Saturday, October 3, 2009

Cruise buat lagak ngeri




LOS ANGELES - Lagak ngeri yang dilakukan oleh pelakon Tom Cruise (gambar) tidaklah terlalu sukar seperti pada tanggapan penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa gambar menunjukkan Cruise baring di atas sebuah kereta tiruan semasa menjalani penggambaran filem komedi Wichita di Boston baru-baru ini.

Aktres Cameron Diaz memandu kereta tiruan tersebut semasa lagak ngeri itu dibuat.

Bagaimanapun, di bawah bonet enjin tempat Cruise baring itu, terdapat seorang lelaki yang memakai topi keledar mengendalikan kereta dan bukannya Diaz.

Kereta tiruan yang menjalani penggambaran itu dilengkapi dengan lampu dan kamera rakaman.

Seorang koordinator lagak ngeri, Steve Truglia berkata, teknik yang digunakan dalam filem Wichita itu merupakan teknik baru bagi menghasilkan rakaman seperti kejadian sebenar.

"Kelebihan teknik itu ialah kamera diletak di pelbagai sudut," kata Truglia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: