| |
| AZHAR Alias berkongsi resipi warisan keluarganya untuk sajian ramadan di Hotel Equatorial. |
TIADA apa yang dapat memberi kepuasan berbuka puasa selain menikmati hidangan tradisional yang menggunakan resipi masakan ibu di rumah dan kampung halaman.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Nipah CoffeeShop di Hotel Equatorial Kuala Lumpur menyajikan Bufet Buka Puasa yang diberi nama Sinar Ramadan bertemakan Warisan Juadah Ibunda.
Hanya ramuan dan rempah ratus yang segar dengan resipi asli diwarisi turun-temurun digunakan untuk memastikan rasa dan kualiti hidangan sentiasa konsisten dan menepati keasliannya.
Chef Bahagian Dapur Melayu, Chef Azhar Alias berkata, bufet Ramadan itu mempunyai empat pilihan menu yang ditukar bersilih ganti setiap hari untuk memberi lebih banyak pilihan kepada para pengunjung.
Katanya, dengan lebih 180 jenis hidangan tempatan yang popular, ia pasti dapat menambat cita rasa pengunjung dan menjadikan restoran ini tempat yang ideal untuk berbuka puasa.
“Hidangan kampung tetap menjadi pilihan ramai kerana ia mengingatkan kita tentang kenangan di kampung halaman serta masakan ibu di rumah.
“Kebanyakan resipi yang saya gunakan saya warisi daripada nenek dan ibu saya,” katanya yang dibantu oleh 10 orang chef yang berpengalaman untuk menyediakan bufet buka puasa itu.
Hidangan utama yang pasti menjadi tumpuan adalah kambing guling panggang, beriani gam ayam, asam pedas ekor, gulai kawah, rendang daging Minang, gulai daging kandar, kebab ayam, kupang masak lemak daun kesum, murtabak, ikan tandoori, kambing kurma, udang gulai Kelantan, daging semur lada hitam dan banyak lagi.
Pada tahun ini, promosi Bufet Buka Puasa Sinar Ramadan di Hotel Equatorial adalah berharga RM98.00++ untuk dewasa dan RM48.00++ untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: