Hmm.... Papa tak tahulah apa nak kata tentang artis realiti yang seorang ini. Bukan apa, sudah banyak kali Papa dengar rungutan daripada pelbagai pihak mengenai perangai buruk artis muda yang popular ini.
Dia pernah menyertai sebuah pertandingan realiti popular negara dan mendapat tempat tiga teratas.
Bagaimanapun, entah dimana silapnya, kerjaya seninya itu kurang menjadi.
Yang Papa tahu, baru-baru ini albumnya yang telah lama terperap sudah pun berada di pasaran.
Papa tak nafikan albumnya itu sangat bagus kerana penyanyi itu sudah tahu identiti serta hala tujunya dalam muzik yang dimahukannya.
Baru-baru ini, Papa dihubungi oleh teman lama Papa yang bernama Molina Anuar yang menyampaikan berita panas ini.
"Kau nak tahu Papa. Ada seorang penyanyi senior bagitahu aku tentang perangai artis ini. Bukan main lagi sombongnya sampai tak nak bercampur dengan artis -artis dan orang di sekelilingnya.
"Bukan itu sahaja, dia ni memang tak tegur orang. Tak macam penyanyi realiti lain yang memang tahu menghormati penyanyi senior dan bertegur sapa.
"Sekarang ni barulah aku tahu kenapa nama dia tenggelam dan tidak mampu untuk menempatkan diri dalam industri. Aku rasa orang dah tak ingat kat dia lagi. Sebab perangai berlagak dan bodoh sombong dia tu, sebab itulah dia tak popular," kata Molina penuh perasaan.
Pesanan Papa kepada artis baru ni, hormatlah sesiapa sahaja yang berada di sekeliling awak. Bukan bermakna awak artis, ia merupakan tiket untuk anda menjadi sombong dan kekwat (sombong)!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: