WAH! Wah! Wah! Dalam diam-diam Misha Omar sudahpun buat persiapan untuk menyambut Ramadan dan Syawal. Bukanlah dia dok beria-ia membeli belah untuk diri dan anaknya tapi dia awal-awal dah buat fotografi untuk kad raya.
Joyah dengar khabar, cantik gambar-gambar yang dihasilkan. Lokasinya juga menarik. Dia memilih Melaka sebagai lokasi penggambaran untuk kad rayanya.
Baguslah begitu. Taklah terkejar-kejar nanti bila dah tiba bulan Ramadan. Tak gitu Misha? Lagipun tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak sambut puasa.
Yang Joyah kagum, memang sejak dulu, Misha antara artis yang tidak pernah lupa mengirimkan kad raya dengan tulisan dan tandatangannya sendiri.
Tak mainlah tulisan dan tandatangan yang dah dicetak untuk semua kad yang diedarkan. Erra Fazira juga antara artis yang suka memberikan kad raya yang cantik dengan kata-kata khas untuk setiap wartawan yang dikenalinya.
Dengarnya dia pun dah buat fotografi raya dengan seorang jurugambar kegemarannya baru-baru ini. Nampaknya kali ini lebih meriah sebab bersama suami, Engku Emran dan anak kesayangannya, Engku Aleesya.
Berbalik kepada cerita Misha, Joyah dengar-dengar khabarnya dia juga sudah sedia nak mendirikan rumah tangga?
Iyalah, hati pun sudah dimiliki. Buat apa tunggu lama-lama. Cuma Joyah dengar, ada yang kata dia nak kahwin semasa sambutan hari lahirnya nanti.
Betul ke? Tak kisahlah bila-bila pun Misha nak berkahwin, Joyah mendoakan dari kejauhan. Asalkan tidak lupa untuk menjemput Joyah, sudahlah!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: