Saturday, April 3, 2010

Laman web palsu Tuanku Mizan disiasat


LAMAN web yang didakwa palsu yang menggunakan nama Tuanku Mizan yang kini disiasat oleh SKMM.


KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencipta laman web Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kerajaan memandang serius tindakan pencipta laman web itu kerana menggunakan dan mencemari imej Seri Paduka.

Beliau berkata, sejurus mengesan laman web itu yang dibuat seolah-olah laman web rasmi Yang di-Pertuan Agong, beliau mengarahkan SKMM membuat siasatan untuk mengesan penciptanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: