Monday, March 2, 2009

Dengarnya...: Tahniah Kieran sudah jadi bapa



KIERAN dan isteri semakin bahagia dengan kelahiran bayi lelaki, Khamis lalu.

CIK Normah ucapkan tahniah kepada penyampai radio Hot FM, Kieran yang baru saja bergelar bapa, Khamis lalu. Isterinya, Yang Azliyang selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 11 pagi, Khamis lalu. Pastinya kehadiran bayi comel itu akan terus menyeri kehidupan mereka.

Cik Normah tengok Kieran pun semakin bahagia di tempat kerja barunya. Murah rezeki, lepas ini bolehlah merancang anak kedua pula. Cik Normah juga yang makan hati berulam jantung sebab belum ada rezeki untuk mengandung. Tapi syukurlah suami memahami dan tidak langsung mengungkit isu ini. Kita sebagai manusia hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan.

Ikutkan hati, Cik Normah sudah lama nak bergelar ibu tapi apakan daya belum ada rezeki. Cik Normah dan suami tak pernah sesekali berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan anak. Tapi apabila dapat tahu khabar gembira rakan sepejabat dan artis mengandung dan melahirkan anak, itu sudah cukup membuatkan Cik Normah tersenyum sambil menunjukkan deretan gigi yang cantik ini. Silap hari bulan, jadi model iklan ubat gigi.


Selepas ini, yang terdekat dijangka pada 25 Mac ialah selebriti jelita, Erra Fazira yang juga calon kategori Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2008 bakal bergelar ibu. Kalau ikutkan proses pengimbasan, Erra dijangka melahirkan anak perempuan. Calon kategori Pelakon TV Wanita Popular, Dynas pula dijangka melahirkan anak pada 4 Julai nanti. Leeya, penyampai Hot FM yang tercalon untuk kategori Penyampai Radio Wanita Popular lambat lagi rasanya nak dapat anak.

Di pejabat sekarang ini, Cik Normah tunggu Serimah saja nak umumkan khabar gembira kat kawan-kawan di sini. Kakak Cik Normah pun dijangka melahirkan anak keduanya tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: