SAAT diajukan soalan tentang kebenaran perihal putus cintanya bersama Kefli, Marsha seboleh-bolehnya mahu mengelak dan enggan memberikan sebarang komen.
Katanya, dia sudah tidak kisah akan pandangan orang ramai terhadap dirinya, terpulang saja kepada umum untuk mentafsirkan apa status hubungannya dengan lelaki bernama Kefli.
Namun, setelah puas dipujuk, apatah lagi apabila diberitahu yang Kefli sendiri sudah membuat pengakuan eksklusif kepada Kosmo!, Marsha mula mengalah.
|
|
"Ya, memang saya mengaku bahawa kami pernah bercinta. Saya sudah tiada apa-apa hubungan dengannya, tetapi kami masih berbaik dan masih lagi saling hubungi antara satu sama lain," ujarnya ringkas.
Apabila disoal benarkah dia pernah dikasari oleh bekas kekasihnya ini, Marsha lama terdiam sebelum memberitahu bahawa itu semua gosip yang dicipta untuk mereka berdua.
"Tidak pernah dia pukul saya. Itu hanyalah cerita yang dicipta orang. Sebab itu saya sudah malas untuk memberi komen, kalau saya cakap sikit saja, tafsiran orang akan jadi panjang berjela.
"Ini saja yang boleh saya cakap, yang lain biarlah saya simpan sendiri. Saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu berkongsi hal peribadi walaupun sedar pekerjaan saya sebagai artis.
"Lepas ini, saya tutup buku dan mahu buka buku baru. Cukuplah semua cerita kontroversi yang ada. Saya sudah penat nak layan. Kalau boleh saya nak letakkan jurang antara peribadi dan kerjaya. Jika nak tanya tentang kerjaya seni saya alu-alukan," tuturnya jujur yang memegang watak Mae dalam filem Saus Kacang bersama Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.
Biar saya simpan sendiri

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: