foriousDIAM tidak bermakna pelakon seksi, Angelina Jolie hanya duduk diam di rumah dan menjaga anak-anaknya serta melupakan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Buat masa ini, Angelina sedang sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya, Salt yang menyaksikannya memegang watak sebagai pegawai CIA dalam filem arahan Phillip Noyce.
Selain Angelina, filem itu turut dibintangi oleh Liev Liev Schreiber, Chiwetel Ejiofor dan Yara Shahidi dan dijangka tayangannya pada 23 Julai 2010.
Dalam masa yang sama, Angelina turut ditawarkan untuk membintangi sebuah lagi filem baru yang masih belum berjudul terbitan Fox 2000.
Filem yang dimaksudkan bukanlah sembarangan kerana ia merupakan adaptasi daripada novel karya Patricia Cornwell yang mengisahkan tentang kehidupan seorang penyiasat perubatan bernama Dr. Kay Scarpetta.
Sehingga kini, terdapat 16 buah novel tentang kisah penyiasat perubatan dan menurut Variety, pihak penerbit mahu menjadikan filem ini sebagai satu francais.
Namun begitu, pada awalnya, penulis novel ini agak keberatan untuk membenarkan novelnya diangkat ke layar perak. Tetapi selepas Angelina dan pihak penerbit bertemu dan berjaya meyakinkannya, barulah kebenaran itu diperoleh.
Filem bergenre seram dan thriller itu akan mempunyai sedikit persamaan dengan filem terdahulu seperti The Silence of the Lambs dan Se7en. Sehingga kini, tarikh penggambaran masih lagi belum dapat dipastikan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: