| |
| KERATAN Kosmo! semalam. |
KUALA LUMPUR - Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 33, bersedia untuk berbaik-baik dengan keluarga mertuanya yang sebelum ini berhadapan dengan masalah kerana 'kahwin lari' dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 22.
Menurut Rita, setelah lebih setahun bernikah dengan Aidil, dia berhasrat untuk membina rumah tangga bahagia dan direstui oleh semua pihak, demi masa depan anak yang bakal dilahirkan.
Justeru, Rita berharap agar keluarga mertuanya ikhlas ketika memberikan kenyataan kepada Kosmo! yang mengatakan sanggup menerima kehadirannya ke rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan.
"Kalau mereka ikhlas, sudah sedar bahawa segala yang berlaku adalah qada dan qadar Allah, Alhamdulillah.
"Saya juga berharap agar hubungan baik ini bukan saja berlaku antara saya dan suami, tetapi mereka juga ada perasaan hendak berbaik-baik dengan keluarga saya.
"Semua pihak tak perlulah hendak simpan apa-apa perasaan dendam di sebalik segala hal yang berlaku selama ini. Apa yang pasti, pernikahan kami sudah disahkan oleh pihak berkuasa agama dan sekarang berilah peluang kepada kami melayari kehidupan dengan tenang,'' pinta Rita yang dijadualkan bersalin pada 23 Julai ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: