Thursday, April 1, 2010

Koleksi kegilaan si manja


Patung Barbie kini boleh bergaya dari 12 sudut termasuk membengkokkan lutut dan sikut.


Sebenarnya, kanak-kanak perempuan juga mempunyai cita rasa fesyen dan mengikuti perkembangan fesyen tersendiri.

Jika diberi pilihan, kanak-kanak ini pasti mahu memilih sendiri fesyen kegemaran, kasut dan aksesori termasuk gaya rambut serta warna kuku.

Memahami keadaan itu, Barbie baru-baru ini melancarkan pelbagai rangkuman fesyen bagi pengikut setia fesyen Barbie iaitu Barbie Fashionista.

Fashionista didatangkan dalam enam gaya yang diwakili Artsy, Cutie, Girly, Glam, Sassy dan Wild.

Model-model anak patung ini mewakili fesyen dan personaliti berlainan dan didatangkan bersama set pakaian dan aksesori masing-masing.

Apa yang paling menyeronokkan mengenai Barbie Fashionista ialah kelebihan pada gerakan anak-anak patung itu.

'Mereka' boleh bergaya seperti model-model biasa dari 12 sudut termasuk membengkokkan siku, memusingkan lengan dan menggerakkan kepala lebih daripada 100 gaya.

Anak-anak patung yang berharga RM53.90 ini didatangkan dengan rambut ikal yang nampak seolah-olah asli.

Bertepatan usaha memperkenalkan Fashionista, Barbie kini menganjurkan peraduan pencarian siapa yang paling hebat di kalangan Barbie Fasionista.

Peraduan ini terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan berusia empat hingga 12 tahun yang bermula dari Mac hingga 31 Mei ini.

Untuk menyertai peraduan ini para peserta cuma perlu membeli anak-anak patung Barbie Fashionista, pakaian atau beg.

Seterusnya rakamkan fesyen yang paling kreatif digayakan oleh fashionista anda dan hantarkan gambar bersama-sama borang yang lengkap ke alamat yang dinyatakan.

Kepada mereka yang terpilih menjadi pemenang, hadiah-hadiah bagi peraduan ini termasuk lawatan berbayar untuk dua orang ke House Of Barbie di Shanghai, sesi fotografi Barbie Fashionista Make Over, kamera digital berwarna merah jambu dan pemain MP3 berwarna merah jambu.

House of Barbie di Shanghai merupakan destinasi membeli-belah barangan dan produk Barbie seluruh dunia yang dibina setinggi enam tingkat memperagakan pelbagai koleksi barangan dan aktiviti Barbie.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: