KUALA LUMPUR: Kedatangan pelancong asing ke negara ini sememangnya menjana ekonomi, namun peluang itu turut direbut peniaga di Jalan Petaling di sini, yang mengambil kesempatan menjual pelbagai barangan berjenama tiruan termasuk kasut dan beg tangan.
PERIKSA...angota penguat kuasa KPDNKK memeriksa barangan yang dirampas, semalam.
Jurucakap KPDNKK berkata, ketika serbuan tiada pelanggan dalam premis berkenaan melainkan seorang wanita warga China.
“Sebaik memperkenalkan diri penguat kuasa, kami (KPDNKK) memeriksa wanita berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati pekerja terbabit warga China dan berusia 30-an.
“Pemeriksaan lanjut menemui satu stor di bahagian belakang dalam premis itu,” katanya.
Katanya, anggota bertugas memeriksa barangan dalam stor itu sebelum menemui ratusan barangan berjenama terkenal merangkumi kasut dan selipar jenama Adidas.
| |
“Premis berkenaan juga didapati mengedarkan beg tangan berjenama tiruan,” katanya.
Beliau berkata, hasil serbuan itu, lebih 1,000 barangan berupa kasut berjenama dirampas.
Operasi yang diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Kuala Lumpur, Suhaimy Yamin itu kemudian melakukan kerja penyitaan barangan terbabit selain menahan wanita warga China itu bagi membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 (1) (b) Akta Perihal Dagangan 1972.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: