Monday, March 2, 2009

Aktres marah gambar bogel dirakam

HONG KONG: Seorang aktres Hong Kong yang menjadi tumpuan utama dalam skandal foto seks di internet, menyuarakan kemarahannya buat kali pertama terhadap pelakon lelaki terkenal bertanggungjawab atas pengambilan gambar berkenaan, menurut laporan, semalam.

Cecilia Cheung, seorang daripada selebriti yang dilihat dalam foto berkenaan bersama aktor kelahiran Hong Kong serta penyanyi, Edison Chen, berkata aktor terbabit tidak pernah meminta maaf atas perbuatannya itu dan beliau masih trauma atas penyiaran foto berkenaan setahun lalu.

"Dia tidak pernah memohon maaf kepada saya," kata Cheung kepada iCable ketika diwawancara lewat kelmarin, lapor akhbar South China Morning Post.


"Dia sepatutnya menghubungi kami dan meminta maaf jika dia benar-benar kesal atas kesilapannya itu. Foto berkenaan masih ada di internet. Bagaimana kami boleh meneruskan hidup dengan elok dan baik?

Foto berkenaan menunjukkan Chen dalam 'keadaan panas' dengan beberapa selebriti termasuk Cheung, bintang pop Cantonis, Gillian Chung dan bekas aktres, Bobo Chan.

Cheung berkata, dia memutuskan meluahkan perasaannya selepas Chen, 28, memberi keterangan awal minggu ini di mahkamah Kanada dalam kes Sze Ho-Chun, juruteknik komputer yang dituduh menyiarkan secara haram foto bogel itu.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: