Saturday, October 3, 2009

Noordin selamat dikebumikan


Ahli keluarga Noordin yang hadir pada pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri semalam.


PONTIAN - Kubur penjenayah nombor satu Asia, Noordin Mohammed Top (gambar) menimbulkan misteri apabila beberapa beg simen turut dibawa ke tanah perkuburan sebelum upacara pengebumian dilakukan semalam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin memberitahu, simen tersebut bukan bertujuan menutup kubur Noordin yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri.

Zahaliman ketika ditanya berhubung beg simen itu enggan mengulas lanjut.

Jenazah Noordin selamat disemadikan pada pukul 6.57 petang semalam.

Sementara itu, abang ipar arwah, Supriyo Sutekno, 50, berkata, sebelum menghilangkan diri pada tahun 2001, Noordin pernah berkata, dia mahu pergi jauh.

Kata Supriyo, Noordin mengeluarkan kata-kata itu kepada beberapa orang anak saudaranya ketika mereka menyambut Aidilfitri lapan tahun lalu.

Supriyo yang berkahwin dengan kakak Noordin iaitu Halimah, 48, berkata, selepas itu arwah tidak lagi menziarahi mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: