Friday, January 1, 2010

Flat swasta kena cantik


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


KUALA LUMPUR - Selepas kira-kira 60,000 unit rumah flat berwajah hodoh di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal berubah wajah tidak lama lagi, puluhan ribu rumah flat milik swasta juga akan menjalani proses yang sama.

Untuk tujuan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mencadangkan sebuah tabung khas ditubuhkan melalui sumbangan syarikat swasta, syarikat milik kerajaan (GLC) dan penduduk flat berkenaan sendiri supaya usaha itu dapat dilaksanakan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, tabung khas yang merupakan idea beliau itu akan dibentangkan kepada Kabinet secepat mungkin bagi mendapat kelulusan.

"Tabung khas ini ditubuhkan bagi mengatasi masalah flat milik persendirian atau kendalian pemaju swasta yang tidak terurus terutama flat-flat kos rendah.

"Kita akan minta GLC atau syarikat swasta yang besar menyumbang kepada tabung berkenaan manakala penduduk flat terlibat menyumbang RM1 setiap seorang," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: