Sunday, October 4, 2009

Jessica Alba ajar anak 2 bahasa




PELAKON Jessica Alba amat prihatin dalam didikan anak perempuannya termasuk mengajar dua bahasa iaitu Inggeris dan Sepanyol. "Sayang rasanya kalau zuriat kita tidak tahu bahasa ibunda. Jadi dengan darah Mexico yang ada pada diri saya, apa salahnya kalau saya ajar serba sedikit kepadanya sejak kecil. Caranya dengan menyanyikan lagu dalam bahasa Sepanyol ketika sedang memasak. Selain itu, lagu-lagu pendidikan dalam bahasa Inggeris," katanya kepada ContactMusic.

Isteri Cash Warren ini juga merancang untuk membawa anaknya yang berusia 15 bulan ini ke Afrika bagi mengenali budaya di sana. Tambah Jessica: "Saya mahu dia mempelajari budaya negara asing dan pengalaman hidup mereka''.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: