Sunday, October 4, 2009

Lucky Laki band masa depan?




NAMA kumpulan Lucky Laki bukanlah satu nama yang asing bagi peminat muzik di Indonesia. Jika di Malaysia pasti ada yang mengetahui siapakah gerangan mereka yang terdiri daripada tiga kanak-kanak yang masih muda.

Membawakan lagu Superman, kumpulan ini begitu bertuah kerana nama mereka terus popular sekelip mata sama seperti yang dinikmati oleh sesetengah kumpulan muzik yang lain.

Ternyata percaturan yang dibuat oleh Ahmad Dhani yang juga vokalis kumpulan Dewa 19 menjadi apabila nama Lucky Laki semakin meniti bibir masyarakat.

Biarpun ada yang kurang senang dengan Ahmad Dhani yang dikatakan memanipulasi anak sendiri untuk tujuan mencari popular, namun itu langsung tidak menjadi kudis kepada dirinya.

Sebelum ini juga Dhani pernah mengeluarkan kenyataan yang dirinya tidak pernah mengambil kesempatan terhadap anak sendiri jauh sekali mahu mencari keuntungan.

Bagi Dhani, dia akan menyokong apa sahaja kehendak anaknya dan tidak sama sekali melarang mereka untuk meneruskan minat masing-masing.

Melihatkan kecenderungan anak-anaknya yang terdiri daripada Al Ghazali (Al, 12 tahun), El Jalaluddin Rumi (El, 10 tahun) dan Abdul Qadir Jaelani (Dul, 9 tahun), Dhani yakin yang anak-anaknya itu begitu meminati bidang muzik.

Lantas diciptakan lagu Superman semata-mata mahu menggembirakan anak-anaknya dan sudah pasti sebagai seorang bapa Dhani berbangga memiliki anak-anak yang mahu mengikut jejak langkahnya.

Jika di Malaysia, lagu Superman itu benar-benar memberikan impak yang kuat malahan sering kali diputarkan di corong-corong radio ketika ini.

Malah, Lucky Laki juga pernah membuat penampilan sulung apabila beraksi di Pesta Malam Indonesia 3 yang baru berlangsung sedikit masa lalu di Kuala Lumpur. Waktu itu ramai yang mula buka mata dengan penampilan Lucky Laki yang boleh bermain alat muzik dengan baik.

Ketika kali pertama Al, El dan Dul mucul di kaca televisyen buat kali pertama menyampaikan lagu Superman, selang sejam kemudian rakaman tersebut telah dimuatkan di dalam laman sesawang popular Youtube.

Hingga ketika ini, lebih 5,000 pengunjung telah melayari klip video berkenaan, yang menampilkan ketiga-tiga putera Dhani, produser terkemuka Indonesia, buat kali pertama.

Inilah titik permulaan Lucky Laki, sebuah band yang yang berteraskan aliran muzik pop-rock-punk. Lagu Superman yang dibawa merupakan satu ciptaan khas sang ayah buat anak-anak tersayang agar menjadi seorang yang berani dan tidak mudah mengalirkan airmata.

Berbekalkan susunan muzik yang kontemporari, Superman berjaya memikat pendengar dengan kekuatan vocal naif yang membawa nuansa berbeza dari mana-mana lagu masa kini.

Apakah Lucky Laki bakal bergelar sebuah superband masa depan? Jawapannya adalah pasti, berkat bimbingan ayah tersayang serta bakat muzik yang diwarisi.

Sudah pasti Dhani dan pengurusan Republik Cinta Management akan membawa band ini untuk menempuh kegemilangan masa akan datang.

2 comments:

  1. Emangnya please deh datang ke Malaysia aku sama adik saudaraku minat bangat...deh sama kalian bertiga yg si Al itu ganteng ya klu si El cute klu yg si Dul cute...bangat deh and aku sama adik saudaraku kepengin bangat mau ketemu sama kalian bertiga.

    ReplyDelete
  2. Adik saudara aku minat bangat deh sama lagu kalian emangnya aku pandai deh buat suara kaye Al ya tapi klu suara adik-adik kamu aku ngak bisa deh emangnya masa kali pertama aku dengarin lagu kalian.Aku dengar ebat bangat si Al kamu kot ebat bangat deh klu main gitar kan tapi klu kalian dtng Malaysia aku mau kalian ajarin gi mana mau main Gitar,Drum and aku ngak tau alat muzik yg dimain oleh adik kamu Reff itu and aku arap kalian baca deh komen ini to Lucky Laki.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: