CIK Normah hairan kenapa masih ada syarikat produksi, penerbit dan pengarah masih mahukan khidmat penulis skrip yang seorang ini. Nak cakap bagus, Cik Normah rumuskan hasilnya tidaklah sehebat mana dalam erti kata lain, 'busuk'.
Baru-baru ini Cik Normah dapat menghidu kisah seorang pengarah yang baru saja membabitkan diri mengarah filem Melayu sudah mula serik mahu menggunakan khidmatnya lagi.
Cik Normah pun tak boleh salahkan pengarah itu sepenuhnya. Ketika dia mula menerjah industri perfileman tempatan, dia tak mempunyai pengetahuan dan kawan yang boleh membantunya. Sudah ada yang ingin membantu, mengapa tidak dia berikan asalkan bertanggungjawab.
Tetapi, dia tidak pernah menyangka lain pula yang terjadi. Penulis skrip yang dulu beriya-iya mahu membantunya menghasilkan novel adaptasi daripada filem sudahnya menyepikan diri. Langsung tak nampak bayang walaupun filem itu sudah habis tayangannya di pawagam.
Duit sudah dilaburkan tapi hasil tiada, siapa yang tak bengang? Mujur juga pengarah ini berhati mulia. Dia tidak mahu memperbesarkan cerita ini. Biarlah hal itu menjadi pengalaman terbesar di dalam hidupnya. Tapi orang yang bersimpati dengannya tiba-tiba datang menyampaikan cerita ini kepada Cik Normah.
Hairan Cik Normah kenapa masih ada manusia yang bagaikan tidak bertamadun macam penulis skrip itu. Sanggup dia menipu. Ingat makan duit haram itu berdosa. Bertaubatlah sebelum jadi perkara yang tidak molek hari nanti. Kepada pengarah itu, jangan patah semangat biarpun kutipan filem yang dihasilkan tidak mencatat kejayaan yang boleh dibanggakan. Teruskan usaha anda ya!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: