PERKATAAN 'Industri Kreatif' yang pertama kali diperkenalkan di UK pada 1994 merujuk kepada segmen ekonomi yang terbabitsecara langsung atau tidak langsung dalam mewujud, mengilang, mengeluar, menyiardan mengedar bahan yang dilindungi hakcipta.
Selama ini ketiadaan data menghalang usaha membangunkan dasar ke arahpertumbuhan industri kreatif dan tidak banyak yang diketahui akan kaitan dan sumbangannya kepada ekonomi.
Industri kreatif walaupun sebuah bidang yang baru muncul namun mewakili satubahagian penting 'ekonomi baru'.
Pada 1998, Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan di UK mengambil usaha buatpertama kali untuk mentakrifkan apa dia industri kreatif, saiz dan impaknya keatas ekonomi.
Keputusan daripada 'Kajian Penentuan Industri Kreatif' menunjukkan mengapakerajaan perlu menyokong industri ini.
HARTA INTELEK BAGI INDUSTRI KREATIF
Untuk meningkatkan kesedaran akan peranan penting yang dimainkan olehindustri kreatif, Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada 2003 menjalankansatu siri tinjauan bagi mentakrif dan menunjukkan apa dia industri kreatif dansumbangannya ke atas ekonomi kepada lebih 30 negara di seluruh dunia.
"Idea sebenar ialah untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat akansumbangan industri kreatif kepada ekonomi, mempromosi kreativiti dan hak HartaIntelek (IP), dan tingkatkan kesedaran dan kefahaman akan pentingnya hakciptasebagai penyumbang kepada ekonomi," kata Pemangku Pengarah WIPO bagi BahagianIndustri Kreatif, Dr Dimiter Gantchev kepada Bernama.
Harta Intelek merujuk kepada ciptaan minda seperti kesusasteran dan nukilanartistik, simbol, nama, imej dan rekabentuk yang digunakan dalam dunia perniagaan.
Ia merupakan asas industri kreatif tetapi banyak syarikat gagal menghargainilainya dan dengan itu tidak mengambil berat dalam melindungi IP mereka.
Keputusan tinjauan membawa bukti yang sukar dipertikai bahawa industri kreatif sebenarnya signifikan dari segi ekonomi dan setanding dengan sektor-sektor profil tinggi lain dari segi sumbangan mereka kepada pendapatan, penggajian dan perdagangan.
Atas kesedaran bahawa Malaysia perlu mentakrif dan mengenalpasti industrikreatif di negara ini dan di sebaliknya melindungi IP yang dijana oleh industri-industri ini, WIPO, dengan bantuan Kerjasama Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menjalankan tinjauan seumpama di Malaysia pada 2007.
Menurut Gantchev, seorang daripada anggota aktif WIPO, Malaysia memberi keutamaan dalam pembangunan infrastruktur IP dan menyumbangkan secara aktif kepada kata muafakat bagi IP dalam rangka kerja multilateral.
Tinjauan ini, yang berdasarkan kepada data yang dikumpul daripada Jabatan Statistik bagi tempoh lima tahun dari tahun 2000 hingga 2005, siap pada 2008.
SUMBANGAN INDUSTRI KREATIF KEPADA EKONOMI MALAYSIA
Tinjauan ini mendedahkan bahawa industri kreatif menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 11.1 peratus, melampaui kadar pertumbuhan negara sebanyak 6.6 peratus.
Peluang pekerjaan dalam industri kreatif mendaftarken pertumbuhan sebanyak 10.7 peratus, lebih tiga kali pertumbuhan penggajian kebangsaan iaitu 3.3 peratus.
Selain itu, industri kreatif menyumbangkan sebanyak 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewakili 1.0 peratus daripada eksport negara dan 7.5 peratus peluang pekerjaan di seluruh negara. "Angka-angka ini menunjukkan bahawa industri kreatif membantu memacu ekonominegara, lebih dinamik daripada banyak sektor lain di Malaysia dan berjayamengurangkan impak kegawatan ekonomi global 2005," kata Dr Vijatakumari Kanapathy, perunding bebas yang menjalankan tinjauan ini.
Penemuan ini menunjukkan mengapa perlu mengiktiraf dan melindungi hak IPsebagai keperluan asas bagi pertumbuhan industri kreatif di Malaysia.
Laluan ke dasar industri kreatif yang berjaya merupakan laluan kompleks yangmemerlukan matlamat, sokongan serta perakuan undang-undang, perjanjian dankonvensyen serantau dan kebangsaan.
Undang-undang intelektual yang utuh adalah penting dalam memastikan keupayaan berterusan industri kreatif untuk menyampaikan hasil-hasil kreatifkepada pasaran.
IP DALAM INDUSTRI FILEM MALAYSIA
Semasa ekonomi beralih ke arah satu struktur yang berorientasi khidmat,keupayaan untuk mengenalpasti pemilikan serta kawalan harta intelek akan menjadilebih relevan.
Seterusnya pada Seminar Kebangsaan WIPO-Malaysia mengenai Industri Kreatif yang berlangsung di sini baru-baru ini, sektor pertama yang diberi tumpuan semasa perbincangan ialah industri filem Malaysia.
Dalam ucaptama pada seminar itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasidan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan perlunya untukmeneroka dan mengambil kesempatan penuh daripada potensi IP yang dijana olehindustri kreatif dalam usaha untuk muncul sebagai sebuah negara maju.
"Seminar ini menunjukkan bagaimana IP beroperasi dalam industri filem. Iamerupakan yang pertama dalam siri seminar yang komited bagi kesedaran IP sertapendidikan bagi pengiat-pengiat mengikut sektor dalam industri kreatif," kataKetua Pengarah MyIPO, Kamel Mohamad. "Keputusan kajian menunjukkan terdapat keperluan untuk menjalankan kajianmendalam berhubung hak IP yang berkaitan dengan industri kreatif mengikut sektorbagi mengenalpasti isu-isu dan cabaran serta merumuskan dasar-dasar bagiperlindungan dan pertumbuhan sektor itu," kata Kamel.
CIRI-CIRI HAK IP DAN PROSES MEMBUAT FILEM
Sektor pembuatan filem membabitkan banyak hak IP. Daripada skrip awal, lakon layar, muzik dan sehinggalah gambar lokasi, terdapat isu-isu kelulusan untuk dipertimbangkan berhubung Hakcipta, Cap Dagang, Hak Moral dan Hak Publisiti. IP ini adalah kepunyaan pencipta asal.
Perlu ada bukti bertulis yang menunjukkan penerbit mengawal hak-hak yang ada ini. Dokumen ini juga penting daripada segi terma dan syarat bagi pembiayaan dan pengedaran filem berkenaan. Penerbit perlu mempunyai senarai semak yang direkod dengan baik memperinci kesemua kebenaran dan kelulusan bertulis yang diperolehi daripada pemilik IP yang berkenaan.
Dari awal lagi, penerbit perlu memastikan status kesemua hak yang terbabit sebelum memeterai apa-apa Pembelian Hak/Penyerahan Hak/Perjanjian Pelesenan yang perlu untuk mendapatkan hak-hak ini. Di sinilah khidmat seorang peguam hiburan sangat diperlukan.
Semasa fasa penerbitan, isu-isu kelulusan lazimnya bertumpu pada kontrak barisan pelakon dan krew, lokasi, dan penggambaran alatan latar belakang yang dilindungi harta intelek.
Kemudian terdapat pula penyumbang kreatif dalam setiap unit produksi filem yang mungkin mahu sumbangan kreatif mereka dianggap sebagai hasil hakcipta bebas.
Perjanjian kontrak bersama pengarah, pelakon, ahli sinematograf, koreografer, artis serana khas dan semua yang lain berhubung penerbitan perlu dimeterai.
Di fasa pasca penerbitan, penerbit perlu mendapatkan kelulusan untuk menggunakan muzik, bahagian gambar yang ada, serana khas dan animasi.
Walaupun selepas mengambil langkah-langkah munasabah, pembikin filem tidak boleh beranggapan yang perjanjian sedia ada akan dapat menampung sepenuhnya perkembangan luar jangka dan menawarkan perlindungan secukupnya terhadap apa-apa tindakan perundangan.
Satu harta intelek yang ditunjukkan dalam cara menjejaskan imej produk, ataukemungkinan orang kenamaan dihina, membuka pintu bagi saman undang-undang.
Yang paling buruk boleh berlaku pada seseorang penerbit filem ialah filemnyatidak boleh ditayangkan kerana diancam tindakan undang-undang kerana pencabulanharta intelek.
Oleh itu adalah wajar bagi penerbit untuk mendapatkan insurans 'Errors and Omissions (E&O)' untuk melindungi diri daripada sebarang tindakan saman.
Kebenaran dan kelulusan juga adalah penting dalam hubungan penerbit-pengedar. Pengedar besar kemungkinan akan memerlukan penerbit untuk memberi jaminan yang filemnya tidak mencabuli mana-mana Pihak Ketiga, Cap Dagang, Nama Perdagangan, Hak Cipta, Hak Moral, Paten dan Hak bagi Privasi dan Publisiti.
Apabila projek filem ini siap penerbit perlu melindungi IP beliau terhadapfilem berkenaan dan mengambil kesempatan daripada pulangan yang mampu diterimanya dengan menandatangani sama ada satu Opsyen, Lesen atau Perjanjian Jualan Terus atau kombinasi ketiga-tiganya bersama pengedar.
Hak strategi utama, yang seseorang penerbit filem akan tekankan ialah hak Teater, Hak Video dan Hak Televisyen (kabel, darat dan satelit).
Perjanjian pengedar lazimnya mengandungi fasal-fasal yang memberikan merekahak untuk melakukan perubahan tertentu kepada sesebuah filem bagi tujuanpengedaran.
Penerbit perlu memastikan bahawa kebenaran yang perlu telah diperoleh daripada pemilik dan penyumbang kreatif bagi kerja-kerja terbabit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: