KOTA BHARU - Tiga penjenayah tegar yang giat melakukan samun dan ragut bertemu buku dengan ruas apabila kesemuanya diberkas selepas cuba melarikan diri dengan merempuh kenderaan polis di Lorong Masjid, Kampung Padang Enggang dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4.15 petang itu, sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta Proton Gen2 yang dinaiki suspek selepas arahan untuk berhenti tidak diendahkan.
Ketiga-tiga suspek berusia di antara 25 dan 26 tahun tersebut sebelum itu telah diekori dalam operasi memburu mereka yang dinamakan Ops Rentap dan Samun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: