|
|
|
|
KUALA LUMPUR - Permohonan aktres Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Effendi (gambar) untuk menjadi pengurus dan pentadbir harta anak perempuannya, Hani Karmila Mohsin sehingga berusia 21 tahun dibenarkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Hani Karmila, 12, merupakan anak hasil perkahwinan Tiara dengan pelakon Allahyarham Hani Mohsin yang kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2006.
Hakim Syarie, Mohd. Shakir Abdul Hamid memutuskan demikian mengikut Akta 92 Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan.
Mahkamah sama semalam turut menamakan bapa angkat kepada Hani Karmila, Datuk Seri Effendi Norwawi yang juga suami Tiara sebagai penjaga bersama harta tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: