Tuesday, March 23, 2010

Kareena Kapoor jadi mak cik lagi


KAREENA KAPOOR


KAREENA Kapoor kini menjadi mak cik sekali lagi apabila kakaknya Karisma Kapoor telah melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki pada 12 Mac lalu di Hospital Breach Candy, Mumbai.

"Saya sangat gembira kerana menjadi mak cik untuk anak buah yang kedua. Saya baru sahaja pulang dari hospital, kakak dan anaknya masing-masing sihat. Kini, bilangan ahli keluarga kami telah bertambah. Ibu, ayah, Samaira (anak pertama Karisma), Sanjay (suami Karisma), Saif dan saya, banyak menghabiskan masa bersama," kata Kareena.

Dek terlalu gembira dengan kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Kiaan Raj Kapoor itu, Kareena telah menunda dan membatalkan kerjanya sepanjang minggu.

"Ya, saya telah mengambil cuti segera. Tiada apa yang lebih penting daripada keluarga. Saya tidak sabar untuk mendukung Kiaan dan bermain dengannya. Sekarang, Karisma sibuk dengan Kiaan, saya dan ibu akan bergilir-gilir menjaga Samaira.

"Saya merasakan cuti singkat ini merupakan masa yang berharga. Saya juga sudah membeli banyak pakaian bayi dan permainan. Pasti saya akan menghabiskan masa dengan gembira kerana seluruh ahli keluarga akan berhimpun dalam sebuah rumah yang sama," luahnya penuh teruja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: