| Jac ganti Adibah. Jac menggantikan tempat Adibah Noor melakonkan watak Farah manakala nabil mengambul tempat AC Mizal membawakan watak Sitam yang tidak bersama barisan pelakon lain yang dikekalkan iaitu Awie, Afdlin Shauki, Harith Iskander dan Hans Isaac.
"Saya sangat teruja apabila diberi kepercayaan untuk bersama-sama dalam pementasan yang telah berjaya semasa dipentaskan tahun lalu.
"Saya akan memberikan satu persembahan terbaik dan tak sabar untuk memulakan latihan.," kata Jac dalam sidang akhbar pertama pementasan itu di Istana Budaya petang ini. Nabil juga sangat teruja apabila diberi kepercayaan berlakon bersama-sama komedian terkenal seperti Harith Iskander dan Afdlin Shauki yang pernah menjadi pengkritik semasa dia masih dalam program Raja Lawak dulu. Cuci dapat kritikan membina. Penerbitnya, Hans Isaac dari Tall Order Productions mahukan sedikit perubahan apabila mementaskan semula Cuci The Musical. Kemasukan Jac dan Nabil adalah salah satu usaha membawa perubahan dalam pementasan itu. Bagai mimpi jadi nyata... Nabil. Hans akui pada mulanya dia berbelah bahagi untuk mementaskan semula apabila pihak Istana Budaya menawarkan slot kerana melalui pahit getir termasuk tidak mendapat penaja utama dalam pementasan lalu. "Tapi setiap kali saya keluar dan berjumpa orang, banyak yang bertanya, bila saya mahu mementaskan semula Cuci The Musical. Saya juga lihat laporan media yang memberangsangkan dan memuji. Ia menguatkan semangat saya untuk mementaskan semula. "Saya juga dapat tawaran untuk membawa teater ini ke Singapura tahun ini dan saya sedang menimbangkannya," kata Hans lagi. Menyedari kepayahan sektor korporat menjadi penaja utama, pihak produksi memperkenalkan satu penajaan dalam bentuk lain iaitu Corporate CSR Night. Badan korporat ditawarkan pembelian tempat duduk sebanyak 250 tempat daripada 300 tempat duduk dalam panggung untuk menjemput orang yang kurang mampu menontonnya. Pihak penerbit juga sedia mengagihkan tiket kepada pihak tertentu sekiranya mana-mana badan korporat tidak mempunyai hubungan dengan mereka. Hidangan supper juga akan diberikan selepas persembahan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Tall Order di talian +603-42532241/71. Pihak produksi juga menurunkan harga tiket sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. Tiket kali ini dijual dengan harga RM30 hingga RM200. |
Wednesday, March 24, 2010
Jac, Nabil sertai Cuci The Musical
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: