Sunday, October 4, 2009

Semangat menjadi artis - Akim




Assalamualaikum Akim, apa khabar? Saya harap Akim sentiasa sihat dan diberkati tuhan selalu. Saya ada beberapa soalan untuk Akim.

1. Apakah ciri-ciri wanita yang diidamkan Akim sebagai teman wanita. Adakah dia bertudung atau tidak, dan bagaimana perangai wanita itu?

2. Perkara yang paling diidamkan oleh Akim semasa bergelar artis?

3. Apa perasaan Akim sekarang setelah bergelar artis?

Atin, Kluang, Johor.

AKIM

1. Akim tak kisah sama ada wanita bertudung ataupun tidak selagi ia masih mempunyai nilai murni yang baik seperti lemah lembut, memahami, happy go lucky, memahami karier Akim yang tidak menentu dan paling penting dia mesti hormat orang tua.

2. Sudah tentu mempunyai album sendiri menjadi idaman Akim sejak menjadi artis ini. Bagi Akim, semua itu akan hadir dengan usaha keras yang berterusan. Itu menjadi matlamat utama saya sekarang.

3. Akim sangat bersyukur kerana sudah ramai yang mengenali Akim dengan bakat yang Akim miliki. Dan ini membuatkan Akim lebih bersemangat untuk berusaha menjadi artis yang berjaya pada masa hadapan.

Assalamualaikum Akim. Saya adalah salah seorang peminat setia Akim. Saya ada beberapa soalan yang mahu ditanya kepada awak. Saya meminati awak sejak minggu pertama AF lagi.

1. Bagaimana jika saya mahu berhubung terus dengan awak? Ada e-mel tak?

2. Lagu genre apa yang paling anda minati?

3. Sebenarnya apa hubungan awak dengan Aishah? Adakah awak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Aishah?

Semoga sukses selalu

Azim, Shah Alam, Selangor.

AKIM

1. Cari sahaja Akim di laman sosial Facebook dengan menaip Afiq Hakim. Selain itu peminat juga boleh melayar www.myspace.com/ak3m untuk maklumat lanjut.

2. Akim amat meminati lagu berentak pop dan jazz. Bagi Akim lagu seperti ini sememangnya memberikan semangat kepada Akim untuk menjadi penyanyi yang serba boleh. Kalau diberi peluang memang Akim nak buat album konsep pop jazz.

3. Akim dan Aishah hanya kawan baik dan tak lebih daripada itu. Mungkin keakraban kami membuatkan orang lain salah sangka terhadap hubungan itu. Tapi sejujurnya saya dan dia hanya berkawan baik sahaja.

Assalamualaikum Akim. Saya sekeluarga amat meminati anda dan sentiasa berharap anda melakukan yang terbaik dalam industri seni.

1. Dengar cerita Akim akan merakamkan lagu I'm Yours versi Melayu? Betul ke? Adakah lagu ini memberi makna apa-apa pada Akim?

2. Apa tujuan Akim ke Indonesia? Ada projek terbaru ke?

3. Tak nak sambung pelajaran ke? Ada yang kata Akim akan menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang muzik. Betul ke?

Zazza Mazlan, Klang, Selangor.

AKIM

1. Akim ada menyanyikan lagu tersebut dalam rakaman Rumah Terbuka Akademi Fantasia 7 baru-baru ini tetapi bukanlah sepenuhnya. Akim juga tidak pernah merancang untuk merakamkan semula lagu tersebut. Bagi Akim lagu tersebut sememangnya sedap dan Akim amat sukakannya.

2. Akim baru sahaja pulang dari Indonesia kerana terlibat dalam penggambaran sebuah drama bersiri bersama dengan Aril dan Mila. Kepada peminat, jangan lupa menyaksikan drama ini yang akan ditayangkan sedikit masa lagi.

3. Memang Akim mempunyai niat untuk menyambung pelajaran sebenarnya. Tapi memandangkan jadual seni Akim yang begitu padat ini, rasanya lebih baik Akim mencari masa yang sesuai terlebih dahulu. Akim memang mahu menyambung pelajaran dalam bidang muzik.

Nakal sewaktu di sekolah

Assalamualaikum. Saya Ika dan kawan saya Aneem amat meminati Akim sejak pertama kali melihat wajah dan bakat Akim. Kami ingin mengajukan beberapa soalan dan sangat berharap agar Akim dapat menjawab soalan ini.

1. Apa perancangan masa depan Akim?

2. Apakah kenangan manis yang Akim tak boleh lupa sepanjang hidup?

Kami berharap Akim akan terus maju dalam bidang seni dan bebas daripada gosip liar.

Ika dan Aneem Kuala Lipis

AKIM

1. Banyak perancangan yang akan saya laksanakan dalam merencanakan kerjaya seni. Saya juga mahu menjadi penyanyi terbaik Malaysia satu hari nanti. Tapi paling utama saya mahu menghantar ibu dan bapa saya ke menunaikan haji dan membeli sebuah rumah untuk mereka.

2. Sudah pasti saya amat mengingati zaman persekolahan kerana banyak kenangan yang pada waktu itu. Tidak dinafikan memang saya merupakan pelajar yang nakal dan selalu dirotan di sekolah. Kalaulah saya dapat undur kembali waktu itu, alangkah seronoknya.

Kagum bakat Siti Nurhaliza

abangnya kini sudah sedikit berubah dan Akim berharap Akim akan berjaya dalam apa bidang yang diceburi.

2. Kalau ada masa terluang Akim lebih suka bersukan terutamanya bermain futsal. Bagi Akim inilah masa yang paling sesuai untuk Akim merehatkan diri dan dalam masa yang sama dapat bermesra dengan kawan-kawan.

25 hari berpuasa di Indonesia

Assalamualaikum. Saya suka tonton muzik video Akim lagu bengang. semuanya sebab satu-satunya muzik video yang tak memerlukan pelakon tambahan yang over saya pernah tengok. saya ada beberapa soalan nak tanya dengan Akim.

1. Apakah perancangan Akim dalam masa 10 tahun akan datang?

2. Apakah yang akan Akim lakukan sekarang sekiranya tidak menjadi artis?

3. Bagaimanakah perasaan Akim pertama kalinya berpuasa dan beraya sebagai seorang artis?

QeDa.

Selangor

AKIM

1. Sudah tentu Akim mahu memiliki rumah sendiri dan pada waktu itu juga keluarga Akim sudah lengkap dalam segala sudut. Paling penting sudah pasti Akim mahu kehidupan Akim semakin stabil dan menjadi artis yang berjaya.

2. Sekiranya Akim tidak menjadi artis, sudah pasti pada waktu ini Akim sudahpun melanjutkan pelajaran. Itu paling penting.

3. Ini merupakan pengalaman pertama Akim beraya sebagai artis. Tapi selama 25 hari Akim berpuasa di Indonesia kerana terlibat dalam penggambaran drama di sana. Hari raya pula sudah semestinya meriah dengan kehadiran ramai peminat yang tak jemu-jemu menyokong kerjaya seni saya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: