Wednesday, March 25, 2009

Fara Fauzana shopping sakan di London

alt


Dengar cerita juruhebah popular Fara Fauzana shopping sakan semasa ke London baru-baru ini. Sampai tak cukup masa dan kena sambung tinggal di sana beberapa hari.

Fara, krew Melodi, media, Noryn Aziz dan lain-lain diterbangkan ke London sempena promosi penerbangan sulung pesawat tambang murah Air Asia ke London pada 13 Mac 2009 lalu.

Semasa di sana sempatlah Fara bekerja juga untuk dimuatkan dalam program Melodi yang dikelolakannya.

Semasa majlis pelancaran perjalanan sulung itu, Noryn Aziz dan Too Phat mengadakan persembahan.

"Kami di London selama empat hari saja, tapi Fara yang balik lewat sikit," kata jurusolek Zulfazli Suhadi yang menyolek Fara semasa di London.

Memandangkan pada masa itu London masih lagi bersejuk, ada juga aktiviti mengunjungi kampung air panas, iaitu Bath pada hari kedua. alt

Rombongan juga turut ke Oxford pada hari ketiga. Kiranya melawat pekan yang ada universiti hebat di sanalah.

Hari ke empat kembali semula ke London untuk shopping sebelum berangkat pulang.

Selain membuat rakaman untuk program Melodi, Fara juga turut terlibat membuat penggambaran yang bakal dimuatkan dalam salah satu slot Majalah Tiga.

"Menyolek di London lagi mudah sebab cuaca di sana sejuk dan muka kita tak berpeluh, solek nipis pun sudah memadai," kata Zulfazli.

Datuk Seri Farid Ridzuan juga turut bersama krew dalam penerbangan sulung itu.

Terbang murah bersama Air Asia

Penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke London (Stansted) dijadualkan sebanyak lima kali seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes dalam satu kenyataan memberitahu demikian.

''Kami menjadikan dunia lebih kecil dan murah untuk setiap orang berhubung di antara satu sama lain.

"Inilah satu revolusi dalam industri penerbangan dan menjadi hari yang paling hebat kepada penumpang," kata kenyataan yang dikeluarkan pada hari pertama penerbangan ke London itu.

Penerbangan itu sebagai satu permulaan kepada cita-cita mereka di Eropah dan mensasarkan untuk menambahkan penerbangan yang membolehkan penerbangan dari Eropah ke Asia setiap hari pada harga yang rendah.

"Laluan Stansted-Kuala Lumpur sudah jadi sangat popular dikalangan pengembara dari Australia dan Eropah dan Air Asia menyediakan tambang yang semua orang mampu," katanya lagi.

alt mce_tsrc=images/stories/farah-london3.jpg

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: