Friday, January 1, 2010

Teman wanita suami serah diri


ANGGOTA polis mengusung jenazah Fazlina yang dijumpai mati dalam almari pakaian di rumahnya di Taman Pinggiran Ukay, Ampang kelmarin.

KUALA LUMPUR - Mungkin disebabkan kemelut cinta tiga segi, seorang wanita yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah syarikat katering, Fazlina Ahmad menjadi korban dalam kejadian jenayah yang menemukan mayatnya dalam almari pakaian di rumahnya di sini kelmarin.

Bagi membantu siasatan, seorang wanita berusia 22 tahun yang merupakan teman kepada suami mangsa ditahan reman selama tujuh hari. Dia menyerah diri di sebuah balai polis di sini semalam.

Difahamkan, wanita muda yang bekerja di sebuah syarikat katering itu merupakan orang terakhir dilihat bersama suami mangsa iaitu kira-kira pukul 9 malam kelmarin di sekitar ibu negara.

Dia dipercayai tidak tahan menanggung beban memikirkan kejadian jenayah itu sebelum mengambil keputusan untuk menyerah diri.

Bagaimanapun, suami mangsa dikatakan telah melarikan diri dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sejurus menghantar kedua-dua anaknya ke rumah ibunya di Ampang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: