Setelah hampir tujuh bulan Power Root Marketing Sdn. Bhd., membuka peraduan Debaran Meriahnya Juara - Anda Boleh Jadi Jutawan kepada orang ramai, kini ia hampir tiba ke kemuncaknya.
Bakal disiarkan secara langsung di TV3 pada 29 Mac ini, pukul 6 petang, seramai sepuluh orang peserta bertuah akan berentap untuk meraih hadiah utama berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta.
Program televisyen yang disiarkan selama sejam itu, akan menyaksikan setiap peserta melalui tiga peringkat pusingan.
Pada setiap pusingan, penonton boleh menyaksikan proses penyingkiran peserta akan berlaku sehinggalah ke pusingan akhir.
Melalui peraduan ini, para peserta bukan sahaja memerlukan ketangkasan fizikal, tetapi juga menuntut kecerdasan minda mereka yang bakal diuji mengenai produk-produk Power Root.
Ujian minda ini bertujuan untuk membuktikan bahawa peserta-peserta yang bertanding sememangnya penyokong kuat produk minuman terkenal itu.
Antara peserta bertuah ialah Rihanizah Baharudin (Pahang), Mohd Osman Abdullah @ Loh Tet Sang (Sabah), Ismadi Ismail (Terengganu) dan Dayangku Nurul Arafa Mohd Yazid (Johor)
Selain itu, Norfadelina Abdullah (Pulau Pinang), Liew Siew Leng (Perak), Muhammad Solahuddin Ismail (Kedah), Wong Chee Keong (Kuala Lumpur) serta dua orang peserta berasal dari Selangor, Mat Amin Sarbini dan Thanaletchuny A/P Shanmugam turut berpeluang untuk merebut gelaran jutawan peraduan berkenaan.
Selain daripada hadiah utama, sembilan hadiah SSP BSN bernilai RM 10,000 turut disediakan kepada sembilan peserta yang tidak berjaya dalam peraduan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: