan dapat berlindung dari panas itu sudah memadai. Warga-warga emas separuh umur turut berteduh di satu sudut berlantaikan hamparan pasir.

    Suasana tenang dengan desiran ombak laut disulami teriakan kanak-kanak menceriakan dan bunyi burung laut sememangnya menceriakan suasana.

    Rakan penulis Raja Faisal Hishan bersama Yazit Razali tidak berhenti merakamkan momen-momen persekitaran yang asing apabila selalunya berada di penempatan kepulauan. Begitu juga dengan jurugambar pelatih, Iskandar Aisyah. Kehidupan secara total ala-ala ‘survivor’ membangkitkan semangat kami untuk merakam segala imej secara terperinci dan dari pelbagai sisi. Ia adalah sebagai ‘hadiah’ untuk dibawa pulang.

    Pulau Danawan terletak jauh dari pekan Semporna bukan menjadi alasan untuk menjalankan perniagaan sampingan kedai runcit. Anak tempatan yang menghuni kawasan itu hampir 30 tahun membuka kedai runcit untuk memenuhi keperluan harian penduduk.

    “Seminggu dua kali mak cik turun ke pekan bagi memenuhi stok keperluan barangan di kedai. Tiga jam perjalanan ke sana,’’ bicara Kumala Abdul Latif tatkala penulis singah sebentar untuk membasahi tekak. Dia yang menjalankan perniagaan bersama suami, Sakirani Azambi yang merupakan salah seorang guru sekolah di kepulauan tersebut.

    “Anak lihatlah sepanjang kampung ini banyak kedai runcit yang didirikan. Malah ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menggunakan meja atap sahaja,’’ tambahnya.

    Sejak kawalan keselamatan dipertingkatkan ATM, keluarga Kumala dan rata-rata penduduk menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan kerajaan bagi membendung ancaman pencerobohan puak-puak pelampau.

    Saya mangsa keadaan- Fazura


    Fazura


    CUACA panas membahang, tetapi petang itu kelihatan begitu sempurna. Cuaca yang indah dan di sebalik senyum yang tersungging, dia....memang sangat cantik.

    Usai didandan, gaun merah melekap di badan dan dia mula bercanda dengan lensa.

    “Hmm, sudah lama tak jumpa orang Pancaindera. Lama sangat Faz tak jadi penghias muka depan Pancaindera ni," katanya dalam manja yang mempesona.

    Memang lama benar kami tidak bertemu, sementelah dia bukanlah artis yang 'gila' kepada publisiti murahan.

    Tidak juga mudah melayan cerita-cerita kontroversi, Fazura biasanya memilih 'diam' daripada berkata-kata, demi menyelamatkan keadaan.

    “Beginilah kehidupan Faz dari dulu sampai sekarang. Kalau ada benda tentang kerjaya yang mahu diceritakan, Faz bersedia muncul di media.

    “Tetapi kalau tentang personal, kisah kontroversi, maaflah, Faz tidak perlukan itu semua kerana selama ini orang kenal Faz dengan bakat, bukan kerana cerita panas," katanya, memulakan bicara penuh sopan.

    Ditanya tentang kehidupan, seperti dulu juga, mulutnya bak bertih kalau bercerita tentang kerjaya. Lakonan kekal di persada utama dan dia masih menerima rezeki besar daripada tugas jurucakap produk ternama.

    Bariskan jenama antarabangsa, ya, dia memang ahlinya. Kalau tidak masakan Lux, Nutox, Hairdream dan Avon sanggup membayar 'wang besar' untuk memiliki aura pesonanya.

    “Jadi duta produk ni, apa yang Faz paling suka ialah dapat bertemu dengan penggemar di luar Kuala Lumpur. Sibuk membawa nama produk yang Faz wakili ke sana sini, memberi peluang untuk Faz bertemu orang ramai dengan lebih dekat.

    “Ini yang Faz mahukan,, bertemu orang ramai secara terus. Awal 2011 itulah tugasan yang membuatkan Faz menjadi terlalu sibuk.

    “Kepuasan bertemu dan ramah mesra, berkenalan dan kenal siapa yang sebenarnya menyokong Faz selama ini adalah satu keindahan yang besar dalam kerjaya Faz sebagai anak seni," katanya yang kembali bertandang di ruang tamu rumah kita melalui drama kontroversi, Tahajud Cinta.

    Bakal ke lokasi seterusnya bagi menjayakan Kitab Cinta sepanjang Ramadan ini untuk sambutan Aidilfitri, Fazura mengakui semakin lama dalam dunia lakonan, cintanya terhadap bidang yang satu ini semakin subur mengharum.

    “Orang selalu bertanya Faz, setelah sekian lama berlakon, dalam kehidupan apa lagi yang Faz mahukan?

    “Itu soalan yang susah untuk dijawab sebenarnya. Dalam lakonan Faz tak pernah memperoleh kepuasan maksimum.

    “Faz berasa semakin lama dalam bidang ini, masih banyak yang perlu Faz cari, yang perlu digali.

    “Sementelah kita orang seni, rezeki kita melalui cabang ini. Kita tidak boleh buat main-main dengan sumber rezeki.

    “Sebab itu, sehingga hari ini, lakonan masih menjadi persoalan penting dalam diri Faz. Setiap babak dan setiap watak adalah peluang untuk Faz mencari kesempurnaan dalam bidang lakonan.

    “Selagi minat terhadap lakonan tidak terhenti, selagi itulah Faz akan terus berlakon," katanya.

    Sibuk menguruskan kerjaya lakonan dan sebagai wajah eksklusif pelbagai jenama popular, hampir 10 tahun berlakon, tidak ada istilah rehat bagi dirinya.

    Meskipun jarang muncul di dada akhbar dan majalah, kerja seninya masih menimbun sekaligus membuktikan Fazura kekal laris.

    Berasa diri disayangi

    Meskipun sudah dijadikan syarat awal supaya tidak terlalu dalam ‘mengorek’ cerita peribadi, ia tidak mungkin terkecuali.

    Ternyata, bukan mudah mengorek cerita tentang rahsia hatinya. Meskipun tahu kasih pelakon asal Pahang ini dengan seorang kenamaan masih berlangsung dan utuh, susah untuk mengesahkan daripada mulut empunya diri. Biarlah kekal menjadi teka-teki.

    “Dari dulu lagi Faz memang bukan jenis artis yang suka bercerita tentang hal peribadi. Minta maaf sangat sebab itu memang karakter Faz.

    “Maklum sajalah, Faz perempuan, tak boleh bercerita lebih-lebih soal cinta sebab nampak macam tak manis,” katanya, mohon pengertian.

    Menurut Fazura, selain tidak mahu dikatakan 'syok sendiri' seboleh mungkin dia menutup mulut daripada berbicara tentang hati dan perasaan supaya ia tidak disensasikan orang.

    “Cuma apa yang Faz boleh beritahu ialah Faz sangat bersyukur dengan kehidupan hari ini. Hal-hal lain, tak perlulah hendak diceritakan banyak kerana saya menerima kehidupan ini dengan seadanya sahaja," katanya lagi.

    Mengakui pada usia mencecah 28 tahun, soal jodoh dan pernikahan tidak boleh ditepis, namun Fazura lebih selesa menyerahkan percaturan hidupnya kepada Yang Maha Esa.

    “Sebagai perempuan, tidak dinafikan dalam doa selalu kita berharap untuk mendapat seorang lelaki yang baik, sayangkan kita dan beriman.

    “Bagaimanapun kita hanya manusia. Faz selalu percaya, Allah mempunyai perancangan yang paling baik untuk diri Faz dalam soal berkaitan dengan jodoh. Jadi tak perlu risau sebab segala-galanya sudah ada dalam kalam-Nya," katanya lagi.

    Sampai waktu dan ketika, akan datang seorang lelaki terbaik untuk masa depan dirinya, menjadi bapa kepada anak-anak yang bakal dilahirkan, itu yang dipegang.

    Pun apa yang penting, biarlah lelaki yang bakal menjadi ketua keluarganya kelak adalah seorang lelaki yang boleh mengasihinya setulus hati, sanggup bersusah dan senang, bagaimana ayah dan ibu menjaganya sewaktu kecil.

    “Tak kira siapa jodoh itu, yang penting dia boleh menggembirakan Faz. Hidup kita ni sekejap sahaja, Faz selalu berdoa supaya bertemu dengan lelaki yang boleh jaga dan sayangkan Faz setulus hati.

    “Perkahwinan bukan hanya untuk sehidup dan semati. Kalau boleh, kita mahu bertemu dengan pasangan kita sampai ke akhirat.

    “Jadi, untuk bercakap tentang jodoh dan pernikahan bukan sesuatu yang mudah bagi Faz kerana lebih baik kita serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa," katanya.

    Dalam kehidupan, menurut Fazura dia tidak mahu meminta lebih. Cukup sekadar berasa diri disayangi dan dikasihi oleh Sang Pencipta.

    “Selama ini hidup Faz cukup sempurna, terasa sangat diri ini disayangi oleh Yang Esa kerana setiap permohonan Faz kepada-Nya mudah dimakbulkan.

    “Tak ada apa lagi yang nak minta selain menurut perintah dan tanda bersyukur terhadap apa yang dikurniakan. Kalau jodoh belum sampai, tak perlu hendak menangis bersedih kerana Allah ada rancangan terbaik untuk Faz dimasa depan dan kita tak boleh mendahului takdir Allah," katanya lagi, seperti berfalsafah.

    Enggan layan cerita murah

    Menyentuh mengenai isu membabitkan soal pertelingkahan dengan seorang pelakon baru, Fazura mahu kenyataan yang diberikan ini yang terakhir di media.

    Bagi Fazura, melayan persoalan remeh temeh sebegitu, hanya menjamin kerugian bagi pihak diri sendiri.

    “Dalam hal berkenaan, saya berasakan diri saya sebagai mangsa keadaan. Tetapi biarlah, perkara remeh-temeh dan cerita murahan tak perlu dilayan sangat.

    “Jika untungkan orang lain, biarlah pihak berkenaan saja yang mainkan isu. Matlamat awal saya jadi anak seni yang cari makan dalam bidang ini untuk berlakon, bukan muncul di dada akhbar dengan cerita murahan dan gosip tidak berasas.

    “ Ini penjelasan terakhir, saya tak akan menjawab lagi soalan tentang artis baru itu. Tolonglah bantu saya untuk tidak melayan cerita murahan. Ini sandiwara yang menguntungkan orang lain yang dalam masa sama sangat merugikan saya,” katanya, tegas.

    Menurut Fazura, cerita pertelingkahan itu tidak ada nilai langsung dan tidak perlu diberikan perhatian besar.

    “Apa yang lebih penting lagi, saya tidak mahu melayan niat jahat orang lain terhadap diri sendiri, kehidupan saya dan orang-orang yang saya sayang.

    “Sekalipun ada pihak yang mahu ‘meracun’ masyarakat dengan cerita tidak benar, saya serahkan kepada Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana," katanya.

    Penjelasan Fazura ini tanpa berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak, tetapi dengan rendah diri dia memohon agar pihak media tidak lagi mengaitkan dirinya dengan pelakon baru atau sebarang sensasi yang tidak menguntungkan.

    Petang sudah berlalu dan langit tidak lagi biru di atas.

    Saya teringat kata-kata akhirnya " Nama saya Nur Fazura, dan saya mahu menjadi sahabat kepada semua orang, bukan musuh sesiapa kerana di sisi Tuhan, kita semua adalah sama."

    Aeril tepis tuduhan palsu


    Aeril


    SUDAH-SUDAHLAH, kita bukan nak cerita mengenai kisah dirinya yang dikatakan bergaduh dengan pelakon jelita Anzalna Nasir.

    Lagipun empunya diri sudah menafikan hal tersebut.

    Kali ini kita nak cerita mengenai pementasan teater Gelanggang Tuk Wali.

    Ya, benarlah teater tersebut telah berlangsung dengan jayanya sepanjang tiga hari ia dipentaskan di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Namun meski sudah selesai, ada khabar angin mengatakan penglibatan pelakon baru ini pada saat-saat akhir sebenarnya tidak wujud.

    Jejaka berusia 23 tahun ini didakwa telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut pada saat-saat akhir kerana didakwa bermasalah.

    Cerita juga berubah kepada versi lain apabila da pihak yang mendakwa, Aeril bukan menarik diri.

    Tetapi telah dibuang daripada teater yang mendapat sentuhan oleh pengarah tersohor, Joosaidy Johari.

    Selain itu, dia juga dikatakan pernah dimarahi oleh pelakon senior selepas didakwa gagal memberikan komitmen yang baik sepanjang latihan teater tersebut dijalankan.

    Mungkin kerana malu, maka sebab itulah Aeril dikatakan bertindak menarik diri untuk terlibat daripada pementasan teater.

    Melahirkan rasa terkejut berhubung isu, Aeril punya alasan tersendiri untuk memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar.

    Lalu, kepada wartawan SITI ATHIRAH DZULKIFLY, Aeril membuka cerita.

    Teater dah selesai, tapi pahat masih berbunyi. Aeril dituduh punya masalah sikap sepanjang latihan berlangsung. Apa kes ini?

    Saya punya masalah? Cuba jelaskan dari mana datangnya cerita ini. Sepanjang saya tahu, tak ada masalah pun di antara saya dan kawan-kawan lain dalam teater ini.

    Habis tu, kalau tak ada, masakan orang boleh bercakap?

    Entahlah ya. Saya pun kurang pasti. Tapi saya memang tak ada buat masalah dengan orang lain.

    Ada pihak kata, Aeril ni tak beri komitmen dengan baik,banyak main-main, tak serius nak berlakon. Walhal, semua tahu, lakonan teater tak sama dengan drama arau filem. Teater memerlukan penghayatan semaksimum mungkin. Tapi, Aeril tak begitu. Komen?

    Oh begitukah? Bukan saya tak beri komitmen, tapi pada ketika itu, saya sedang sibuk menjalani rakaman suara untuk filem Tujuh Petala Cinta. Jadi kadang-kadang saya tak dapat nak beri tumpuan sepenuhnya. Tapi itu tak bermaksud saya tak serius dengan apa yang saya buat. Cuma ada masa ketika itu saya terikat dengan komitmen lain.

    Habis tu, dah habis ke proses rakaman suara tu?

    Belum lagi. Faham-faham sajalah, proses itu mengambil masa yang bukan sehari dua. Lama juga..sepatutnya habis 25 Julai lalu. Tapi nampaknya terpaksa dianjak lagi.

    Dengar cerita Aeril sebenarnya tak jadi berlakon dalam teater tersebut di saat-saat akhir. Tapi baru-baru ini kelibat awak ada pula di pementasan tersebut. Apa cerita pula ni?

    Eh, bukankah saya ada dalam teater itu? Maka dakwaan orang tu salahlah. Bila masa pula saya tarik diri?

    Ha..lebih parah, ada yang kata Aeril tarik diri sebab pernah dimarahi oleh pelakon senior semasa latihan berjalan. Iyalah, bermasalah lah katakan. Sebab itulah senior pun naik hantu dengan Aeril.

    Seingat sayalah, tak pernah pun saya kena marah dengan mana-mana pelakon senior. Pengarah marah adalah. Tapi pengarah buat begitu pun memang wajar sebab dia nak kami hasilkan yang terbaik untuk teater tersebut. Saya nak jumpa dengan pelakon senior pun kadang-kadang rasa segan.

    Ke tak mahu mengaku sebab kena marah? Mungkin juga Aeril tak tahu yang mereka ada mengadu dan cakap pasal benda ni di belakang awak?

    Entahlah kak. Saya tahu sepanjang latihan saya kurang memberikan tumpuan dan hanya 50 peratus sahaja komitmen yang saya mampu berikan. Semuanya sebab saya ada hal lain yang perlu diuruskan dalam masa yang sama. Saya mengaku memang tak boleh nak bagi seratus peratus tumpuan semasa latihan di studio. Tapi masa latihan di IB, saya sudah berikan yang sebaiknya. Saya minta maaflah kalau ada yang terasa.

    Itulah lain kali kerja kena ikhlas. Jangan main-main. Ni mesti kes sebab nak cari glamor semata-mata dengan menjadi artis. Tak begitu Aeril?

    Saya terlibat dalam pementasan teater ini pun sebab pengarah yang panggil saya untuk sertai. Saya memang tak tahu watak apa yang saya akan bawa dan sebagainya pada awal-awal dahulu. Kalau saya nak glamor, saya yang pergi cari wartawan dan orang-orang media dan bercerita mengenainya. Glamor bukan tujuan saya untuk masuk dalam bidang ini. Yang penting saya nak kongsi bakat saya. Entah-entah orang yang sebarkan khabar angin ni yang mahu glamor kot? Hahaha.

    Komen Aeril bila orang kata awak ni suka dekat dengan kontroversi.

    Saya tak suka kontroversi. Namun apa yang saya alami sekarang ni terutamanya mengenai isu ini, saya terimanya sebagai satu perkara yang positif. Ada kebaikan dan keburukannya. Saya pun tak mahu memburukkan keadaan. Saya tak tahulah sama ada benda ni timbul sebab ada orang nak jatuhkan nama saya atau teater Gelanggang Tuk Wali ini sendiri. Atau mungkin orang yang sampaikan cerita ini sengaja hendak buat gempak dengan gosip-gosip macam ni? Saya pun tak pastilah.

    Suhaila jawab dakwaan Jimmy


    Saat-saat bahagia Suhaila bersama Jimmy yang pernah menjadi penghias muka Pancaindera tahun lalu.


    SAYA Nursuhaila Eliani isteri kepada Jimmy Shanley ingin membuat kenyataan bahawa Jimmy Shanley tidak siuman. Saya membuat kenyataan ini berkaitan kenyataan dalam Metro Ahad pada 24 Julai 2011. Untuk pengetahuan setiap tahun selama lima tahun bapa saya membuat majlis sambut ramadhan, majlis berbuka puasa dan majlis Aidilfitri bersama kakitangan, sahabat handai, rakan perniagaan dan media. Pada tahun ini bapa saya mengadakan Majlis Sabutan Ramadhan bersama Majlis Berendoi & Cukur Jambul bagi menyambut kelahiran 2 cucu sekali gus yang mana saya melahirkan Rania pada 24 Jun dan kakak ipar saya melahirkan anaknya pada 10 Julai 2011. Majlis ini akan diadakan pada 27 Julai 2011 dibiayai sepenuhnya oleh bapa saya dan Jimmy tidak mengeluarkan satu sen pun wang ringgitnya. Majlis ini akan diadakan di kediaman bapa saya di Sungai Buloh.

    Jimmy tidak pernah berbincang dengan saya dan keluarga bahawa majlis cukur jambul akan diadakan pada Sabtu 23 Julai 2011. Setahu saya ibu saya telah pun menetapkan tarikh bagi majlis Berendoi & Cukur Jambul pada 27 Julai (Rabu) jam 8 malam dan sudah diberitahu sendiri oleh ibu saya kepada Jimmy. Jadi tiada isu bahawa Majlis Cukur Jambul ini tidak jadi disebabkan perangai saya. Sebab itu saya kata Jimmy tidak siuman. Kalau ia pun majlis cukur jambul ini jadi atau tak jadi kenapa perlu hebohkan 1 malaysia? Adakah dia artis no 1 malaysia, top 1....mungkin dia nak cari glamour kerana dia tak cukup glamour sebelum ni.

    Dalam media Jimmy sering menyatakan bahawa dia seorang yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak. Untuk pengetahuan Jimmy tidak mengeluarkan satu sen pun bil rawatan bersalin, kelengkapan isteri bersalin, bidan urut dan pampers anak. Sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab seharusnya dia menyediakan semua itu untuk saya dan bukan SEKADAR CAKAP SAHAJA kepada umum bahawa dia seorang yang bertanggungjawab. Bukan Jimmy tak tahu saya melahirkan anak di mana dia sendiri ada datang melawat saya dan anak. Jimmy sendiri pernah bermalam di rumah ibu bapa saya selama 5 malam. Tidah pernah berkata apa-apa dan menghalang Jimmy berjumpa anaknya dan datang ke rumah ibu bapa saya.

    Jimmy juga pernah mengeluarkan kenyataan dalam Melodi tv3 bahawa kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada anak itu ada hitam putih... apakah maksud Jimmy dengan berkata begitu?? Selain itu Jimmy juga menyatakan saya melarikan diri semasa berbulan madu. Di sini saya ingin memberi kenyataan bahawa untuk pengetahuan semua saya telah disepak terajang disebabkan perkara yang remeh temeh pada hari tersebut.

    Jimmy sering mengadakan photo shoot bersama anaknya di rumah kediaman saya bagi mencari publisiti dan meraih simpati di kalangan media dan umum. Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti manusia biasa. Semasa majlis pertunangan rombongan pihak lelaki hanya ada 5 orang dan Majlis Akad nikah rombongan tak sampai 10 orang itu pun di kalangan keluarga sahaja dan tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia. Untuk pengetahuan umum itulah perangan Jimmy yang sebenarnya tidak mempunyai kawan.

    Saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes tak suka publisiti macam ni...Banyak lagi yang saya pendam dan saya rasa tak perlu dihebohkan contohnya pergaulan Jimmy dengan sanak saudara sebelah saya yang sangat dingin sekali. Dia ingat dia tu SUPERSTAR.. tak layak nak bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bersapa dan bersalaman dengan sanak saudara.

    Dengan kenyataan yang diberikan ini, saya harap masyarakat dapat membuat penilaian sendiri tentang perangai dan sikap Jimmy.

    Ramai hentam mereka




    BETUL kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Macam juga ceritanya tentang pasangan merpati dua sejoli ini. Biarpun dihambat dengan pelbagai kontroversi, tapi itu langsung tak mematahkan semangat mereka untuk berumah tangga.

    Ada orang cakap kes mahkamah tak habis lagi kenapa sibuk nak kahwin. Kena selesai satu persatu dahulu sebelum fikir fasa yang lebih jauh.

    Sehingga artikel ini ditulis, keputusan mahkamah masih belum keluar terhadap dakwaan khalwat mereka yang rasanya dah terlalu lama turun naik mahkamah tu.

    Syed pasti ramai yang dah tahu tentang cerita perkahwinan mereka. Punya ramai yang nak menaja sampaikan jumlah tajaan meningkat kepada RM12 juta.

    Pada minggu lalu juga Syed banyak menerima reaksi daripada peminat terhadap perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Ramai yang mahu Syed mengucapkan tahniah dan tak kurang juga yang cukup ‘berbulu’ dengan mereka.

    Ada yang terkejut dengan jumlah kos yang diuar-uarkan itu dan tak kurang juga yang rasa kurang senang dengan semuanya. Kata mereka perkahwinan bukan satu perkara untuk menunjuk-nunjuk tetapi cukuplah membuat sekadar yang perlu sahaja.

    Dalam pada ramai juga yang bertanya pada Syed apa sumbangan Norman mahupun Memey dalam industri hiburan sampaikan mereka mendapat perhatian yang cukup besar. Kenapa orang lain kahwin tak macam tu dan macam-macam lagi soalan yang cukup mengguris jiwa.

    Bila Norman nak kahwin baru, orang akan terus teringat pada bekas insterinya itu. Macam-macam persolan yang timbul melibatkan Abby Abadi. Syed hanya mampu geleng kepala tanda tak tahu menahu.

    Semua orang ada hak bersuara tetapi jangan sampai nak menyinggung perasaan sesiapa. Berbalik soal tajaan dah ramai yang bermurah hati nak menaja mereka, nak buat macam mana lagi. Mungkin ayat tu bukan jawapan tapi cukup untuk menyedapkan hati sahaja.

    Tapi kalau tanya pada Norman mahupun Memey, mereka tak minta begitu. Apa-apa pun ramai yang mendoakan rumah tangga yang bakal dibina mereka berkekalan sampai akhir hayat.

    Bersara sajalah Waheeda




    LAMA juga Joyah tak dengar cerita tentang Waheeda semenjak berkahwin dengan penyanyi Akhil Hayy. Mungkin sebab bahagia sangat melayari rumah tangga sampaikan nama Waheeda terus tenggelam sejak kebelakangan ini.

    Baru-baru ini Waheeda ada memberi sebab mengapa dia kurang berminat terhadap dunia seni. Kata Waheeda antara punca dia kurang terlibat dalam bidang seni disebabkan sukar menunaikan solat sebab terlalu sibuk di set penggambaran.

    Tak cukup dengan itu lagi Waheeda bercerita yang dia pernah cuba mengekalkan wuduk tetapi ada sahaja halangan termasuklah kru lelaki belakang tabir yang sesuka hati memegang tangannya dan yang lain ketawa sahaja bila wuduknya batal.

    “Siapa dia untuk mempermainkan agama Allah!,” tempelak Waheeda lagi.

    Dalam hal ini Joyah memang kurang senang dengan sikap sesetengah orang yang langsung tak sensitif dalam isu begini. Kalau tak pandai agama belajarlah, tapi jangan sesekali menyusahkan orang lain dengan hal begini.

    Kalau kita kata orang tu kurang ilmu agama, pasti ada yang melenting. Tapi setiap perbuatan mereka memang mencerminkan keadaan begitu. Suka atau tidak kita kena peka dalam hal-hal begini.

    Kepada Waheeda Joyah nasihatkan lebih baik dia bersara daripada dunia hiburan. Banyak sangat pancaroba yang Waheeda kena lalu. Inilah realiti dunia hiburan kita. Joyah fikir luahan Waheeda ini menjadi renungan para penggiat seni kita.

    Saya bukan Beyonce


    Yuna belum puas dalam berkarya dan mahu sentiasa menzahirkan yang terbaik


    LANGKAH Yunalis Zarai ke Amerika Syarikat (AS) hampir setahun lalu banyak memperlihatkan kematangan dalam membina kariernya dalam bidang muzik.

    Malah percaturannya untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Fader Label juga dilihat telah banyak membuka ruang buat Yuna untuk melebarkan sayap mencipta nama sebagai artis bertaraf antarabangsa.

    Mengaku sedang sibuk memberi tumpuan terhadap pembikinan album pertamanya di AS, kata Yuna dia juga berbangga kerana berpeluang berkolaborasi dengan produser dan penulis lirik ternama seperti Chris Braide, Andre Harris dan Pharrell Williams.

    Pun begitu, ada satu lagi perkara yang telah membikin Yuna tersenyum bangga dan ia dibuktikan melalui percubaannya mengolah semula lagu Come As You Are.

    Umum mengetahui, lagu tersebut merupakan nyanyian asal mendiang Kurt Cobain daripada kumpulan Nirvana dan pernah popular sekitar tahun 90-an.

    Namun jangan tak tahu, sentuhan Yuna menerusi lagu tersebut telah berjaya melonjakkan popularitinya di negara luar sehingga mendapat pujian daripada kebanyakan media di sana.

    Disifatkan sebagai sesuatu yang segar, Yuna juga dipuji kerana berjaya menaikkan semula lagu tersebut dalam versi yang lebih santai, gaya Yuna.

    Menyelongkar isi hati gadis kelahiran Alor Setar, Kedah ini mengenainya, kata Yuna, meski terharu dengan pujian yang diberikan, namun rasa gusar tetap ada membelenggu dirinya.

    “Alhamdulillah, rasa lega dan takut bercampur baur. Saya juga lega kerana video itu berjaya dapat perhatian seluruh dunia.

    “Malah, kalau tengok dalam fanpage Nirvana di Facebook, ada 11 juta peminat yang bagi sokongan untuk lagu itu. Rasa gemuruh pun ada, sebab sekarang lebih ramai yang tahu pasal Yuna.

    “Tapi syukurlah sebab saya dah berjaya tarik lebih ramai pendengar dan peminat bersandarkan lagu tersebut,” katanya.

    Bagaimanapun, dalam masa yang sama, Yuna mengaku tidak mahu hanya dikenali menerusi karya asal pemuzik lain meski gemar berbuat demikian. Baginya, lagu-lagu ciptaannya juga punya kekuatan tersendiri.

    Pun begitu, timbul pula cerita, dek kerana sering membawakan lagu orang, Yuna dikatakan hilang identiti sendiri terutama dari aspek nyanyiannya.

    Hal ini bukanlah sesuatu yang baru, apalagi dia sebelum ini pernah dikatakan cuba meniru lenggok suara ala Norah Jones mahupun Corinne Bailey Rae.

    Menganggap ia bukanlah satu kesalahan, hujah Yuna, dari hari ke hari dia menjalani proses pembelajaran untuk memperbaiki aspek ini. Malah, katanya, menjadikan artis lain sebagai rujukan juga bukan satu kesalahan.

    “Memang tak logik lah kalau kita tak pernah lihat atau dengar sumber luar dan boleh hasilkan karya sendiri kan!

    “Itu sebabnya kita belajar di universiti, mendalami sesuatu ilmu yang kita nak belajar dan ada buku teks, rujukan, tenaga pengajar yang tolong kita dalam bab kemahiran dan pengetahuan.

    “Ramai yang tak tahu macam mana saya membesar menjadi seorang penyanyi macam sekarang.

    “Sejak umur tujuh tahun, saya banyak dengar lagu-lagu Melayu, balada, rock kapak, irama Melayu dan lagu Inggeris.

    “Macam-macam yang saya cuba, proses itu panjang. Tapi Alhamdulillah, dari semua pengalaman itu saya belajar dan akhirnya saya jumpa gaya nyanyian dan muzik yang paling sesuai dengan saya,” katanya.

    Bukan itu sahaja, menurut Yuna untuk menjadi seorang penghibur, seseorang itu perlu tahu kekuatan sendiri meski menjadikan artis lain sebagai rujukan.

    “Kena tahu kelemahan dan kelebihan masing-masing. Saya pun tak mungkinlah nak menyanyi seperti Beyonce atau Rihanna sebab saya tahu saya tak akan boleh buat macam mereka.

    “Saya ambil masa selama 10 tahun untuk belajar semua ini. Jadi kepada semua artis muda di luar sana, ia adalah okey kalau kita ‘tiru’ sikit-sikit. Jangan sebiji!

    “Pengaruh adalah penting sebab ia membantu menaikkan semangat dan menjadikan kita kreatif.

    “Tapi personaliti dan identiti kena menyerlah juga untuk memastikan kita berjaya dalam industri. Insyaallah, boleh pergi jauh,” katanya.

    Selesa gaya baru

    Dalam pada itu, menyentuh mengena aspek imejnya sekarang, Yuna nampaknya semakin selesa dengan gaya hijab ala turban.

    Di awal kemunculannya dengan imej baru itu, kalau masih ingat, ramai juga yang melahirkan rasa kurang senang dengan penampilan sebegitu.

    Namun, Yuna sedaya upaya mengambil pandangan peminat sebagai sesuatu yang positif meski punya prinsip sendiri dalam bab ini.

    “Sebenarnya idea gaya ini datang semasa saya berkunjung ke Chicago untuk hadir dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Islam di sana.

    “Mereka memang cool terutama cara bagaimana mereka meraikan seni cara Islam. Masa tu saya nampak ramai gadis yang datang ke majlis tu dengan memakai hijab gaya turban.

    “Saya tanya macam mana cara pakai dan mereka tolong ajar pada saya. Semakin lama semakin saya selesa dengan imej begini bila menjalani kehidupan di LA.

    “Nak keluar pun tak takut orang pandang pelik. Paling utama, sebagai seorang gadis Muslimah, kita masih boleh mengekalkan identiti Islam ketika bergaya,” katanya.

    Ditanya sama ada dia akan mengekalkan gaya dan imej barunya itu sepanjang bergelar artis selepas ini, kata Yuna, ia akan disesuaikan mengikut keadaan. Saya sangat selesa dengan imej ni buat masa sekarang.

    “Saya mengaku memang saya suka cuba benda- benda yang baru, gaya yang baru. Tetapi rasanya saya paling selesa dengan imej ni buat masa sekarang. Mungkin saya akan cuba gaya lain, tetapi tetap mengekalkan pemakaian yang sopan,” ujarnya menutup bicara.

    Jelas hubungan dengan pengkid




    JANGAN terkejut kalau anak kelahiran Kundasang, Sabah ini mengakui bahawa dia lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding dengan perempuan.

    Alasannya, kebanyakan kaum Hawa kadangkala tidak boleh menerima cara dia bergurau senda. Ada masanya terlalu kasar dan tidak tertib menerusi bahasa badan dan bicara kata.

    “Sejak membesar bersama tiga abang dan sepupu lelaki di kampung sejak kecil sampai sekolah menegah. Bersama mereka saya bermain dan melakukan aktiviti harian. Cakap saja apa juga permainan lasak, semuanya pernah saya main.

    “Panjat pokok, lambung duit syiling, main baling selipar atau galah panjang, semuanya dilakukan bersama dengan budak lelaki,” dedahnya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.

    Naib Juara Akademi Fantasi 8 (AF8) ini juga mengatakan bahawa perangai lasak dia menyebabkan dia tak punya ramai kawan perempuan. Apatah lagi apabila kebanyakan mereka lebih suka duduk di rumah, tak suka jalan jauh dan macam-macam lagi.

    Sedangkan dalaman Adira penuh dengan sikap kelakian. Gemarkan sesuatu aktiviti yang boleh mencabar fizikal dan mental.

    Atas sikap itu juga, catatan perjalanan seni Adira dicacatkan dengan cerita kurang enak tentang cinta songsang apabila dia berkawan dengan golongan pengkid.

    Khabar negatif itu tersebar termasuk melibatkan satu insiden kemalangan apabila kekasih Adira, Hafiz AF dikatakan sengaja menolak seorang perempuan berperwatakan semacam lelaki, Zack pada Mei lalu.

    “Sebenarnya, ramai yang salah tafsir dengan kejadian itu. Saya didakwa punyai kecenderungan dengan sama jantina dan macam-macam lagi. Sebaliknya, saya masih lagi waras.

    “Saya selesa berkawan dengan golongan sebegitu. Mereka juga manusia biasa. Dan jangan salahkan mereka andai mereka berwatakan begitu. Tak adil bukan,” soalnya semula.

    Mengulas pernyataan Adira yang seolah-olah membela golongan pengkid, wanita berusia 19 tahun ini berulangkali menegaskan bahawa dia bukan jenis gemar melabel manusia.

    “Saya bukan nak membela golongan itu. Cuma saya beranggapan bahawa kita tak boleh terlalu rigid dengan penilaian mata sendiri. Janganlah disebabkan penampilan mereka yang semacam lelaki itu, kita dah cakap yang macam-macam bukan?

    “Saya pula jenis yang selesa berkawan dengan semua orang. Tak kira sama ada lelaki atau perempuan. Selagi mereka tak buat jahat dengan saya, tak jadi masalah,” jelasnya.

    Mengajukan persoalan sama ada penyanyi yang lahir pada 19 September 1991 ini sudah bosan dengan stigma yang menyebabkan personaliti wanitanya seringkali disalah faham oleh sesetengah pihak, Adira terdiam.

    “Bagi saya cukup-cukup cerita ini. Saya memang tak boleh nak jaga hati semua pihak. Tapi saya tak boleh nak halang bila orang masih bercakap tentang perkara ini. Biarlah, bila dah penat nanti, pasti berhenti.

    “Yang pasti, semua orang ada kisah silam mereka sendiri dan saya tak terkecuali. Adira dulu yang tomboi sudah tak ada lagi. Masa berlalu dengan cepat dan saya menganggap apa yang berlaku adalah asam garam kehidupan,” katanya jujur.

    Katanya, kudrat kecilnya tak terdaya untuk melawan lemparan kata-kata negatif terhadapnya. Kalau pun ada ketikanya Adira merasakan sesuatu tuduhan itu melampau, namun hanya ada satu perkara yang terdaya dilakukannya iaitu berdiam diri.