alKeluhan mengenai sikap negatif warga dari benua Afrika bukanlah baru. Masalahnya, ia menjadi-jadi dan merimaskan masyarakat tempatan.
LAGAK warga Afrika yang menjadikan negara ini seolah-olah tempat sendiri cukup menyakitkan hati rakyat tempatan. Ini kerana mereka bukan sahaja tidak tahu menghormati adab dan ketenteraman awam tetapi kini sudah berani mencuri dan mengugut penduduk.
Tinjauan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini mendapati mereka masih bebal budaya dan cara hidup masyarakat Timur.
Di Puchong, kehadiran sekumpulan warga Afrika yang menyewa di sebuah perumahan mewah sejak setahun lalu menimbulkan kemarahan penduduk kerana mereka sering mabuk dan membuat bising.
Difahamkan, kebanyakan mereka adalah pelajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berhampiran dan tinggal berkumpulan di rumah yang disewa pada harga antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.
Jika sebelum ini jumlah mereka boleh dihitung dengan jari, kini bilangannya semakin bertambah sehingga kelibat mereka meresahkan orang ramai.
Seorang penduduk, Norhamizah Hamberos, 39, berkata, kehidupannya sekeluarga tidak lagi tenteram seperti dahulu gara-gara berjiran dengan beberapa warga kulit hitam yang menyewa bersebelahan dan di belakang rumahnya.
"Pada mulanya, segala-gala berjalan lancar. Namun kini tembelang mereka pecah. Aktiviti minum arak dan berkumpul beramai-ramai dan membuat bising merupakan satu lumrah.
"Paling saya tidak tahan, perbuatan itu berlarutan sehingga ke awal pagi. Kadang-kadang sudah pukul 1 pagi atau 2 pagi tapi mereka masih bergelak ketawa sambil memasang radio sekuat-kuat hati. Siapa boleh tahan?" luahnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Norhamizah, perkara itu pernah diajukan kepada tuan rumah mereka tetapi ia bak mencurah air di daun keladi kerana ia tidak berubah.
"Kini, ia bagaikan satu rutin. Setiap kali timbul gangguan, kami akan menghubungi pengawal keselamatan yang bertugas, barulah mereka senyap. Minggu depan, mereka buat perkara sama lagi," ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia berharap pihak pengurusan IPTS yang terlibat dapat mengawal para pelajar mereka bagi memastikan kehidupan penduduk tidak terganggu pada masa akan datang.
"Mereka datang dari pelbagai negara asing dan tidak mengetahui tatacara hidup masyarakat di negara ini dan seharusnya pihak berkenaan dapat mengambil langkah sewajarnya, kadang-kadang kami rasa macam duduk di Zimbabwe pun ada.
"Cara terbaik ialah menyediakan asrama khas untuk golongan ini memandangkan lokasi kediaman mereka sekarang tidak sesuai dan mengganggu penduduk yang berkeluarga," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: