| RUBINA (dua dari kanan) sedang membelek telefon bimbit sambil diperhatikan ayahnya Rafiq Qureshi (kanan) di rumah bapa saudaranya di Mumbai, India, kelmarin. - AP |
MUMBAI 24 April - Polis India semalam mengumumkan mereka tidak akan mendakwa bapa kepada aktres kanak-kanak dalam filem Slumdog Millionaire, Rubina Ali berhubung dakwaan dia cuba menjual anaknya itu sebagai anak angkat.
Polis membuat keputusan itu setelah menamatkan siasatan mengenai dakwaan Rafiq Qureshi cuba menjual Rubina, 9, kepada seorang wartawan yang menyamar sebagai seorang sheikh Arab yang kaya.
"Tiada jenayah dilakukan, tiada wang bertukar tangan. Rubina masih berada di sini dan kes ini sudah ditutup," kata Inspektor Kanan Polis di daerah Nirmal Nagar, Mumbai, Rahim Shaikh.
Polis menyoal siasat Rafiq tetapi gagal menjejaki tiga wartawan yang terlibat dalam percubaan untuk memerangkap lelaki itu.
Ibu Rubina, Khurshid Monish Dewade memfailkan aduan terhadap Rafiq pada Ahad lalu, selepas akhbar tabloid, News of the World dari Britain melaporkan dia telah menawarkan Rubina sebagai anak angkat dengan bayaran AS$400,000 (RM1.44 juta).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: