MENAMPILKAN kelainan sempena Ramadan dan Syawal, Restoran The Chicken Rice Shop menyajikan ayam masak merah eksklusif hasil air tangan chef selebriti, Ismail Ahmad atau lebih dikenali sebagai Chef Ismail.
Menggunakan teknik masakan secara tradisional dengan ramuan segar, ayam masak merah Chef Ismail menjanjikan kelazatan dan kesempurnaan untuk dimakan dengan nasi dan sajian lain.
Chef Ismail yang juga merupakan duta jenama The Chicken Rice Shop memberitahu, resipi ayam masak merah diilhamkannya oleh tradisi masakan Arab, India dan Melayu.
"Tomato merupakan ramuan utama untuk sajian ini. Ia menjadikan sajian ini berwarna lebih merah dan menyelerakan," katanya.
Selain itu, Chef Ismail turut mencipta satu sajian sampingan yang membuka selera iaitu kerabu kacang panjang.
"Kerabu kacang panjang ini dicincang dan kemudiannya digaul dengan tauhu goreng rangup, cili, udang kering, herba serta rempah," terang Chef Ismail lagi.
Menurut Pengasas Bersama dan merangkap Ketua Pegawai Operasi The Chicken Rice Shop Restaurant Sdn. Bhd., Wong Kah Lin, sebagai sebuah restoran untuk seisi keluarga yang memenuhi cita rasa semua rakyat Malaysia, The Chicken Rice Shop adalah tempat yang ideal untuk berbuka puasa dan juga menyambut raya.
Ayam masak merah dan kerabu kacang panjang Chef Ismail boleh dinikmati sebagai sajian ala carte pada harga RM9.90 dan RM8.90. Terdapat juga pelbagai pilihan sajian kombo untuk seorang hingga lima orang.
Harga sajian kombo bermula dari RM15.99. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.thechickenriceshop.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: