Pelakon baru, Shaheizy Sam, misalnya, bersetuju bahawa penggunaan laman web sosial secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungannya dengan peminat.
“Antara kelebihan medium ini yang saya nampak ialah setiap berita terbaru tentang perkembangan seni dan isu semasa boleh dikongsi bersama-sama dengan peminat. Tetapi peminat juga harus faham bahawa kadangkala artis juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk membalas kesemua pesanan-pesanan yang diterima memandangkan banya perkara yang perlu dilakukan,”katanya.
Ditanya adakah medium sebegini pernah menimbulkan sebarang kesulitan akibat pengeksploitasian yang dilakukan oleh individu, Shaheizy berkata, tiada sebab untuknya berasa gusar memandangkan dia bukan jenis orang yang suka berahsia.
Bagi artis senior seperti, Juliza Adzlizan, juga tidak ketinggalan untuk memiliki laman sosial sendiri. Menurutnya, dia amat menyukai medium tersebut kerana dapat merapatkan hubungan kekeluargaan selain dapat bertemu kembali dengan saudara mara yang telah lama tidak dihubungi.
“Saya lebih suka menggunakan medium ini untuk berhubung dengan sanak saudara dan bagi saya setiap individu punyai kehidupan peribadi sendiri yang perlu dihormati oleh individu lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: