JAKARTA - Seorang juruterbang dan mekanik terbunuh apabila sebuah kapal terbang ringan terhempas di sebuah hospital sejurus selepas berlepas di bandar Ketapang, Kalimantan Barat semalam.
Seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Badya Wijaya berkata, dua orang yang menaiki pesawat Fletcher FU24-950 terbunuh di tempat kejadian.
Menurutnya, pesawat itu merempuh sebuah hospital sebelum menimpa sebuah kereta.
Dia berkata, masalah enjin mungkin menjadi punca pesawat itu terhempas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: