PENERBIT filem di Malaysia secara amnya boleh dibahagikan kepada dua kategori - penerbit aliran utama dan penerbit bebas.
Penerbit filem aliran utama cenderung untuk bekerja dalam kumpulan tertutupyang memulaukan bukan-konformis, amalan yang menghalang semangat berani untukcuba dan inovasi.
Bagaimanapun, pembuat filem daripada kumpulan yang satu lagi bekerjasamadalam menulis, menerbit dan saling membantu dalam membiayai penerbitan filem.
Sementara arena filem aliran utama yang didominasi orang Melayu terusdibanjiri tawaran lazim yang cenderung kepada budaya Melayu; lebih banyakperkara menarik berlaku dalam arena filem penerbit bebas yang diwakili pelbagaikumpulan etnik.
Selain itu, penerbit bebas ini juga menunjukkan kehebatan mereka denganmemenangi anugerah pada pelbagai festival filem antarabangsa.
MENCARI SUMBER INSPIRASI
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Manjafilm Anwardi Jamil berkata sementarapenonton Eropah dan Amerika boleh membezakan filem dari setiap negara Asia yang diskrin di festival seumpama, filem kita tidak mudah dikenalpasti kerana merekakekurangan ciri-ciri yang menunjukkan Malaysia.
"Lihatlah di dalam bagi mencari sumber inspirasi, jangan hanya pinjam danubahsuai idea daripada karya asing," jelas Anwardi.
Bagaimanapun, ciri-ciri yang menjadikan sesuatu karya 'filem Malaysia' tidakditakrifkan dengan jelas.
"Selagi penerbit itu adalah warga Malaysia, ia dianggap sebagai filem Malaysia," kata Pengarah Perancangan dan Penyelidikan FINAS Balaraman Narayanasamy.
Sebaliknya pula, Presiden Persatuan Pengarah-pengarah Filem Malaysia (FDAM)Ahmad Ibrahim berpendapat selaras dengan mantra 'Filem Kita, Wajah Kita', sebuahfilem Malaysia seharusnya berbahasa Melayu dengan majoriti barisan pelakonadalah orang Melayu.
Sementara keanekaragaman budaya dan etnik dipromosi dengan agresif di papaniklan pelancongan dan brosur, mengapa pula terdapat andaian di kalangan kumpulantertentu yang 'Imej Kita' adalah eksklusif dan homogenus?
Apabila ditimbulkan persoalan ini, penerbit filem Abdul Rahman Sallehudinbersetuju perlu ada watak-watak berbilang etnik dalam sinema sezaman diMalaysia.
"Ia harus membayangkan budaya dan tradisi kita, tetapi hanya dalam kontekslatar belakang berbilang kaum, dan tidak harus di dominasi oleh mana-mana kaum,"tambah beliau.
PERLU PERLINDUNGAN
Para pembuat filem di Malaysia berpendapat pengguna tidak memahami atau menghargai sumbangan mereka kepada ekonomi, dengan kebanyakan pihak langsung tidak peduli akan hak harta intelek.
Para penerbit didesak melepaskan hak IP mereka kepada stesen televisyenpersendirian yang mempunyai kapasiti untuk membawa karya mereka ke pasaran.
Kemajuan dalam menjana kandungan digital - sementara membuka laluan bagi pembikinan filem secara inovatif - juga telah mewujudkan cabaran di luar dugaan bagi undang-undang hakcipta, model-model penjanaan hasil yang mencabar dan membawa kepada kesan-kesan dengan implikasi luas merentasi industri kreatif.
Persatuan Industri Video dan Filem Malaysia dilaporkan mengadu bahawa pencetak rompak membawa ancaman besar kepada industri perfileman.
Jika kita tidak membantu pembuat filem kita, memastikan kemampuan jangkapanjang mereka dalam mencipta karya dan membolehkan mereka merealisasi potensipenuh masing-masing, orang yang menceburi perniagaan yang sudahpun sukar iniakan semakin berkurang.
Perlu ada asas undang-undang yang utuh berhubung pengurusan hak untukmembantu aktiviti seperti ini dan untuk mengambil kesempatan penuh daripadateknologi digital.
Hanya kerana IP ini bukan sesuatu yang nyata, pandangan awam ialah ia tidakberbaloi untuk dilindungi atau diberi penekanan yang sama seperti kitamelindungi aset fizikal. Tetapi cetak rompak IP mengetepikan pemilik sebenardalam menerima penghargaan serta ganjaran kewangan di mana wajar. Pendapatanpihak yang wajar terjejas.
Memandangkan hakikat ini, MyIPO bercadang untuk mengadakan seminar dan bengkel mengenai bagaimana untuk merundingkan hak IP - bagi pembuat filem dan orang ramai, untuk meningkatkan kesedaran umum yang cetak rompak IP bukan jenayah tanpa mangsa.
SOKONGAN KERAJAAN
Cabaran yang timbul dalam membangunkan industri kreatif tempatan meliputipembiayaan, memudahcara ruang, perlindungan hak harta intelek, latihan kemahirandan sokongan perniagaan.
Sokongan kerajaan kepada industri filem Malaysia bermula apabila PerbadananKemajuan Filem Nasional (FINAS) ditubuhkan pada 1981 untuk menggalakkanpembangunan industri filem Malaysia.
FINAS memperkenalkan syarat tayangan wajib 14-hari bagi filem tempatan, saturebat cukai hiburan sebanyak 20 peratus kerana menayangkan filem tempatan,selain daripada RM50 juta Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC); Sebuah DanaPembangunan Multimedia dan Filem bernilai RM1.5 juta; dan Dana Penerbitan FilemDokumentari bernilai RM6.5 juta.
Selain itu, sebuah studio empat tingkat yang canggih bernilai RM53 jutadikenali sebagai 'Digital Mix Stage Studio' boleh digunakan oleh para pembuatfilem.
Tetapi, yang menyayatkan hati ialah projek 'E-Village' yang dilancarkan padatahun 2000 untuk menjadikan Malaysia hab perfileman bagi Asia yang tidak dapatbertahan kerana pemajunya mengalami masalah kewangan.
RANGSANGAN BARU
Dalam mengesahkan semula sokongan kerajaan bagi industri kreatif tempatan,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet 2010, mengumumkansatu Dasar Industri Kreatif Menyeluruh. Juga dalam perancangan ialah sebuah Dana Industri Kreatif bernilai RM200juta dan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bernilai RM3 juta.
Bagaimanapun, memandangkan banyak pinjaman tidak berbayar di bawah skim SPFC, para penggiat industri mengingatkan perlunya ketelusan lebih baik dalam proses pemilihan dan pemantauan dalam mengagihkan dana ini. FDAM percaya ia boleh memainkan peranan konstruktif dalam proses pemilihan.
Selain itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr RaisYatim baru-baru ini mengumumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan MultimediaMalaysia (MCMC) telah memperuntukkan RM50 juta bagi pembuatan filem dokumentaritempatan untuk disiarkan melalui rangkaian 'Discovery' dan 'National Geographic' di Astro. Untuk melindungi mereka yang menyumbangkan bakat dan kreativiti kepada industri ini, MyIPO telah diberi tanggungjawab untuk mengkaji semula Akta Hakcipta 1987 untuk memperkenalkan penalti lebih berat dan perlaksanaan adil akta itu. Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MyIPO akanbekerjasama dalam melantik perunding perundangan untuk membantu pencipta karyamelindungi hak IP mereka.
Kerajaan juga akan mewujudkan Pusat Inovasi Negara dan satu rangkaian PusatKecemerlangan Inovasi untuk menggalakkan penyelesaian kreatif dan inovatif, yangakan membawa penambahbaikan dari segi kecekapan dalam pengurusan dan sistempenyampaian.
MASA DEPAN
Dorongan utama bagi industri filem Malaysia ialah memperkasa mereka denganimaginasi. Kreativiti memerlukan kebebasan untuk berkembang. Maka dalam menapiskarya-karya, pihak berwajib perlu lebih bertolak-ansur.
Ke arah ini, Kementerian Dalam Negeri telah memulakan satu siri dialog bersama FDAM bagi menyediakan input untuk memperkenalkan pembaharuan dalam penapisan filem.
Pembiayaan daripada kerajaan bermakna separuh daripada usaha telah selesai,tetapi kemampuan pihak kerajaan dan industri untuk menjana tindakan dinamiksecara kolektif, menetapkan sasaran jelas, merumuskan stategi yang tepat danmemberi dorongan untuk mencapai matlamat ini akan membantu memastikan kejayaanmuktamad.
Mengenalpasti kelemahan karya sendiri, dan mengambil tindakan untuk membetulkannya merupakan ciri semulajadi golongan kreatif. Para pembuat dasar dan penggiat industri harus mengakui yang sementara dasar adalah budibicara 'atas ke bawah', strategi harus dibangunkan melalui pendekatan 'bawah ke atas'. Dengan cara ini kedua-dua pihak akan bercakap dalam bahasa yang sama danmengenai hak yang sama.
Akhirnya, penerbit harus menghentikan perbuatan mengeluarkan filem yangtidak menarik dan tidak berkualiti. Tidak diragui, terdapat banyak perbincangan akan apa ciri yang menentukanfilem Malaysia.
Pandangan am ialah sesebuah filem Malaysia harus membayangkan bagaimanakumpulan etnik berlainan, bercampur-gaul dan hidup dalam masyarakat; atas dasarmenerima dan menghormati budaya berlainan.
Filem merupakan medium terbaik yang menerusinya kita boleh menunjukkanbudaya dan warisan. Oleh itu, filem-filem Malaysia harus menunjukkan kepadadunia siapa kita sebenarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: