Melihatkan tubuh yang kecil molek menimbulkan keraguan inikah Hero yang ingin ditampilkan sebagai penyelamat.
"Saya tak cukup sasakah?" soalnya mengenai watak Hero yang harus digalas sebagai seorang artis. Baginya imej Hero tidak semestinya berbadan sasa namun keperibadian yang positif yang ingin diterapkan dalam watak Hero.
Hero seperti yang digambarkan memakai topeng dan kostum untuk mengelak daripada dikenali ramai. Itulah yang ditampilkan menerusi Hero, artis pertama yang diuruskan oleh syarikat pengeluar kopi Malaysia, Superbest Power.
Tampil dengan mengenakan topeng membuatkan hati tertanya-tanya kenapa beliau dicipta dengan imej begitu? Mungkin tiada niat meniru sesiapa namun terkena juga tempias dikaitkan sebegitu rupa.
“Tiada niat untuk meniru sesiapa, namun kami hanya ingin menonjolkan watak sebegini kerana Hero selalunya akan bertopeng.” ujarnya ringkas mengenai konsep bertopeng.
Gimik ini direka hanya untuk tujuan pemasaran dan sekaligus untuk mempromosikan produk kopi keluaran Superbest Power (M) Sdn Bhd. Setakat ini sejumlah 20,000 ribu unit telahpun dikeluarkan hasil permintaan daripada pengedar. Single pertama berjudul "Cinta dan Kenangan" mula diputarkan di stesen-stesen radio tempatan bermula Julai 2009 sementara mini album penuh akan berada di pasaran pada 1 Ogos 2009. Bagi yang berminat mendapatkan album keluaran khas Hero boleh mendapatkannya di pasaraya seperti Carrefour dan Mydin. Ini kerana mini album Hero tidak akan dijual secara konvensional untuk mengelakkan album dicetak rompak.
"Diharap kehadiran saya dalam industri ini di terima dan tolong tunjuk ajar kerana saya masih baru dalam bidang ini" kata-kata Hero mengakhiri perbualan. Sementara itu, bagi mereka yang berminat menjadi artis SBP Entertainment, satu sesi ujibakat akan dijalankan pada 2 Ogos 2009 bertempat di Alamanda, Putrajaya. |
Saturday, August 1, 2009
Hero Wujud Kerana Kopi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hero maner nie
ReplyDeleteafrika ker???????? ker mat of zorro