Friday, September 3, 2010

Warnai Syawal bersama Eric


ERIC Leong yang kini telah lapan tahun menjadi duta cat ICI Dulux.


LONTARKAN inspirasi raya di permukaan dinding rumah anda dengan paduan warna dan dekorasi dinding tanpa batasan. Kreatif sahaja tidak cukup jika tidak di sertai dengan material yang sesuai.

Sebenarnya, banyak cara dapat dilakukan untuk mengolah dinding rumah, antaranya dengan memainkan bidang, memadu warna, melekat material, tekstur, motif, skala, ataupun menambahkan wall wart yang disusun dengan komposisi yang unik.

Dengan mengetahui teknik pengolahan yang betul, dekorasi impian dengan bajet yang sederhana dapat dilakukan. Temukan idea dan inspirasi raya tahun ini dengan sentuhan ICI Dulux yang menampilkan sentuhan warna-warna baru untuk mengolah dinding rumah anda serta berkongsi panduan mengubah dinding rumah anda bersama Eric Leong.

Selebriti yang begitu sinonim dengan dunia hiasan dalaman ini begitu bersemangat ingin berkongsi dengan pembaca petua mewarnai Syawal dengan cat ICI Dulux dalam Brosur Warnai Raya Bersama Eric ini telah diedarkan di rumah di sekitar Lembah Klang.

Jika anda berpendapat bahawa bulan puasa ini amat meletihkan untuk projek mengecat rumah, buang saja anggapan anda itu.

Projek mengecat ini boleh dijadikan aktiviti keluarga di hujung minggu dan ia sebenarnya satukerja berpasukan yang boleh dikongsi bersama ahli keluarga. Bagi siapa yang mengatakan sudah terlewat untuk mengecat, Eric mempunyai jawapan bagaimana kediaman anda boleh tampak serba baru dalam masa sehari sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: