Thursday, March 26, 2009

Premis ‘kebal tindakan’ akhirnya dirobohkan


SEORANG penguat kuasa DBKL memerhatikan jentolak merobohkan sebuah pusat membakar daging babi haram di Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam. BAWAH KIRI: KERATAN Kosmo! 15 Mac.



Salleh Yusup


KUALA LUMPUR - Sebuah premis membakar daging babi untuk pasaran sekitar Lembah Klang yang dilihat kebal daripada tindakan penguatkuasaan walaupun beroperasi secara haram di Kampung Semarak, Jalan Semarak di sini sejak 10 tahun lalu akhirnya berjaya dirobohkan.

Walaupun pengusahanya cuba mempengaruhi dan merayu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak bertindak demikian namun dua buah jentolak dan jengkaut pihak berkuasa itu berjaya merobohkan banggunan itu hingga menyembah bumi.

Pusat pembakaran tersebut yang dilindungi kepingan zink merupakan lima buah rumah papan yang terletak di atas tanah kerajaan. Ia telah lama menimbulkan rungutan orang ramai.

Kosmo! Ahad baru-baru ini menyiarkan laporan mengenai kewujudan pusat itu yang terletak di tengah-tengah belukar tetapi berada kira-kira 400 meter dari jalan utama iaitu Jalan Semarak.

Tidak jauh dari situ ialah Pusat Latihan Polis (Pulapol), Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak.

Tapak tempat pusat tersebut merupakan lokasi cadangan projek kejiranan Air Panas, Setapak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: