Thursday, March 25, 2010

Sah kerja haram - MPAJ


KERATAN muka depan Kosmo! semalam. JALAN masuk ke kawasan bukit berhampiran Taman Ukay Perdana, Hulu Klang telah ditutup oleh MPAJ semalam.


KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan aktiviti penebangan pokok getah di kawasan bukit berdekatan Taman Ukay Perdana, Hulu Klang dilakukan secara haram.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad menegaskan, pihaknya tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk sebarang aktiviti penebangan pokok dan pengeluaran kayu di kawasan berkenaan.

"Sebarang aktiviti melibatkan penebangan pokok dan kerja-kerja tanah di kawasan Ampang mesti mendapatkan kebenaran MPAJ dan Jabatan Perhutanan terlebih dahulu," tegasnya ketika dihubungi di sini semalam.




Norhayati berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai kerosakan hutan akibat kerja-kerja penerokaan tanah oleh pihak yang menebang dan mengambil kayu getah di sebuah kawasan seluas 12 hektar berdekatan Taman Ukay Perdana di sini sehingga membimbangkan lebih 3,000 penduduk di situ.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: