Friday, January 1, 2010

Dua ditangkap disyaki bunuh wanita


DUA lelaki yang disyaki merogol dan menikam Shimasa dikawal oleh dua anggota polis di sebuah balai polis di Denpasar, Bali semalam. Gambar kecil, Hiromi Shimasa.

BALI - Polis Indonesia mengesahkan dua suspek ditangkap berhubung kes seorang wanita Jepun, Hiromi Shimasa yang dirogol dan dibunuh di Bali.

Ketua Polis Bali, Mejar Jeneral Sutisna berkata, kedua-dua suspek itu merupakan pekerja buruh binaan iaitu Mawardi, 31, dan Abdurrahman, 20.

Kedua-dua suspek telah ditahan di pantai peranginan popular Kuta di sini, katanya semalam.

Shimasa yang berusia 41 tahun telah menetap di Bali selama 10 tahun. Dia ditemui mati pada minggu lalu di rumah sewanya di Kuta.

Semasa ditemui, kedua-dua tangan Shimasa diikat dan mempunyai kesan tikaman.

Sutisna berkata, mangsa telah dirompak dan keputusan bedah siasat menunjukkan dia turut dirogol.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: