|
|
SEBELUM apa-apa, Papa ingin mengucapkan tahniah kepada Datin Seri Tiara Jacquelina kerana pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) musim ketiga laris seperti mana musim pertama dan kedua dulu.
Walaupun selepas ini Tiara tidak lagi memegang peranan sebagai Gusti Putri, Papa percaya watak itu akan dikenang oleh peminat setia PGLM sampai bila-bila walaupun selepas ini, jika PGLM disambung ia akan dibawa oleh pelakon lain pula.
Jangan tak tahu, Tiara walaupun sibuk tetapi beliau memang tak tahu duduk diam. Ada saja perancangan dan projek baru yang difikirkannya. Khabar terbaru yang Papa dengar, Tiara kini sedang dalam perancangan mahu menerbitkan beberapa teater muzikal.
Salah satunya adalah pementasan teater muzikal yang mengangkat kisah hidup biduanita negara, Allahyarham Saloma. Papa dengar cerita ini pun meremang bulu roma okey. Agak-agaknya mesti akan menjadi hebat macam P.Ramlee the Musical.
Tetapi, sejauh mana kebenaran kisah ini, tak tahulah Papa. Nama pun khabar angin. Lagi satu yang Papa dengar juga Tiara mahu mementaskan kisah Ali Baba and the Forthy Thieves.
Dalam pada itu, Papa juga dapat tahu nama Tiara juga disebut-sebut dan menjadi pilihan Astro untuk menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia musim ke-7. Jeng... jeng... jeng...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: