Saturday, October 3, 2009

Pelacur sangkal kenyataan PM Itali


D'ADDARIO menyatakan status dirinya sebagai pelacur diketahui Berlusconi.


ROM - Patrizia D'Addario iaitu wanita yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Silvio Berlusconi membuat kenyataan mengejutkan berhubung skandal mereka apabila memberitahu bahawa Berlusconi sedar dia seorang pelacur sewaktu mereka bermalam bersama.

"Tentunya beliau (Berlusconi) tahu saya ialah pelacur," kata D'Addario dalam satu program televisyen yang disiar di Itali oleh stesen televisyen kerajaan, RAI lewat kelmarin.

Stesen televisyen RAI menyatakan, kira-kira 7.3 juta orang menonton rancangan tersebut.

Berlusconi, 73, tidak menafikan pernah bermalam dengan pelacur berusia 42 tahun itu tetapi pendedahan terbaru D'Addario bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum ini.

Menurut perdana menteri Itali itu, beliau sama sekali tidak tahu menahu bahawa D'Addario atau beberapa wanita lain yang menghadiri sebuah partinya ialah pelacur kelas atasan.

"Tidak mungkin Berlusconi tidak mengetahui kerana wanita-wanita lain tahu bahawa saya sepatutnya bermalam dengannya pada malam tersebut. Semua orang tahu saya ialah seorang pelacur," jelas D'Addario bagi menyangkal dakwaan Berlusconi.

Namun, Menteri Kebudayaan, Sandro Bondi ketika ditanya tentang pengakuan wanita itu berkata, pendedahan tersebut adalah satu lagi percubaan untuk menjatuhkan maruah dan nama baik Berlusconi.

Seorang penyokong perdana menteri itu pula memberitahu, Berlusconi berang kerana program bersama D'Addario itu disiarkan oleh sebuah stesen televisyen milik kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: