Saturday, October 3, 2009

Drama ‘Dendam Adam’ sarat dengan konflik

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempersembahkan drama penuh konflik, ‘Dendam Adam’ yang bakal disiarkan pada 9 Oktober lalu (Jumaat), jam 3 petang menerusi saluran Dunia Ria TV2.

Drama yang dibintangi pelakon, Razali Hussain, Eira Syazira, Izaac Jefri, Maimun Mutalib dan Zaibo ini mengisahkan kehidupan pemuda bernama Adam yang menyimpan perasaan dendam terhadap saudaranya Farok. Emosi dendam akibat sikap khianat seorang saudara dan sifat tamak seorang manusia menjadi isu utama yang cuba diketengahkan dalam drama ini. Farok yang bersekongkol dengan ibunya, telah melarikan geran tanah milik ibu Adam menyebabkan Adam membuat keputusan untuk mencari Farok di Kuala Lumpur dengan bantuan Hawa, rakan yang mencintainya dalam diam.

Semasa menjejaki Farok, Adam telah bertemu semula dengan Wardah iaitu rakan sekuliahnya yang juga saudara baru Islam. Pertemuan semula itu melahirkan kembali bibit-bibit cinta Adam terhadap Wardah sehingga menimbulkan perasaan cemburu Hawa.

Usaha pencarian Farok di Kuala Lumpur turut dibantu oleh bapa Hawa iaitu Hadi yang secara kebetulan telah ditipu oleh kekasih Farok bernama Eli dalam satu pelaburan skim. Secara kebetulan juga Wardah yang amat meminati seni Islam dan ingin mendalaminya telah turut ditipu oleh Eli dalam skim yang sama.

Setelah berlaku perselisihan faham antara Adam dan Hawa, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan terus melupakan misi pencarian Farok. Namun begitu Wardah dan Basri telah menawarkan diri untuk membantu mencari Farok dan berjaya menjejakinya setelah mereka tahu Farok adalah kekasih kepada Eli. Adakah Adam berjaya mendapatkan semula geran tanah milik ibunya? Adakah Adam dan Farok masih berdendam atau mereka berbaik semula? Jangan lupa untuk saksikan drama terbitan JD Production ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: